23

106 7 0
                                    

" Aku tak tahulah Elly, makin lama makin pelik pulak aku tengok Raziq tu " kata Arisya sambil memeluk diri sendiri. Arisya sedang video call dengan sahabatnya menggunakan komputer ribanya. Kebetulan Elyziana tidak sibuk sekarang di universiti.

" Pelik? Pelik macam tu? Tertelan buluh ke " . Arisya yang faham maksud tersirat itu terus ketawa.

" Bukanlah aiyoo, entah lah...dia jadi makin serius? Dia memang selalu serius ke sebelum ni ? " soal Arisya.

Elyziana mengerut dahinya lalu pandang ke atas. Macamlah ada jawapan atas siling pejabat tu.

" Aariz pernah kata, cousin dia tu akan jadi terlampau serious time ada urusan dekat syarikat diorang. Tapi kebanyakkan dia mendiamkan diri " jawab Elyziana. Arisya mengangguk. Lagipun kebetulan Raziq sibuk dengan kerjanya di sini.

" Okeylah, aku nak off dulu. Tadi ada anak murid panggil kata ada orang nak jumpa hshshshshshshshs, tak care di sanaaa!! " kata Elyziana.

Arisya ketawa kecil sebelum mengangguk dan menutup panggilan itu. Arisya termenung seketika. Lahh silap dia tak tanya Elyziana tadi, Raziq tu ada kerja sampingan lain ke. Arisya menepuk dahi sendiri. Aduhh lah Isya, Isya..

•|🦋📍|•

HAGHAHAHAHAHA

Kedengaran hilai tawa dari Raziq jelas di dengari dalam ruang tersebut. Wajahnya puas bila akhirnya dapat membunuh salah seorang anak buahnya yang menikam belakangnya dan Silver Fox Legacy.

" Aku dah cakap kan dulu? " sinis Raziq. Budak suruhannya yang sudah berlumuran darah itu di tatap dengan penuh puas. Darah yang memercik mengenai wajahnya di abaikan. Apa yang dia tahu sekarang dia puas, puas membunuh...

Anak-anak buah yang lain cuma memerhati dengan rasa gerun. Yang tahu je tahu sifat Raziq ni betul-betul lain dari ketua yang lain. Dia tidak kenal erti belas kasihan. " Kalau korang semua tak nak kena bunuh mcm dia, fikir dulu...kau kerja dengan siapa sekarang " Raziq bagi amaran sebelum melangkah keluar dari ruangan tersebut.

Langkah terus di aturkan ke rest room untuk mencuci mukanya. Raziq tenung lama ke arah dirinya yang di sebalik cermin dengan sinis.

" Kita tengok sejauh mana permainan kau Sheila...."

•|🦋📍|•

Arisya mundar mandir dalam biliknya menanti kepulangan suaminya. Dia masih tak boleh tidur bila dapat tahu Raziq masih belum pulang. Sibuk sangat ke sampai isteri dekat rumah di abaikan?

Kriukkkk...

Arisya toleh ke arah pintu. Dia melihat satu figura yang sangat dikenali masuk ke dalam bilik itu.

" Abang!! Lamanya " Arisya baru sahaja nak peluk suaminya namun telah di halang. Terkedu Arisya.

" Bagi aku mandi dulu, aku kotor. Lepas ni kau nak peluk aku sampai pagi pun takpa " kata Raziq lalu mencapai tuala lalu berjalan ke arah bilik air.

Arisya cuma memerhati dengan riak tidak percaya. Apa dah jadi dengan suami dia ni??!! Cerr bagitau sapa buat dia maghoh, babap kang eii!!

Setelah selesai mandi dan menukar pakaian Raziq merebahkan badannya di atas katil lalu memeluk isterinya dengan erat. Terbit rasa bersalah pula dalam hatinya bila dingin dengan isterinya dalam beberapa hari ni

' Abang minta maaf tapi ini demi keselamatan sayang '...

Raziq melabuhkan ciuman di dahi isterinya sebelum perlahan-lahan di buai mimpi.

Tiba-tiba terbit pula mutiara jernih dari mata Arisya. Dia menangis?? Raziq minta maaf?? Biar betul??

.

Seperti biasa, Raziq sudah menghilang kembali sewaktu awal pagi. Arisya cuma mengeluh. Sekarang sampai tak ada masa dengan dia langsung! Ini tidak adil ges!!

" Puan Muda hendak ke mana ya? " soal salah seorang anak buah Raziq yang kebetulannya terserempak dengan Arisya yang baru sahaja nak melangkah keluar mansion dengan beg tangan.

" Erm, saya nak jalan-jalan kejap pastu pergi mall, boleh? " minta Arisya dengan nada lembut.

Anak buah Raziq diam seketika. Kalau Tuan Muda marah macam mana erk??

" Tapi Saya kena ikut sekali ya Puan? Boleh tak kalau macam tu? " soal anak buah Raziq.

Arisya tersenyum lalu mengangguk. Asalkan dia bebas kejap. " Boleh, tak lah sunyi sangat saya jalan sorang ii luat sana ".

Arisya dan anak buah Raziq yang bernama Haf melangkah menuju ke kereta BMW milik Haf. Haf juga turut memberi isyarat kepada beberapa orang bodyguard Raziq untuk mengikuti mereka dari belakang, takut² ada serangan hendap.

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now