24

100 6 0
                                    

Arisya sedang ralit memilih untuk mengambil barang dapur. Haf cuma memerhati sambil membantu menolak troli untuk Arisya. " Haf, kalau Isya nak tanya sesuatu boleh? " soal Arisya. " Ada apa ya Puan Muda ? " Haf memandang ke wajah Arisya yang berubah menjadi mendung.

" Raziq dah tak sayangkan Isya ke Haf? "

Terkedu Haf mendengar soalan tu.

" Kenapa Puan Muda cakap macam tu ? " soal Haf.

" Ye lah, Raziq selalu abaikan saya.. balik rumah pun macam tak nak balik je " keluh Arisya.

" Puan Muda jangan sedih² ya? Tuan Muda agak sibuk sikit dalam masa terdekat ni " pujuk Haf.

" Raziq ada kerja lain ke? " soal Arisya lagi.

Mengucap Haf. Terkedu terkejut terkentut semua adaaa!! Eh kentut tu bukan ye.

" Yang itu Puan Muda Kene tanya Tuan Muda sendiri " jawab Haf. Ringkas, Padat dan tepat!

Arisya mencebik. Sampai hati Haf, tak nak tumpahkan teh heh (spill the tea).

Sebaik sahaja tiba di kaunter pembayaran, Arisya baru sahaja ingat, bahawa dia lupa nak ambil lagi satu barang. Haf setia tunggu di kaunter walaupun hatinya berat nak tinggalkan Arisya sendiri. Jadi apa-apa dia lah kenaaaa.

Arisya secara tidak sengaja terlanggar seseorang...

" Erk maafkan saya!! " Arisya menunduk hormat. Aduhh Arisya, time ii ni lah nak jatuh huhu .

" Eh tak apa², saya okey je. Awak okey? " kata wanita tersebut dengan ikhlas.

Arisya pandang ke wajahnya. Walaweyhh macam model sahabat.

" Saya Sheila Erma, panggil saya Shei/Eila " kata wanita itu dengan mesra.

Arisya tersenyum lalu mengangguk. " Saya Arisya Sofea, boleh panggil Isya atau Fea " .

" Arisya Sofea? Kejap, isteri Tengku Raziq Reyhan, pemilik Razqhan Empire?! " terlopong wanita itu.

" Awak kenal dia? " Arisya mula ragu-ragu.

" Saya memang kenal dia, sisi gelap dia pun saya kenal..." bisik wanita perlahan.

Arisya terkedu. Siapakah wanita ini pada Raziq?! Apa kaitan si dia dengan Aariz?!

" Ini nombor telefon saya, lapang ii call lah saya nanti yer " Wanita itu menyerahkan kad kepada Arisya. Arisya cuma mengangguk. Kepalanya masih meneka siapa gerangan wanita itu.

" Puan Muda!! " Haf mendekati sebaik sahaja perasan Arisya masih kaku sewaktu berbual dengan wanita asing tadi.

" Puan Muda okey? Dia cederakan Puan Muda ke?! " Haf menjadi cemas. Arisya cuma menggeleng.

" Takpelah kita pergi bayar terus ya barang-barang lepastu balik terus "

" Baik Puan Muda.."

.

Arisya masih termenung memandang kad nombor telefon Sheila yang diberi oleh nya tadi. Arisya mengetap bibir sendiri. Sisi Raziq?? Kenapa Arisya tidak tahu?? Kenapa orang luar boleh tahu?? Dia sendiri tak faham, kenapa??

Trittt....tritttt....

" Hello?"

" Hello Shei, ni Isya. Awak free tak esok? "

" Saya free saja esok, awak nak jumpa saya ke Isya? "

" Kalau boleh "

" Okey esok jumpa saya dekat Cafe *******"

Arisya menutup panggilan telefon yang di dail nya tadi. Arisya tak boleh berdiam diri! Dia kena cari kebenaran! Lantaklah walaupun bukan tuan badan tu sendiri, dia tetap kena tahu apa yang orang lain tahu tentang Raziq yang dia tak tahu....

•|🦋📍|•

Tok! Tok!

Haf masuk ke dalam ruangan tersebut apabila sudah dapat kebenaran. Raziq menatapnya dengan tajam. Dia menjongketkan kening melihat Haf cuma menunduk sebaik sahaja tiba di hadapannya.

" Tuan, tadi saya teman Puan Muda beli barang dapur dekat pasar raya. Lepastu ada wanita asing ni datang berbual dengan Puan Muda, lepas wanita tu pergi, Puan Muda nampak terkejut... saya tak pasti apa yang mereka bualkan... " jujur Haf.

Raziq cuma mendengar penjelasan tersebut lalu mengangguk.

" Kau perasan tak wajahnya? "

Haf menggeleng kepala. " Hmm tak apa, thanks info, kau boleh pergi " kata Raziq dengan tenang.

Haf mengangguk lalu melangkah keluar dari ruangan tersebut.

Raziq tiba-tiba sahaja tersenyum sinis.

' Siapa pula lah masuk campur rumah tangga aku ya? '

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now