20

119 6 0
                                    

Arisya masih nyenyak tidur di sebelah. Perjalanan masih agak jauh sebelum nak sampai ke syarikat ayah Raziq. Ya, mereka akan menaiki private jet. Raziq hanya menjeling sekilas sebelum perlahan-lahan mengukir senyuman nipis.

Raziq menekan butang di airpod yang dipakai sebelah telinga kanannya.

" Sediakan private jet di Syarikat ayah saya sekarang, saya dan isteri saya akan sampai di sana tak lama lagi "

" Baik boss! "

Selepas itu, Raziq mematikan semula talian itu. Mata di kerling kan di cermin belakang. Ada sebuah kereta hitam yang mengikuti mereka di jalan sunyi itu. Raziq tersenyum senget. " Secret fan following us huh? " sinisnya perlahan.

Mata di kerling pula kepada Arisya yang masih nyenyak tidur di sebelah. Memang isterinya tak sedar apa dah kalau tidur mati macam tu. Raziq ketawa sinis. Agak-agak isteri dua marah tak kalau dia bawak kereta laju-laju?

Manalah tahu kan...

Raziq dengan sengaja mengikut jalan pintas, namun kereta itu masih mengikutinya. Raziq masuk lorong mana pun kereta itu tetap akan ada di belakang. Jadi apa pilihan yang dia ada? Pedal minyak ditekan lagi, meter kelajuan mula menambah.

Akhirnya mereka masuk ke jalan highway yang masih kosong akibat telah lewat malam. Apabila Raziq melihat jalan raya yang kosong tu, dia makin rasa seronok. Sebab apa? Dia boleh bawa laju-laju tanpa halangan di hadapan.

Kereta di belakang juga mengikutinya dengan kelajuan yang sama. Dua-dua sedang berkejaran di atas highway yang luas itu. Raziq menukar pemanduan kereta menjadi auto tapi dengan kelajuan yang laju.

Tangannya cekap mengambil pistol yang di selit pada jaket hitamnya. Peluru di masukkan dalam pistol tersebut. Tingkap di buka untuk menembak ke tayar kereta yang mengejar.

Bang! Bang!

Dua tembakan di lepaskan namun tersasar. Satu peluru tidak mengena manakala lagi satu terkena di cermin kereta tersebut. Oops! Raziq masukkan kepala nya semula ke dalam kereta sebaik saja menyedari musuh sudah sedia untuk membalas serangan tembakan.

Erm...

Arisya terasa terganggu sedikit, mungkin sebab bunyi pistol tadi atau keadaan kereta makin lama makin laju. " Don't wake up yet dear, let me handle those b*stard first " gumam Raziq di dalam hati. Sambil menukar semula pemanduan menjadi kawalannya semula.

Talian di hidupkan kembali.

" ¡Dile a algunos de nuestra tripulación que me esperen en el puente mientras envío esta ubicación en vivo! No puedo hacer nada ya que mi esposa está aquí conmigo, no quiero que ella se entere todavía... "
(tell some our crew wait me at bridge, as I send this live location! I can't do anything since my wife is here with me, I don't want she know about it yet... )

" (Como desees joven maestro) As you wish young master "

Raziq mematikan talian lalu mengerling ke arah isterinya masih tidur dengan nyenyak di sebelah nya. " Dalam keadaan mcm ni pun sayang tak bangun lagi " Raziq ketawa kecil. Baginya comel!

Akhirnya mereka tiba dekat dengan kawasan jambatan. Memang benar, anak-anak buah Raziq sudah menunggu di situ. Sebaik sahaja dapat isyarat lampu dari salah seorang anak buahnya. Raziq tersenyum senget.

Pedal minyak ditekan hampir habis, kereta tersebut memecut laju mengelak dari serangan kereta belakang. Kereta di belakang perlahan-lahan berhenti mengikut sebaik sahaja melihat satu per satu anak buah Raziq mengeluarkan pistol. Raziq toleh ke belakang, dia mengukir senyuman sinis. Padan muka!

Pemanduannya diteruskan ke syarikat papanya untuk terus gerak ke Italy dengan kadar segera. Keadaan di sini dah tidak selamat untuk mereka berdua pada masa ini....

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now