27

100 8 0
                                    

Terkedu Raziq apabila melihat di genggaman isterinya terdapat failnya yang telah dirahsiakan oleh Raziq sendiri daripada pengetahuan isterinya. Beg hitam yang telah di buka itu di pandang sekilas sebelum memandang ke arah isterinya semula.

" Kenapa Abang rahsiakan semua ni daripada Isya? Kenapa abang?! " soal Arisya dengan nada sedikit. Raziq mendiamkan diri.

" Itu, Elly dengan Rene tahu tak suami mereka kerja macam tu? " soal Arisya.

" Diorang dah lama tahu...." kata Raziq dengan nada tenang. Dia cuba mengawal emosinya, kerana dia tahu, kalau dia tidak dapat kawal emosinya dengan baik, mungkin isterinya sudah masuk hospital.

" Kenapa Isya je tak tahu abang kerja macam tu?! Kenapa tiada seorang pun beritahu Isya?!! Isya ni apa pada abang? " soal Arisya lagi. Mutiara-mutiara jernih mula mengalir dari matanya perlahan-lahan.

" Angel isteri abang, selamanya isteri abang!! Abang rahsiakan dari Angel sebab Abang tahu Angel akan terkejut macam ni! " Hampir saja Raziq meninggikan suara.

" Too late.... Isya dah tahu siapa abang.... Dan Isya tak sangka pula abang dulu mempermainkan hati perempuan lain sebelum Isya..." Arisya mengelap air matanya. Raziq cuma merenungnya.

" Wow, Isya tak sangka Abang ialah lelaki ketiga yang tipu Isya, sakitkan hati Isya, pergunakan Isya.." kata Arisya.

" Mungkin perkahwinan kita sekadar Abang nak tutup kesalahan Abang waktu masa lalu " Sinisnya. Kali ni Raziq berpaling ke arah isterinya. Maksud Arisya? Arisya tahulah Raziq ada tunang? Tapi, Razia tak pergunakan Arisya sebenarnya.

" Don't ever say that Angel!! " keras suara Raziq memberi amaran.

" Kenapa?! Bukan tu ke realitinya abang? Isya penatlah dengan permainan abang " Arisya tidak mengalah ingin melawan cakap suaminya.

Tangan Raziq hampir melayang mengenai pipi Arisya namun sempat di tahan oleh Raziq sendiri yang melawan amarahnya. Kali ni Arisya terkedu. Kerana Raziq mengingatkan dia kepada ayahnya....

// FLASHBACK //

Jantungnya berdegup laju, seperti takutkan sesuatu. "Assalamualaikum, Isya dah balik" kata Arisya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. "Balik pun! Ingatkan dah mati tengah jalan!! Kau pergi mana Arisya?!" suara ayah Arisya bergema kuat di dalam rumah tersebut.

"I-Isya pergi beli barang dapur tadi.." kata Arisya sambil tertunduk. "Ye ke? Dah tu tadi yang lelaki hantar kau tu siapa?!" adik tiri Isya , bersuara lalu merampas beg plastik yang Arisya bawa. Arisya tersentak.

"KAU KELUAR DENGAN JANTAN MANA ARISYA??!!!" suara ayah Arisya memetir di ruangan tersebut. " B-bukan ayah, dia tolong hantarkan Arisya balik sahaja" Arisya menjawab dengan nada takut. " Menjawab!! Kau ingat aku percaya??!!" Ayah Arisya menampar wajah Arisya dengan kuat sehingga wajah Arisya terteleng ke tepi.

"Arisya tak tipu ayah..." kata Arisya dengan nada teresak-esak menahan air mata yang mengalir. "Biar aku ajar kau supaya jadi anak yang berguna sedikit, asyik menyusahkan orang ja!!" dengan kasar ayahnya menarik rambut Arisya yang di lindungi tunduk.

" Arisya minta maaf ayah!! Jangan pukul Arisya ayah!!" Arisya menangis teresak-esak minta dilepaskan. "Diamlah!!" buk! Kepala Arisya terhantuk di dinding. "Sudahlah abang, nanti budak ni mati awak yang masuk lokap! Biar ja budak ni!!" ibu tiri Arisya datang mendekati suaminya.

"Kau dengar sini Arisya, kalau aku dapat tahu kau mengadu dekat sesiapa yang aku pukul kau, aku tak teragak-agak nak pukul kau lebih teruk dari sekarang ni sampai kau mati!!" ayahnya memberi amaran. Arisya mengangguk laju.

Ibu tiri dan adik tirinya tersenyum sinis sambil berlalu pergi meninggalkan membiarkan Arisya tersandar lemah di depan pintu biliknya lalu mengikuti ayahnya ke dapur. Arisya membuka pintu bilik, pintu di tutup rapat lalu dia rebahkan badannya ke atas katil.

" Bila abang nak balik? Isya dah penat asyik kena pukul dengan ayah..." bisik Arisya perlahan dalam tangisan. Abang kandung Arisya tengah sambung belajar di luar negara. Dan sejak abang nya pergi lah Arisya di seksa teruk . Abangnya sendiri tidak tahu yang adik kandungnya itu kena pukul teruk. Hal ini kerana ayah Arisya beri amaran supaya jangan beritahu sesiapa.

"I-Isya rindu m-mama.... Isya rindu a-abang" perlahan lahan Arisya dibuai mimpi....

// END OF FLASBACK //

"S-Sakit..." Arisya memegang dadanya apabila merasakan dia sekarang susah untuk bernafas. Raziq yang tadi berdiri di tepi tingkap terus menerpa ke arah isterinya. Walaupun sebenarnya tadi Raziq hampir-hampir menamparnya, Raziq tidak sanggup untuk jadi seperti Encik Adwa.

" Angel okay?? " Raziq memegang bahu isterinya. Arisya masih melawan dengan ketakutan dia. " I-Isya s-sakit....I-Isya takut, abang....tolong Isya.." bisik Arisya dengan nada perlahan sebelum merasakan dunia menjadi gelap..

" ANGEL !! "

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now