PROLOGUE🪐✨

306 12 1
                                    

Teeet....

Teeet....

Teeet....

" Doktor, macam mana keadaan isteri saya dan anak saya doktor? " kata seorang lelaki dalam lingkungan umur 30an kepada seorang doktor yang merawat isterinya yang bertarung nyawa di dalam ICU.

Doktor tersebut mengeluh perlahan sambil memandang ke arah lelaki tersebut. " Begini encik, penyakit barah isteri encik makin merebak dari masa ke semasa memandangkan isteri encik mengandung pada masa sekarang. Kami akan cuba yang terbaik untuk selamatkan kedua-duanya. Encik dan keluarga perlu banyakkan berdoa agak isteri encik dan anak encik selamat" kata doktor dengan merendah.

Pemuda tersebut hanya termenung jauh selepas mendengar penjelasan doktor yang merawat isterinya. Dia meraup wajahnya dengan kasar sambil cuba menguatkan semangat dirinya yang kian jatuh merundum akibat rasa sedih yang makin melanda hatinya.

Pemuda tersebut keluar dari bilik doktor sambil memandang ke arah anak sulungnya yang nyenyak tidur di kerusi menunggu bersama ayah saudaranya iaitu adik pemuda tersebut.

" Doktor cakap apa Adwa? "

" Barah tu makin merebak.... Diorang nak cuba buang tapi takut jejaskan kandungan... Aku buntu Aidil " katanya sambil meraup wajahnya kasar. Aidil bangun lalu menepuk lembut bahu abangnya.

" Sabar bang, aku tahu peritnya dugaan mcm ni.. sabar ya? Ini ujian buat kau dan isteri kau, insyaallah semua akan okey " pujuk Aidil. Adwa cuma memandang kosong. Sesekali memandang ke arah anaknya yang nyenyak tidur itu.

' Syazwan kena kuat ya... Kita doakan ibu dengan adik kamu selamat '....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Namun.... hanya seorang sahaja yang terselamat.....

Arisya Arissa Sofea.

Nama yang diberikan oleh Ibunya sebelum ibunya pergi buat selama-lamanya....

Adwa masih tidak dapat menerima takdir tersebut, bahawa jodoh dia dan isterinya hanya sampai pada masa itu sahaja.

" Maafkan kami encik, tapi.... Allah lebih menyayanginya, semoga encik tabah mengharungi ujian ini..."

Encik Adwa meraup kasar wajahnya. Apabila dia melihat wajah anak perempuannya yang baru lahir itu, terasa benci makin menyelubungi dirinya.

' Kenapa harus si dia memilih kau dari nyawa dia sendiri?'.

•|🦋📍|•

Beberapa tahun selepas kejadian, Encik Adwa memutuskan untuk berkahwin dengan rakan lama sekolahnya. Zahra namanya.... Selepas berkahwin dengan Zahra, Encik Adwa kerap mengabaikan anak perempuannya.

" Ayah! Ayah! tengok lukisan adik ni! " Arisya yang baru sahaja berumur 5 tahun itu berlari anak ke arah ayahnya yang sedang menonton tv di ruang tamu. Ibu tirinya hanya memandang dengan penuh benci. Kenapa?

Zahra ni ex Adwa waktu sekolah menengah tapi diorang putus pastu Adwa ni fall in love dengan ibu Arisya dan Syazwan. Haa gitew. (Tapikan janganlah sampai benci anak yang tak bersalah tu :'( kesian Arisya dengan abang dia :<)

" Eish, aku tak nak tengok gambar buruk kau tu! Pergi sana boleh tak?! " kata Encik Adwa.

Arisya terkedu. Kenapa ayahnya makin lama makin berubah?

Perlahan-lahan Arisya mengundurkan diri sebelum kembali ke biliknya. Syazwan yang dari tadi perasan tentang tingkahlaku ayahnya cepat-cepat pergi untuk memeriksa adiknya. Walau apa pun terjadi, Syazwan tetap sayangkan adik yang seorang itu.

Arisya sedang menangis sambil bersandar di tepi katil biliknya. Walaupun Syazwan baru sahaja berumur 9 tahun, tapi dia dapat rasa akan perasaan adiknya dan suasana sekeliling yang kerap menjatuhkan adiknya.

Syazwan memeluk adiknya dengan erat sambil memujuk adiknya. Arisya hanya menangis dalam dakapan abangnya. Hanya abangnya sahaja yang tahu betapa peritnya apabila di sisihkan oleh ayah kandungnya sendiri, tidak dapat kasih sayang oleh seorang ayah, kehilangan ibu sebaik sahaja dilahirkan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" Adik tak kuat nak hadap semua ni.... Adik ni hanya membawa bala ke ? Adik ke sebab ibu pergi?...."

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now