28

113 7 0
                                    

" Macam mana keadaan isteri saya Doktor? " soal Raziq dengan nada risau.

" Ada berita baik dan berita buruk encik, harap encik dapat terima berita ini " kata Doktor Hana. Doktor Hana ialah rakan sepasukan Serene di hospital itu. Mujurlah Doktor Hana lapang pada masa sekarang.

Raziq cuma diam memasang telinga.

" Berita gembira, tahniah encik. Isteri encik telah mengandung. Kandungan tersebut dah mencecah usia 3 minggu dalam kandungan " kata Doktor Hana.

Raziq terlopong mendengar berita gembira tersebut. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman sambil menekup muka. Rupanya sudah 3 minggu ada rama-rama kecil yang muncul dalam hidup mereka. Doktor Hana juga turut menumpang gembira apabila melihat Raziq ceria dengan berita baik itu.

" Erk tadi doktor cakap, ada berita buruk? Boleh saya tahu apa berita itu? " soal Raziq.

Doktor Hana diam seketika, namun Raziq berhak tahu.

" Sebelum ni, isteri encik mengalami trauma atau kerap stress ? Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada kandungan Isteri encik dan juga isteri encik. Kalau encik tidak kisah, boleh ceritakan sedikit jika ada " soal Doktor Hana.

" Err, ada... tapi rasanya tak selesa lah pula kalau saya nak cerita Doktor " kata Raziq.

Doktor Hana mengangguk mengerti. " Tak apa Encik, saya faham. Pastikan Puan Arisya tidak keseorangan, pastikan dia makan ubat ikut masa yang ditetapkan, Puan Arisya pada masa sekarang perlukan sokongan encik " pesannya.

Raziq cuma mengangguk.

" Terima kasih doktor"

•|🦋📍|•

" Abanggggg Isya ngidam Mee kungfu laaa "

" Allahuakbar, Angel sayanggg shawarma pun tak habis lagi dekat tangan tu sayanggg " boleh naik gila Raziq apabila melihat isterinya tidak henti makan. Raziq faham selalunya ibu-ibu mengandung ngidam macam-macam tapi bagi Raziq, ini semua makanan tak baik untuk kandungan baby!!

Raziq tak kisah kalau isterinya nak kikis duitnya tapi kikislah beli makanan yg menyihatkan, ini tak, semua junk food ye guyss!!

Tiba-tiba sahaja telefon Raziq berbunyi. Sebaik sahaja Raziq membaca mesej yang diterima. Wajahnya mula berkerut. Arisya yang sedar wajah itu dia faham, suaminya ada kerja yang perlu di selesaikan. Arisya tersenyum lalu menepuk lembut lengan suaminya. " Jom balik abang!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" Angel sure boleh tinggal dekat mansion ni? " soal Raziq dengan nada risau.

" Ala takper... Cik Sue dan Cik Sae kan ada ? Lagipun Arisya dah biasalah " Arisya meyakinkan suaminya.

" Memanglah tapi sekar ni awak bawa baby dalam perut tu sayang, abang risaulah Angel dengan baby " kata Raziq.

" Trust me, I will be fine abang " Arisya mengusap lembut tangan suaminya sebelum menyalam tangan kekar itu. Raziq tersenyum nipis sebelum menghadiahkan ciuman di dahi isterinya.

" Jaga diri okey, nanti abang balik sini " kata Raziq sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Arisya cuma berdiri di hadapan pintu mansion, memandang suaminya pergi....

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now