11

176 6 1
                                    

Di Mansion milik The Golden Silver Fox Legacy*

Elyziana, Serene, Akif dan Erhan tak habis-habis melompat kegembiraan. Aariz dan Adrian memandang antara satu sama lain. Raziq pula sedang blushing. Tak sangka Arisya setujui dengan pinangannya.

"nanti majlis korang nak buat dekat mana?" soal Aariz. "dewan hotel" kata Raziq. " Takpe yang tu aku boleh tolong sponsor, Kan kita ada Hotel Golden Silver Fox Legacy?" kata Aariz. Raziq tersenyum. " thanks korang" ucap Raziq.

" Anything for our oldest cousin yang paling slayyyy!!" kata Akif sambil menepuk bahu Raziq. Mereka berenam ketawa bersama. "Raziq" panggil Elyziana. Mereka semua menoleh ke arah Elyziana dan Serene.

"Yes Elly?" jawab Raziq. Aariz mencebik, cemburu! " Boleh tak janji dengan kitorang, janji yang kau akan jaga dia sampai akhir hayat kau? Jangan sakitkan dia lagi ok? Cukup dia dah derita dengan keluarga dia, jaga dia elok - elok kalau tak kami hehe... Smack down !!" kata Elyziana. Serene mengangguk setuju.

" Insyaallah aku akan jaga Arisya baik ii, jangan risau. Arisya tu nyawa aku" kata Raziq sambil tersenyum. Mereka semua ketawa kecil.

" Selamat ~ Pengantin baruuu~ Semoga-.."

"Hoi awal lagi!!"

•|🦋|•

Hari perkahwinan Arisya sudah tiba. Serene dan Elyziana setia di sisi sahabat baik mereka. "Wehh korang aku takut" luah Arisya sambil memegang tangan kedua sahabatnya. "Alahh takpe kitorang pun dulu macam tu, meh aku share sikit what happen kat perkahwinan aku dulu" kata Serene lalu menundukkan jari ke atas sambil memandang ke atas. Arisya dan Elyziana turut pandang ke atas.

"Ada apa dekat atas siling masjid tu?"

//FLASHBACK//

Di majlis perkahwinan Serene .

"Haih mana bakal suami aku ni Elly, lama naw" soal Serene sambil menunduk. Wajahnya sedikit hampa. " Sabarlah Rene, insyaallah dia sampai tak lama lagi okey? Dah jangan nangis ii nanti hilang cantik tu" Pujuk Elyziana sambil mengelap air mata sahabatnya.

Serene tersenyum. Dia bersyukur sangat apabila dikurniakan seorang sahabat yang baik dan tidak akan biarkan dia sendiri. Susah senang mereka bersama. Serene memeluk erat sahabatnya. Elyziana memeluknya kembali.

" Walaweyhh!! "

Beberapa orang tetamu/ahli keluarga Serene terkejut apabila melihat dengan suara yang sangat dikenali. Pengantin lelaki sudah tiba! Serene menghembuskan nafas lega. Sebaik sahaja Adrian Fizman masuk ke dalam masjid matanya tertumpu ke arah Serene .

" My Baby!! " Baru sahaja Adrian ingin berlari memeluknya. Faiq sudah menahannya. " Hoi belum halal lagi!' marahnya. Serene dan Elyziana ketawa. Adrian memasam muka. "huh baikkk. Baby, Yayang pergi solat sunat kejap eh tataaa!!" kata Adrian.

Serene ketawa kecil. Yayang erk?! "Day by day aku rasa Adrian dah makin menyeramkan " kata Elyziana dengan reaksi tidak percaya. Mereka ketawa kecil. Sebaik sahaja selesai solat sunat. Adrian mengambil tempat di hadapan ayah Serene.

"Haii Adrian excited nampak? Takpelah kita teruskan je lah?" kata ayah Serene. Adrian mengangguk laju semua ketawa melihat gelagat Adrian itu.

" Tengku Muhammad Adrian Fizman bin Tengku Muhammad Ikram "

"Ya saya"

" Aku nikah kan dikau dgn anak perempuan ku Tengku Serene Aziouese binti Tengku Shahzan Adwa dengan mas kahwin nya, RM9999 dibayar tunai"

"Aku nikah kan dikau dgn anak perempuan ku Tengku Serene Aziouese binti Tengku Shahzan Adwa dengan mas kahwin nya, RM9999 dibayar tunai"

" Nohhh Adrian, kenapa nak kahwinkan Serene dengan ayahnya weyhh" Terbuntang mata Akif bila mendengar Adrian menjawab semula ayat yang sama. Tengku Shahzan ketawa kecil melihat gelagat bakal menantunya itu. "takpe lagi sekali".

" Tengku Muhammad Adrian Fizman bin Tengku Muhammad Ikram "

"Ya saya"

" Aku nikah kan dikau dgn anak perempuan ku Tengku Serene Aziouese binti Tengku Shahzan Adwa dengan mas kahwin nya, RM9999 dibayar tunai"

"Aku nikah kan dikau dgn anak perempuan ku Tengku Serene Aziouese binti Tengku Shahzan Adwa dengan mas kahwin nya, RM9999 dibayar tunai"

" Aku terima nikahnya Tengku Serene Aziouese binti Tengku Shahzan Adwa dengan mas kahwin nya RM9999 dibayar tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Serene menepuk dahi manakala Elyziana sedang cuba menahan ketawa. Manakan tidak Adrian boleh buat hal dalam majlis tu?

//END OF FLASBACK//

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now