BAB 10🪐

1.8K 126 3
                                    

Bahhar turun ke bawah untuk berjumpa dengan Felora. Belum sempat dia bertanya kepada Felora, gadis itu sudah berjalan masuk ke dalam bilik Nek Onnu.

"Ya Nek."

"Tolong belikan Onnu, kek pandan. Onnu teringin," pinta Nek Onnu saat mengait baju.

Kakinya sudah sembuh minggu lepas. Dia juga sudah melaksanakan kerja hariannya seperti sebelum ini.

"Baik Nek."

Di luar bilik Nek Onnu, Felora melepas sebuah keluhan berat. Nampaknya dia perlu berjumpa dengan Aina. Dirinya sedang cuba untuk menerima kenyataan perit itu.

Mahu tidak mahu dia tetap perlu pergi ke kedai roti Aina. Hanya kek pandan di situ sahaja yang menjadi kegemaran Nek Onnu. Dengan berat hati Felora bergerak pergi ke tengah pulau itu.

Saat dia berjalan menuruni tangga, dia ternampak Daniel yang berdiri di luar kedai itu. Wajah lelaki itu juga kelihatan ketat. Felora hanya mengandaikan yang Daniel mempunyai masalah.

Dia malas hendak menghadap Daniel ketika itu. Dia hanya mahu membeli kek pandan buat Nek Onnu dan pulang selepas itu. Dia sudah bersedia dengan kata maki oleh Daniel.

Daniel yang terpandang pada Felora terus mengetap giginya dengan kuat. Langkahnya terus dibawa ke arah Felora. Felora yang perasan dengan Daniel mula berasa takut. Takkan secepat itu Daniel akan mengejeknya.

"Kau mari sini!" ucap Daniel dan menarik tangan Felora supaya mengikutnya ke tengah jalan.

Felora mula cuak. Apa salahnya ketika itu? Dia tidak faham dengan cara Daniel saat itu. Tubuh Felora terus ditolak oleh Daniel ke atas jalan. Felora terus jatuh tersembam kerana tidak dapat mengimbangi dirinya.

Beberapa penduduk yang lalu-lalang mula melihat situasi itu. Masing-masing pelik dengan sikap Daniel itu.

"Kau memang tak tahu malu kan?!" Jerkah Daniel dengan begitu lantang.

"Apa salah saya? Saya tak buat apa-apa pun," balas Felora.

Cukuplah sekali dirinya dihina. Tetapi jika begitu caranya, ianya sudah melampau.

"Tak buat apa-apa? Kau dah lukakan hati Aina semalam. Dia balik sini dengan mata dia merah. Teresak-esak menangis. Kau cakap kau tak buat apa-apa?" Ucap Daniel dengan sindiran.

Penduduk mula berbisik antara satu sama lain. Kebanggaan mereka iaitu Aina telah menangis disebabkan oleh Felora.

"Masalahnya saya tak buat apa-apa dekat dia," Felora masih keliru dengan semua itu.

Dia hanya membawa Bahhar bertemu dengan Aina sahaja pada petang semalam. Berbual dengan Aina juga tidak sempat. Bukankah Bahhar memberitahunya yang dia bahagia. Jika bahagia, kenapa Aina perlu menangis.

"Kau tunggu sini!"

Daniel masuk ke dalam kedai roti dan membawa semangkuk tepung. Selepas itu, dia terus mencampakkan mangkuk tepung itu ke atas kepala Felora. Tergamam Felora saat wajah dan tubuhnya dipenuhi dengan tepung.

"Itu balasan untuk kau sebab buat dia menangis. Sedarlah diri tu sikit. Dah la gemuk. Kau ingat kau boleh lawan Aina? Kecantikkan Aina tu jauh lagi daripada kau. Dia tu bidadari pulau ni. Jangan sesekali sakitkan hati dia," jerkah Daniel bagai orang gila.

Penduduk yang lain juga seolah mengiyakan kata-kata Daniel. Tiada seorang pun yang membela Felora ketika itu. Felora berasa benar-benar malu. Maruahnya bagaikan dipijak saat itu.

Bunyi loceng di pintu kedai roti itu membuatkan Felora mengangkat wajahnya. Dia terkedu saat melihat Aina yang hanya merenungnya jauh. Malah tiada langsung tanda-tanda yang Aina mahu membantunya. Malah Ain hanya kembali masuk ke dalam.

