Felora mengangkat beberapa baldi berisi air ke belakang rumah. Dia mahu menyiram kebun sayur yang dibina oleh Nek Onnu. Sedang dia mengangkat baldi itu, dirinya rasa diperhatikan. Felora terus menoleh ke belakang.
Matanya terus dijegilkan dengan geram. Boleh pula Bahhar bersandar di dinding itu sambil memandang ke arahnya. Tiada langsung niat untuk membantunya saat itu.
"Memang nak duduk situ untuk termenung je ke?" Sindir Felora sambil mengesat peluh.
Bahhar tetap biasa. Dia hanya memandang ke arah Felora yang sedang menarik nafas.
"Hello?"
Kemunculan Felora di depannya menyentak Bahhar yang sedang mengelamun. Matanya terus berkalih ke arah Felora.
"Awak dengar tak saya panggil?" Soal Felora dengan nada ditekan. Geram pula dia melihat Bahhar yang termenung.
"Dengar," balas Bahhar sepatah.
"Lepastu tak pandai nak hulur tangan untuk bantu? Ke awak ni jenis tak pandai buat kerja kebun?" Tebak Felora.
"Tak pandai."
Felora mengetap bibirnya dengan geram. Sakit pula hatinya apabila mendengar balasan Bahhar.
"Kalau tak pandai belajar. Kalau tak nak belajar, masuk dalam. Jangan tenung orang macam tu. Tak selesa tahu tak," bidas Felora dan berjalan semula ke arah baldinya.
Dia terus mengambil dua baldi kosong itu untuk mengambil air di telaga. Boleh tahan penat juga berulang-alik ketika itu. Dia malas bertekak dengan Bahhar. Bila ditanya, hanya dijawab ala kadar. Sakitkan hati je.
Saat Felora mahu mengangkat baldi itu, muncul satu tangan yang mengambil alih baldi tersebut. Felora terus memandang ke arah sebelah. Dia terkejut apabila Bahhar mengambil dua baldi dari tangannya.
"Nak bawa ke mana?" Soal Bahhar.
"Bawa ke sana," ucap Felora dengan nada yang masih terkejut.
Bahhar terus berjalan ke arah lorong kebun itu. Felora hanya menuruti di belakang. Dia hanya memerhati air di dalam baldi itu. Takut tumpah.
"Sini?"
Bahhar yang berhenti tiba-tiba mengejutkan Felora. Dia baru sahaja ralit memandang ke arah baldi itu.
"Aah. Terima kasih," ucap Felora dan mengambil gayung yang disangkut di sebuah tiang.
Bahhar hanya mengundur ke belakang dan memerhati Felora yang sedang menyiram pokok-pokok tomato dan timun di situ.
"Nah. Ambil lagi boleh?" Pinta Felora dan memberi senyuman manis.
Bahhar terus mengambil baldi yang dihulur dan bergerak ke arah telaga semula. Felora terus berasa senang hati. Ringan sikit kerjanya.
Mereka berdua bekerjasama dalam menyiram semua pokok di kebun itu. Semuanya selesai saat jam menunjukkan pukul 10. Felora mengesat peluh di dahinya.
Ketika dia berpusing, dia sempat melihat Bahhar yang sedang memerah bajunya yang sudah basah kerana terkena percikan air. Saat itu pipi Felora terus memerah. Badan Bahhar yang nyata berketak-ketak itu membuatkan dadanya berombak kuat.
"Saya masuk dulu. Nak bersihkan badan," ucap Felora tanpa memandang ke arah Bahhar.
Bahhar yang masih memerah bajunya hanya memandang sekilas. Tiada rasa untuk membalas kata-kata Felora.
🪐
Aaron menghembus nafas dengan kasar. Pencarian mereka masih berjalan. Dia baru sahaja duduk di sebuah kerusi di tepi jalan itu.
YOU ARE READING
BAHHAR'S [ C ]
RomanceXxx Hubungan yang tumbuh secara tiba-tiba dan lesap sekelip mata. Start : 9 Ogos 2024 End : 22 Ogos 2024