09

173 9 1
                                    

"Hey disebabkan perempuan tu!! Aku dah kehilangan isteri pertama aku!! Dia dan abang dia sama saja! Menyusahkan aku, aku kalau boleh nak pukul budak tu sampai mati!!" Bam! Elyziana dan Serene terkejut. " Cukup lepaskan aku Elly biar aku ajar diorang " Serene dah nak mula menyerang.

" Mengucaplah pakcik, Hidup dan mati itu di tangan tuhan, Kenapa pakcik nak pertikai kan hal kematian itu? Bukan salah Arisya atau sesiapa yang menyebabkan Makcik Alya meninggal! Kan sudah tertulis di suratan takdir?! Lepastu saya silap dengar ke, pakcik pukul anak pakcik?! Maaf lah pakcik, saya terpaksa kurang ajar sedikit. Pakcik tahu tak tindakan tu salah? Pakcik nak masuk penjara ke?! Kalau nak saya boleh telefon!!" Elyziana bersuara lantang. Dia juga tidak tahan bila terdengar kawan baiknya sendiri di hina dan diseksa begitu.

"Hey berani kau tinggi suara dekat ayah aku??!!!" Zafirah menuju ke arah Elyziana. Tangan diangkat tinggi untuk menampar wajah Elyziana. Elyziana terpejam mata. Namun dia hairan kenapa masih tiada serangan dari Zafirah.

Dia pandang ke hadapan alangkah terkejutnya melihat Raziq yang mencengkam kuat pergelangan tangan Zafirah yang cuba menyerang Elyziana. Elyziana dan Serene terkejut. " Cakap guna mulut bukan tangan!" kata Raziq dengan nada tegas.

Tangan Zafirah dilepaskan dengan kasar. Zafirah terdorong ke belakang. Encik Adwa dan isteri keduanya terkejut. Aura lelaki itu amat menyeramkan mereka. " Berani kau nak cederakan Puan Muda kami?! Hey kau tahu tak siapa Cik Elyziana Fiezan ni?!" soal Raziq.

Elyziana hanya menjeling tajam ke arah Raziq. Haihh mula dah. Serene menyokong dengan tindakan Raziq itu. " Cik Puan Elyziana Fiezan, isteri kepada Tuan Muda Aariz Amri! And Elyziana Fiezan ni dah jadi anggota rasmi The Golden Silver Fox Legacy yang paling berharga sekali!! Serene Aziouese juga!! Hey kalau kau berani cederakan Puan Muda Elyziana, kau tak tahu berapa ramai yang berada di belakang dia, kami takkan biarkan korang aman" diakhir ayat, Raziq memberikan senyuman yang menyeramkan.

Zafirah menelan air liur. " Dan lagi satu, kalau kami dapat tahu lepas ni korang seksa Arisya Sofea, hidup korang takkan aman, percayalah " Raziq memberi amaran. Zafirah, Encik Adwa dan isterinya terkedu.

" Jom balik, tak pasal-pasal kita pun terikut kebodohan mereka bertiga ni!" kata Raziq sambil menarik tali beg Elyziana dan Serene yang digalas mereka berdua. "Hey hey bro!? Sabarlah!!" Serene tidak puas hati bila ditarik sebegitu.

Pada masa yang sama Serene sempat buat isyarat leher dikelar ke arah Zafirah. Menandakan amaran kalau dia atau sesiapa berani seksa Arisya lagi. Zafirah menelan air liur.
.
.
.
Sepanjang perjalanan itu, sunyi sahaja. Hanya radio sahaja berbunyi menyiarkan lagu. " Cukup! Aku nak telefon Abang dia!" kata Serene. " Bagus bestie!! Let's go!!" Elyziana bersetuju. Raziq hanya diam meneruskan pemanduannya, membiarkan Serene dan Elyziana berbincang sesuatu.

"Haihh nasib bukan Aariz yang ikut, kalau tak lunyai dah budak tu" kata Raziq perlahan. Ye lah manakan tidak nak tampar Elyziana. " Aku okey lah tapi... Kita kena fikirkan cara selamatkan Arisya dari rumah tu!" kata Elyziana. Serene mengangguk setuju. Serene sedang mesej abang Arisya untuk beritahu perkara yang sebenar.

Raziq cuma diam. " Kau kahwin dengan Isya lah boleh?" soal Serene dengan Elyziana serentak. Tiba-tiba sahaja Raziq break mengejut. Buk! Kepala Elyziana terhantuk di seat hadapan manakala Serene terhantuk di seat belakang Raziq.

" Hey, korang ni agak ii lah" Raziq rasa ingin terjun tasik sekarang. Tasik mana tasik?! Raziq terus memandu. Walaupun tadi dah break terkejut..

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now