30

120 8 0
                                    

" Maafkan kami Tuan, kami tidak dapat selamatkan kandungan Puan Arisya..."

Luruh jantung Raziq mendengar kata doktor yang menunduk. Raziq jatuh semula di atas kerusi. Semua sepupunya terkedu mendengar penjelasan doktor. Erhan segera menepuk lembut bahu Raziq.

" Er, anak aku Er... Aku dah hilang anak aku Er " luah Raziq kepada sepupunya. Erhan turut simpati atas kejadian yang menimpa Raziq dan isterinya.

" Sabar Ziq, ini ujian buat kau dengan Arisya. Kau kena kuat.. nanti siapa yang nak bantu Arisya bangun semula bila dengar berita ni? Dia pun tak kuat nak dengar berita ni, dia yang bawa anak korang " pujuk Erhan. Yang lain cuma memerhati ke arah Raziq dengan kasihan.

" Anak aku wee korang.... kenapa banyak orang tak puas hati aku kahwin dengan Arisya? Aku sayangkan dia dengan anak kami we " luah Raziq.

Kali ni saja mereka melihat sisi lembut Raziq. Raziq tidak kuat untuk menahan segalanya. Dia kehilangan bakal cahaya mereka dan dia hampir kehilangan isterinya.

" Aku akan pastikan siapa yang seksa isteri aku menyesal " Raziq menggengam erat penumbuk. Pada masa sekarang mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana lelaki yang menyeksa Arisya telah terlepas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Arisya perlahan-lahan sedar dari tidur, dia terjaga di sebuah bilik rawatan. Arisya kerling ke tepi, kelihatan suaminya tidur di atas kerusi sambil menjatuhkan kepala di sisi katil Arisya.

"A-Abang...? " Arisya memanggil lemah suaminya. Raziq terus terjaga bila mendengar suara isterinya. "A-Angel?? Angel bila bangun? " Raziq terus bangun memeriksa keadaan isterinya. Arisya baru sahaja nak bangun namun di halang Raziq.

" A-Abang...s-sakit.... a-anak kita -t-tak apa-apa kan? " soal Arisya dengan perlahan. Raziq diam seketika. " A-Abang jangan cakap a-anak kita?.." Arisya perlahan-lahan menangis. Raziq menariknya di dalam pelukan.

"A-Abang...a-anak ... k-kita!! " raung Arisya.

" Abang tahu Angel, shhh shhh, Abang tahu sayang " bisik Raziq yang cuba menahan daripada menangis.

Di dalam bilik rawatan VVIP itu hanya kedengaran tangisan Arisya yang tidak henti-henti. Dia keguguran..... Dia kehilangan anaknya...

•|🦋📍|•

Beberapa hari telah berlalu selepas Arisya dapat pulang ke rumah. Dan dalam beberapa hari itu juga Arisya menjadi makin pendiam. Raziq pula? Makin lama makin dingin. Setiap hari Raziq akan balik lambat ke mansion, tidak tahu apa urusan yang dia sedang lakukan.

" Angel dah makan? " soal Raziq dengan nada mendatar. Arisya cuma menggeleng. Raziq bangun dari tempat kerjanya lalu memimpin tangan isterinya ke meja makan. Sedingin-dingin Raziq, dia tetap jaga isterinya dengan baik walaupun kadangkala naik angin itu juga manusia.

Dengan tenang Raziq menyuap makanan ke dalam mulut isterinya. Baginya, kesihatan Arisya lagi penting.

Raziq mengukir senyuman nipis , sebaik sahaja selesai makan Arisya menarik Arisya ke singki untuk bersihkan tangan dan mulut.

Trittt... trittt..

Raziq dan Arisya toleh ke arah telefon Arisya yang sedang berdering itu. Arisya mengelap tangannya di kain tuala yang disediakan lalu mencapai telefon pintarnya. Arisya terkejut apabila melihat nama yang tertera. ' Zahril Erfan'.

Raziq cuma memandang isterinya berlalu pergi dengan riak curiga.

Arisya toleh ke belakang sebelum mengangkat telefon.

"H-Hello, ada apa call saya? " soal Arisya dengan tenang.

" Rissa, you lapang tak esok? Boleh kita jumpa dekat cafe esok? Ada benda I nak cakap dengan you, tak apa I takkan cederakan you " kata Zahril.

Arisya diam seketika sebelum bersuara.

" Boleh...nanti bagi location, esok saya datang " jawab Arisya sebelum menutup panggilan.

" Siapa telefon? "

" Allahuakbar ! " Arisya melompat apabila melihat suaminya ada di belakangnya. Arisya mengurut dada sendiri lalu menyimpan telefon dalam poket baju muslimahnya semula.

" K-Kawan telefon " jawab Arisya. Raziq menjongketkan kening dengan wajah dingin.

" Siapa? Elyziana or Serene? " soal Raziq. Itu je lah yang Raziq tahu kawan paling rapat dengan isterinya. Arisya menggeleng. Raziq cuma mengangguk.

" Esok Isya nak jumpa kawan Isya dekat cafe boleh tak abang? " soal Arisya dengan berhati-hati. Raziq diam seketika.

" Hmm... boleh² asalkan hati-hati " jawab Raziq dengan ringkas lalu mengusap lembut kepala isterinya sebelum dia mengatur langkah ke tingkat atas.

Arisya cuma memandangnya dengan wajah tidak percaya. Biar betul Raziq senang² bagi keizinan??

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now