32

118 6 0
                                    

" Angel pasti dia dah berubah?" soal Raziq dengan nada sinis. Arisya lantas memandang ke arahnya. " A-apa maksud abang? " soal Arisya kembali. Raziq cuma diam sambil tersenyum sinis.

" Abang please lah, Zahril tu betul-betul dah berubah, dia manada niat lain pun " kata Arisya dengan dengan nada perlahan. Raziq menjulingkan matanya ke atas. Zahril! Zahril! Zahril!! Itu je yang dia sebut!

Sebaik sahaja tiba di mansion.

" Abang ada kerja kejap dekat luar, tak perlu tunggu sebab balik lambat " kata Raziq sambil menemani isterinya masuk ke dalam rumah. Arisya cuma mengangguk perlahan. Raziq tersenyum nipis sebelum mencium lembut dahi isterinya.

Dengan tenang Raziq melangkah masuk semula ke dalam kereta Lamborghini miliknya. Arisya cuma menyandarkan tubuh sendiri ke dinding memandang suaminya keluar semula dari perkarangan mansion.

•|🦋📍|•

PRANGGG!!

"Uhukk uhukk " tersedak Akif yang sedang makan Maggi Cup apabila mendengar bunyi barang jatuh dalam bangunan kerja mereka.

" Kalau Raziq pecahkan almari lagi ni dah masuk almari yang ke 10 " kata Erhan sambil mencatat sesuatu di buku nota kecil miliknya.

BANG!!

" Weyy siapa-siapa Tolong hentikan Raziq mengamuk, dah 3 jam wee, dulu paling lama 2 jam. Kesian dekat anak aku ni tidur tak senang " kata Aariz.

Semua mata tertumpu kepada Aariz yang sedang mendodoikan anak perempuannya dalam dukungan.

" Eh tak nak lah aku, kang tak pasal-pasal hilang semua gigi aku " kata Izwan. Tiba-tiba sahaja dia menggigil teringat masa lalu.

" Suruh lah Faiq, kat sini Faiq lah paling dingin kalah Raziq " kata Adrian lalu memandang ke arah sepupunya yang sedang menghirup latte. Faiq hanya menjeling sekilas .

" Btw eh kenapa Raziq bad mood hari ni ? " soal Aariz. " Entahlah dengar kata cemburu sebab Arisya berbaik dengan Zahril " jawab Erhan sambil menjongketkan bahu.

" Lahh sampai macam tu sekali? " soal Adrian. " Bukan tu ja, Sheila ugut dia macam-macam, lagipun Raziq kan terkilan sedikit dengan orang yang seksa isteri dia " kata Izwan.

Berkerut dahi yang lain mendengar. " Parah naw Sheila ni tak move on lagi heh " kata Akif sambil sambung makan Maggi Cup semula.

" Aku tak tahulah nak cakap apa, harap-harap semua oklah " jawab Aariz. Adrian mengangguk setuju.

" Btw Faiq, comform ke next mission? " Raziq melangkah keluar dari bilik kerjanya. Semua mata tertumpu ke arah Raziq yang selamba berjalan ke arah mereka macam tak ada apa.

Faiq cuma mengangguk. " Aku tak join boleh ka? " soal Raziq. Faiq diam seketika sebelum perlahan-lahan mengangguk. " Aku faham tak apa, join balik bila kau dah ok " Faiq menepuk lembut bahu sahabatnya.

" Mission?? " Akif kelihatan blur di situ ja sahabat.

" Curi balik senjata Sniper kita yang kena curi beberapa tahun yang lalu " jawab Faiq. Terlopong mata semua ketua-ketua.

" Yuhuuuuu my golden baby Sniper is comeback! " sorak Adrian. Mujurlah dalam masa terdekat ni dia tidak dapat menerima sebarang tugas sebagai pembunuh upahan profesional.

" Nampaknya nanti kena hantar diorang balik mansion Silver Fox " jawab Aariz lalu menoleh ke arah Adrian . Adrian angguk setuju. Siapa yang mereka maksudkan? Elyziana, Serene, Zahrul, Ariana dan Fizaurah lah.

" Goodluck korang "....

•SKIP BEBERAPA HARI KEMUDYANNN•
(P/S:: Banyak betul skip- sorry lah author dah kekeringan idea huehuehue)

Raziq kini jarang balik ke mansion. Tak tahulah sebab kenapa, mungkin kerana pertengkaran mereka tentang Zahril rasanya...

Arisya duduk di wakaf dalam mansion mereka sambil termenung. Satu mug air anggur hanya dibiarkan, tidak di minum langsung. Arisya mengeluh perlahan.

" Hai Arissa! " seseorang tiba-tiba sahaja menyapanya.

Terkejut Arisya apabila melihat Zahril di hadapannya. " E-Eh hai Zahril, macam mana awak boleh masuk mansion-? " soal Arisya.

" Pengawal berdua jaga pagar benarkan, saja nak jumpa awak kejap " selamba Zahril.

Arisya ketawa kecil. " Mana Suami?? " soal Zahril.

" Oh err dia ada urusan beberapa hari ni, biasalah kerja " jawab Arisya.

Sunyi seketika.

" Eh Awak nak air apa-apa tak? Saya bancuhkan okey? " kata Arisya sambil tersenyum. " Boleh juga, tak apa ke? " kata Zahril. " Tak apa, kejap ehh jangan kacau air minuman saye yee " pesan Arisya sebelum melangkah masuk ke dalam mansion, meninggalkan Zahril sendirian di wakaf luar.

Zahril tersenyum lalu mengangguk. Sebaik sahaja Arisya hilang dari pandangan, dia pandang sekiling. Tangannya pantas mengeluarkan satu pek serbuk ubat tidur, dengan berhati-hati dia memasukkan ubat tidur itu dalam minuman Arisya lalu digaul menggunakan pembungkus ubat itu.

Zahril tersenyum sinis lalu simpan semula pek ubat itu di dalam poketnya semula....

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now