01

267 12 0
                                    

" Arisya? Arisya? "

" Arisya ooo Arisya! "

" Isyaaaa!! "

Pap!

Arisya terkejut apabila bahunya di tepuk lembut oleh sahabat baiknya Reisya. " Kenapa di tenung sahaja makanan tu? " soal Reisya sambil memandang ke arah Arisya. Arisya menggeleng. " Takde apa lah " .

Ketiga-tiga sahabat baiknya memandang ke arahnya dengan risau. " Sure kau okey Isya? Kita kawan lama dah... Awak mcm tak okey je? Ada sesuatu berlaku ke? " soal Elyziana yang duduk bertentangan dengannya.

Serene turut mengangguk setuju. " Takdelah, aku okey je guys, jangan risau.. cuma penat sikit aku tidur lambat semalam " tipu Arisya walaupun sebenarnya lain yang jadi. " Hmm jangan tidur lambat sangat weii, SPM tinggal seminggu lagi weii " kata Serene. Arisya ketawa kecil lalu mengangguk.

Dia terus menyuap bihun sup ke dalam mulutnya memandangkan rehat pun akan tamat tak lama lagi. Selepas itu mereka berempat kembali masuk ke dalam kelas untuk menyambung sesi sekolah petang.

Arisya terkedu apabila melihat sosok lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya kini kembali menghantuinya. Zahril Erfan, ex Arisya Sofea. Mereka berdua putus kerana ada orang ketiga dan Arisya baru sahaja tahu yang Zahril ni seorang Playboy. Arisya hanya mengeluh mengabaikan kedatangan Zahril ke kelas mereka.

Reisya, Elyziana dan Serene menghadiahkan jelingan maut al maut kepada Zahril. Macamlah diorang tak tahu apa Zahril ni dah buat? Mempermainkan dan mempergunakan Arisya sahaja... Zahril hanya mendiamkan diri melihat keempat-empat pelajar perempuan tersebut mengambil tempat di tempat masing-masing.

" Kedatangan kau cuma membawa sakit bagi aku.... tolonglah jangan muncul depan aku lagi...." gumam Arisya perlahan. Dia dah penat dengan semua ni. Dah lah Zahril dulu menyebarkan fitnah tentang dia dulu Lepastu buat onar lain pula. Arisya dah muak dah dengan permainan Zahril.

Kerana cinta dan sayang, dia buta untuk melihat kebenaran yang sebenar. Dia lalai akan pelajaran. Itulah dia, cinta itu buta hiok hiok hiok hiok!

•|🦋📍|•

" Assalammualaikum...."

Arisya melangkah masuk ke dalam rumah. " Waalaikumussalam, eh adik abang dah balik? " Syazwan ialah orang pertama yang menyambutnya. Arisya bersalaman dengan abangnya terlebih dahulu. Puan Zahra dan Zafirah hanya menayangkan riak menyampah.

" Sekolah macam mana adik? " soal Syazwan. Arisya tersenyum lalu mengangguk. Ertinya ' Ya'.

" Kenapa abang asyik tanya Kak Arisya pasal sekolah macam mana? Abang tak pernah pun tanya Firah! " tiba-tiba sahaja Zafirah bersuara. Arisya cuma memejamkan mata. Mendiamkan diri lebih baik.

" Itu hak saya nak tanya siapa pun, awak takde hak untuk pertikai " jawab Syazwan dengan tenang. Syazwan sebenarnya dan lama simpan amarah pada Puan Zahra dengan Zafirah. Macamlah dia tak tahu, punca Arisya kerap kena pukul dengan Encik Adwa adalah di sebabkan mereka.

" Takpelah Abang, adik nak masuk bilik dulu " Kata Arisya sambil berlalu pergi. Syazwan hanya mengeluh. Kalau dia tidak pertimbangkan tentang Zafirah tu anak ayah dia, dah lama kena cekik budak tu aiyoo.

Arisya mengunci pintu biliknya lalu bersandar di pintu bilik. Dia penat nak hadap semua ni, dia dah penat dah, namun apakah daya dia?

Zap!

Zap!

Zap!

Arisya menekup telinganya. Bunyi libasan tetap jelas kedengaran di telinganya. Libasan tali pinggang.... Ayahnya kerap memukulnya dengan menggunakan tali pinggang.... Secara tidak sedar, air mata perlahan-lahan mengalir dari pipinya.

" Ibu..... Isya tak kuat ibu...."

Itu sahaja yang mampu Arisya katakan. Dia seperti ingin mengikuti ibunya. Dia ingin keluar dari keluarga neraka ini. Dia lelah untuk hadapi semua ni. Namun dia tidak melakukannya kerana abangnya masih ada di sisinya, menjaganya...

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now