EPILOGUE 🥀✨

303 7 1
                                    

6 bulan sudah berlalu selepas kematian Raziq Reyhan. Arisya kini menjadi seorang peguam yang berjaya. Arisya juga tidak pernah tertinggal untuk menghubungi dua Sahabat baiknya tidak tinggal juga Tengku Reyhana yang dia sudah anggap seperti ibu sendiri.

Arisya mengambil tempat di atas batu besar di tepi pantai. Angin tidak berhenti bertiupan menyejukkan kawasan tersebut. Entah kenapa hatinya berat untuk menerima kenyataan Raziq sudah tiada walaupun Raziq sendiri mati di hadapan matanya. " Macam tak percayakan dah 6 bulan...." bisik Arisya perlahan.

" Termenungkan Raziq lagi ke awak? "

Satu suara menyapanya. Arisya mengenali suara tersebut. Siapa lagi kalau bukan Akif Zain? Sepupu Raziq Reyhan.

" Ohh Akif, hai awak apa khabar " Arisya tersenyum nipis ke arah Akif yang mengambil tempat di atas batu besar di sebelahnya.

" Alhamdulillah saya sihat, awak ? " kata Akif. Arisya mengangguk sambil tersenyum.

" Lamanya awak menghilang, tak rindukan kami semua ke kat sini? " luah Akif sambil melepaskan pandangan ke arah laut. Jelas sedikit suara Akif seperti kecewa?

" Mana adalah, mestilah saya rindu semua orang yang tetap ada dengan saya dari dulu sampai sekarang, cuma... sekarang saya sibuk sikit itu je " jawab Arisya dengan nada berhati-hati. Akif hanya mengangguk.

" Macam tak percaya je kan, dah 6 bulan Raziq tinggalkan kita semua " gumam Akif perlahan.

" Dan macam tak percaya je saya masih tak boleh terima kenyataan " sambung Arisya dengan nada perlahan.

" Lambat-laun kite kena terima kenyataan tak semua kekal di dunia ini, semua hanyalah pinjaman " kata Akif dengan tenang.

Arisya tersenyum lalu mengangguk. Ada betulnya kata Akif, tak semua yang kekal di dunia, semuanya akan kembali ke sana nanti tetapi tunggu masa je kerana hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

" Jadi.. awak dah cari pengganti si dia ? " soal Akif perlahan.

Arisya menggeleng. " Macam saya cakap dulu, siapa je nak janda macam saya ni ? " kata Arisya.

" Kalau saya cakap saya nak awak ? " kata Akif yang masih memandang ke arah laut. Arisya terkedu dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Akif.

" Akif, awak bergurau je kan? " Arisya menggaru pipinya sendiri. Entah kenapa wajahnya hampir membahang mendengar kata-kata Akif secara spontan itu.

" Kalau saya cakap saya tak main-main? "

Arisya terdiam lagi. Ok Akif serius...

" Saya tidak sempurna Kif, saya tak layak jadi isteri awak, saya ni janda..." Arisya kata dengan nada merendah.

Kini Akif memandang ke arah Arisya dengan senyuman ikhlas. " Memang semua orang tidak sempurna, awak. Tapi di mata saya, awak dah cukup sempurna dan layak jadi isteri saya. Saya tak kisah awak janda atau tidak, saya ikhlas untuk jaga awak hingga hujung nyawa saya " jujur Akif.

Arisya terkesima mendengar penjelasan Akif. Angin pantai masih meniup lembut ke arah mereka, menjadikan suasana lebih errr romantik? HAHAHA 😭

" Saya nak bahagiakan awak Arisya, Saya tak nak lihat awak bersedih macam ni lagi, you deserve happiness Arisya... Saya tak janji saya boleh jadi suami yang terbaik tapi saya janji saya akan jaga awak, saya akan sentiasa ada dengan awak dan saya takkan biarkan awak sendiri " kata Akif lagi sambil memandang ke wajah Arisya yang sedikit memerah kerana terkesima.

" And I love you Cik Arisya Arissa Sofea...." bisik Akif perlahan.

" I know semua ni terjadi secara tiba-tiba, tapi saya ikhlas nak jagakan awak dan jadikan awak isteri saya. Jadi Arisya, apa jawapan awak? " soal Akif dengan nada lembut.

Arisya terdiam seketika sebelum perlahan-lahan mengukir senyuman manis. Apa salahnya kalau Arisya nak buka hatinya kepada orang yang dah lama dia kenal? Dia perlahan-lahan mengangguk. Mata Akif mula bersinar. Arisya terima lamarannya? Wow!

Mereka berdua ketawa kecil di bawah beberapa pokok yang tinggi di pantai itu serta disapa oleh bayu yang bertiupan menyejukkan kawasan itu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" Aku janji aku akan bahagiakan dia Ziq, aku janji...."......

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now