Felora bungkam. Dia tidak tahu di mana salahnya. Ejekan dan sindiran daripada Daniel membuatkan dirinya berasa takut. Kata-kata cacian penduduk juga menambahkan lagi rasa sakit.

"Pergi balik lah tempat kau. Orang pulau ni tak terima perempuan hodoh macam kau," ejek Daniel lagi dan terus berlalu masuk ke dalam kedai roti.

Penduduk lain juga menggelengkan kepala kerana sikap Felora itu. Felora mengigit bawah bibirnya. Dia sedang cuba untuk menahan air matanya. Hari itu dirinya benar-benar dipijak oleh penduduk pulau itu hanya kerana dia telah menyakitkan hati Aina. Aina yang merupakan puteri bagi mereka semua.

Felora bangun perlahan-lahan dan menepuk tepung yang melekat di baju dan seluarnya. Di wajahnya juga dikesat dengan begitu kasar. Dia benci dengan keadaannya saat itu.

Saat dia mengangkat wajahnya, dari jauh dia melihat Bahhar merenungnya. Pandangan mata Bahhar ke arahnya saat itu merobek hati Felora. Tanpa membuang masa, Felora terus berlari pergi dari situ. Dari anak mata Bahhar, dia seolah dapat melihat yang lelaki itu jijik dengannya.

🪐

Felora duduk di bahagian pantai yang tidak mempunyai ramai orang. Di situ dia menangis semahu-mahunya. Apa salahnya dihina seperti itu hanya kerana bentuk tubuhnya yang gempal?

Malah dia juga tidak sangka Aina sanggup meninggalkan dirinya yang dihina oleh Daniel seperti itu. Gadis yang sering membelanya juga sudah berpaling tadah.

Air mata yang tidak henti mengalir itu dikesat rakus. Dia benci dengan air mata. Dia terlalu benci dengan air yang keluar daripada matanya.

"Inara?" Tegur seseorang daripada tepi.

Felora yang cukup kenal dengan suara itu terus memandang ke arah Uncle Bob. Air matanya terus mengalir semula. Dia rindukan lelaki itu.

"Kenapa dengan muka kamu? Kenapa ada kesan tepung?" Nada suara Uncle Bob mula meninggi.

"Cerita dekat Uncle. Siapa yang buat semua ni?" Desak Uncle Bob.

Hatinya terbakar saat melihat gadis itu diperlakukan seperti itu. Mustahil Felora mahu keluar dari rumah dengan wajah yang dipenuhi dengan tepung.

"Uncle. Saya nak balik. Saya tak nak duduk sini lagi..." rayu Felora dengan air mata yang tidak henti mengalir.

Dia sedar, dirinya tidak diterima di situ. Walaupun sudah berbulan-bulan dia menetap di situ, penduduk di pulau itu tidak pernah menerima kehadirannya dengan baik.

"Are you sure?"

Anggukan Felora membuatkan hati Uncle Bob terbuka kembali. Sudah lama dia memujuk Felora untuk kembali. Dan akhirnya gadis itu menerimanya.

"Jangan risau, dia pasti akan jaga kamu," ucap Uncle Bob.

Uncle Bob terus menarik Felora ke pelukannya. Gadis itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Tambah pula Felora itu berkawan baik dengan anaknya iaitu Ruby. Ruby juga sentiasa bertanya padanya tentang hal Felora.

Felora hanya menangis semahunya. Walaupun dia masih belum kuat untuk pulang, itu sahaja caranya supaya hatinya tidak kembali terluka.

🪐

Aaron melangkah turun dari dek kapal itu. Matanya melilau ke sekitar pinggir pantai itu. Dia fikirkan pulau itu sudah musnah dibadai ombak besar tahun lalu. Rupanya masih utuh dan semakin maju.

"Kita nak cari dekat belah mana dulu Tuan?" Soal James dan melihat sekeliling.

"Tak payah cari. Kita terus pergi ke rumah tu," ucap Aaron dan memandang ke arah sebuah rumah yang dibina di atas bukit.

Willy dan James terus memandang ke arah rumah tersebut. Mereka terus mengangguk faham. Harapan mereka supaya dapat membawa balik Tuan Muda dengan segera.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now