05

193 10 0
                                    

Menjelang pagi. Arisya sudah bersiap untuk keluar rumah. Ia menjadi lazimnya kerana jika dia tinggal di rumah lama-lama pasti dia akan jadi mangsa pukul lagi. Arisya bercadang untuk ke kedai kerana stok makanan dia sudah habis. Nanti bila pulang dia akan masuk mengikut pintu rahsia yang menuju tepat ke bilik nya.

(Bukan main eh🗿)

"Kau nak pergi mana Arisya? Ke kedai lepastu nak bersiar-siar?" soal ayahnya yang sedar dari tadi anaknya ingin keluar. Arisya mengangguk mengharapkan ayahnya akan benarkan. "Hmm pergilah " kata ayahnya tanpa memandang anaknya.

"Terima kasih Ayah" Arisya tersenyum sebelum melangkah pergi. Ibu dan adik tirinya hanya mencebik. Arisya berjalan keluar dengan hati yang tenang. Arisya gembira dia dapat kebebasan walaupun hanya sementara.

Sebaik sahaja dia tiba di kedai runcit, Arisya memilih barangan yang dia hendak beli. Buk! Arisya terlanggar seseorang, sekali lagi. "Eh.. s-sorry........ Encik Raziq??" Arisya terkejut. Begitu juga dengan lelaki itu. "Cik Arisya?".

Mereka berdua ketawa kecil. " Encik Raziq tinggal dekat kawasan ni ke? Jarang nampak Encik Raziq dekat sini" soal Arisya dengan nada lembut. "Adalah rumah sedara dekat sini, saya tinggal dekat negeri lain" kata Raziq. Arisya mengangguk.

"oh ya lepas ni awak nak ke mana Cik Arisya?" soal Raziq dengan nada tenang. " saya eh, saya nak pergi healing dekat tepi sawah padi. Kat situ tempat saya selalu memenangkan fikiran " kata Arisya.

"ohh begitu" Raziq mengangguk. " Saya pergi dulu ya Encik Raziq! Bye!!" kata Arisya sambil tersenyum sebelum melangkah pergi. Raziq tidak sedar dia sedang mengukir senyuman kepada wanita tersebut.

•|🦋|•

Arisya melabuhkan punggungnya di wakaf berdekatan sawah padi. Matanya ralit memandang ke arah beberapa orang kampung yang sedang menuai padi. Tempat kegemaran Arisya untuk healing, ialah di sini, sawah padi yang terbentang luas itu.

"Arissa" . Terkedu Arisya apabila mendengar nama tengahnya dipanggil sesorang. Yang cuma berani memanggilnya nama tersebut ialah Tengku Zahril Erfan. Ex dia.... "Erfan..." Arisya tersentak apabila memandang Zahril yang berdiri tidak jauh dari wakaf itu.

Arisya bangun lalu mengundur perlahan - lahan. "I datang nak cari you, Arissa... Where have you been?" soal Zahril dengan nada tenang. " Erhan, kita dah tak ada apa-apa lagi. Awak tak ingat?" soal Elyziana dengan nada perlahan.

" Let me explain first what happen! " kata Zahril. " I Don't want to hear it... Cukuplah aku dah derita sekarang, Don't ever thinking to make it worst" kata Arisya perlahan. " Arisya... Kita bincang elok-elok okay? Please!" Zahril cuba menarik Arisya.

"Apa yang awak buat ni Erhan?! Let me go!!"

" Cakap guna mulut bukan tangan!"

Tetiba sahaja ada suara lain menyapa lalu tangan Zahril yang menarik tangan Arisya di tangkap seseorang lalu di tarik jauh. Jangan kata Arisya sahaja yang terkejut, Zahril pun. Terkedu Arisya apabila melihat lelaki tersebut ialah Raziq yang melindunginya.

" R-Raziq?" terkedu Arisya. Raziq tersenyum manis melihat wajah Arisya yang masih terkedu itu. Raziq kembali pandang ke hadapan memandang ke arah Zahril. "Kau siapa pula?!" Zahril meninggikan suara.

" Aku kawan dia, kenapa? " kata Raziq itu dengan tenang. "well aku boyfriend dia" lagak Zahril. Arisya sudah menayangkan muka hendak muntah. Puihh tak ingin dia. "Are you sure? Sebab aku tengok muka dia, dia pun menyampah orang macam kau" kata Raziq dengan tenang.

Zahril merenung tajam ke arah Arisya sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan tersebut. 'Kau tunggu Arissa...'...

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now