34

127 7 0
                                    

Raziq meraup kasar wajahnya. Rambut yang tidak terurus di abaikan. Arisya pula masih teresak-esak menahan tangisannya. Elyziana memeluk erat kawan baiknya untuk menenangkan Arisya. Semua sepupu rapat Raziq dan turut juga ada Adrian dan Faiq berkumpul di ruang tamu tersebut.

Faiq memicit dahinya. " Can someone f#cking explain to me?" soal Faiq dengan nada dinginnya. Tak pasal-pasal dia kena tolong sekali selesaikan masalah rumah tangga yang sudah terbalik ini.

" Kau tanya sendiri kawan baik sepupu kau tu!! " kata Raziq dengan nada kuat dan tegas. " Hoi rendahkan sikit suara kau tu! Ingat kami pekak ka?! Tak sekarang ni, kenapa kau tak nak selidik dulu?!' Serene sudah tidak tahan untuk menendang lelaki tersebut. Mujurlah Adrian menahannya.

" Buat apa nak selidik kalau bukti dah depan mata!!" Raziq tidak puas hati apabila semua orang menyokong Arisya. " Raziq, maaflah aku terpaksa masuk campur sekali. Dimana kau waktu malam rumah korang kena pecah masuk? And then kenapa kau rasa Isya tergamak nak buat kerja haram tu? Kitorang kenal kawan kitorang macam mana, sedap ii hati kau je tuduh tanpa bukti " soal Elyziana dengan nada tegas.

Raziq terdiam. " Itulah aku pun pelik sekali, kau dekat mana? Kau tak ikut mission tu, jadi kau pergi mana? Aku tengok jadual kerja kau. Kau free malam tu, bukan ke kau dah janji nak jaga isteri kau?" Aariz turut setuju dengan pendapat Elyziana lalu bertanyakan semula ke Raziq yang masih terdiam.

" Bro, jangan cakap kau.... keluar dengan Sheila..." Izwan menjongketkan kening. Semua terkedu. Halkum Raziq bergerak-gerak menahan rasa. " Kalau kau tak jumpa Zahril Semua ni takkan terjadi.." bisik Raziq perlahan.

" Wow stupid Raziq" Faiq bersuara dingin. Sakit otak dia lama-lama nak hadap masalah macam ni! Raziq terkedu. " Apa bengap sangat kau ni? CCTV ada kan?! Kenapa kau nak salahkan sangat Arisya? Arisya pun tak tergamak nak balik lelaki yang tak guna tu" Faiq menunding jarinya ke arah penjuru dinding atas.

Serene menyerahkan tablet Raziq kepada Raziq. " Lihat dengan mata, bukan kaki! " perli Serene. Jadi betullah kata-kata Arisya tadi! Zahril tidak melakukan apa-apa padanya, Zahril naik tidur di atas katil untuk menampakkan mereka telah berbuat sesuatu. Arisya tak sedarkan diri selepas minum air anggur yang ditinggalkan di meja. Untuk menampakkan ia real, Zahril naik ke atas katil sebelum Raziq sampai ke rumah.

Raziq terkedu. Dia memandang ke arah isterinya yang masih menangis di dalam pelukan Elyziana. " Arisya, Abang-" Raziq membuka langkah. " Raziq Reyhan, no! " Erhan menghalangnya. Bagilah Arisya masa dahulu.

" lepas dah minta maaf, buat lagi kan? Seksa dia lagi kan? Enough Ziq, shame on you bro" kata Izwan sambil menggelengkan kepalanya.

" Arisya baru sahaja kehilangan anak korang, lepastu tiba-tiba jadi macam ni, kau tak kesian ke dekat Arisya? Dia hadap sorang-sorang tanpa kau , mana tanggungjawab kau Raziq? Mana kau ketika dia perlukan kau ? " soal Faiq dengan nada dingin.

Raziq cuma diam membisu.

Arisya meminta izin dua sahabatnya, dia hendak tenangkan diri di luar kejap. Elyziana dan Serene menepuk lembut bahu Arisya sebelum Arisya melangkah pergi.

Dua pengawal peribadi yang di arahkan Erhan untuk menjaga Arisya perlahan-lahan mengekori Arisya dari jauh untuk memastikan dia selamat.

Kini semua mata tertumpu ke arah Raziq kembali.

" Seriously Raziq, kau ialah cousin yang paling tua dalam 5 cousin utama tapi kau yang tak boleh berfikir jauh " sindir Adrian.

Diam...

•|🦋📍|•
Arisya membawa diri ke sebuah taman rekreasi yang tidak jauh dari mansion milik 'bekas suaminya'. Arisya mengambil tempat duduk bertentangan dengan sebuah tasik yang indah. Arisya mengelap air matanya menggunakan jarinya.

Arisya termenung seketika, mula-mula di buang oleh ayah kandung sendiri, Arisya difitnah teruk sewaktu sekolah menengah, Arisya kehilangan anaknya dan sekarang Raziq ceraikan dia.

" Ibu.... Isya tak layak bahagia ke?..... kenapa Ibu selamatkan Isya?...." bisiknya dengan nada perlahan.

" Isya tak kuat mama...Isya lemah....lemah sangat-sangat... Isya nak ikut mama..." katanya lagi.

Semakin Arisya menangis, semakin Arisya berasa sukar untuk bernafas.

" Awak layak untuk bahagia Arisya Arissa Sofea "

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now