37

149 5 0
                                    

Arisya Sofea pov »

Aku melabuhkan punggung di atas buaian di balkoni rumah. Entah kenapa aku teringatkan si dia, cinta... Kenapa cinta itu memeritkan? Kenapa cinta itu meracun aku?

Jari jemari aku pantas menekan ikon album lalu di buka ke file gambar perkahwinan. Aku tatap pada sebuah gambar di mana aku dan si dia duduk bersanding elok di atas pelamin. Aku ingat lagi senyuman itu. Senyuman bahagia sebelum datangnya derita.

Aku masih cintakan dia, kenapa aku masih cintakan dia?

Aku menutup telefon lalu letaknya di atas meja kopi. Aku mengalihkan pandangan semula ke arah pemandangan langit yang cantik. Aku mengukir senyuman nipis. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan memori aku dengan si dia. Kenapa dengan aku ni? Aku ni masih angaukan dia ke?

" Angah okey? " Aku toleh ke arah Syazwan yang datang mengambil tempat di sebelah aku. Aku cuma menggeleng. " Tak nak cerita dekat Along ke? Mana tahu Along boleh tolong? " kata Syazwan sambil menepuk lembut bahu aku. Aku cuma tersenyum nipis.

" Angah masih teringatkan Raziq..." tutur aku perlahan.

Syazwan memandang aku lama sebelum berubah wajah sayu. " Angah masih sayangkan dia ya? " soal Syazwan dengan lembut. Aku terdiam seketika. Along ni macam tahu-tahu je! Perlahan-lahan aku mengangguk sebelum menunduk memandang lantai.

" Angah tak tahulah, Along.... Angah tak faham lah diri Angah sendiri..." luah aku. Syazwan masih setia disebelah ku. Dia memeluk aku dengan erat. " Along tahu Angah derita teruk selepas kejadian tu... Angah banyakkan bersabar ya? Doa banyak-banyak dekat Allah SWT, minta petunjuk darinya " tutur Syazwan.

Aku sandarkan kepada aku di bahunya. " Angah tak tahu apa akan jadi dengan angah kalau tak ada Along dekat sisi " bisik aku perlahan. " Along tetap akan jaga Arisya hingga hujung nyawa Along, Along janji " balasnya. Aku dan Syazwan hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah langit.

Perlahan-lahan aku menangis dalam diam....

•|🦋📍|•

Kelihatan Arisya sedang ralit memilih coklat di bahagian rak manisan. " Sedap nyaaa, beli semua tak boleh ke? " gumam Arisya. Arisya mengambil 3 coklat Cadbury lalu di masukkan dalam troli. 1 untuk abangnya, lagi 2? Dia punya HAHAHAHA.

Selepas itu Arisya menolak troli ke arah rak biskut. Saat dia tiba di rak tersebut, tiba-tiba sahaja dia berhenti seperti ada yang membuatkan dia takut di depan sana. Tangannya tiba-tiba menggigil....

"A-Angel? ".

Suara tu. Siapa lagi kalau bukan Raziq Reyhan!!

" Raziq..." panggil Arisya perlahan. Dia memegang erat pemegang troli cuba untuk menstabilkan imbangan. Raziq terus meninggalkan troli miliknya lalu berjalan ke arah Arisya. Arisya cuma pandang ke tempat lain dengan takut-takut.

" J-Jangan dekat- kita dah tak ada apa" kata Arisya dengan nada separuh takut. Raziq terus memberhentikan langkahnya lalu memandang ke arah Arisya dengan riak terkejut lalu terkedu.

Sunyi....

" Abang minta maaf Angel....Abang buat keputusan terburu-buru masa tu...." luah Raziq.

Arisya cuma menggeleng. " Awak tahu kan sakit kehilangan Anak masih tak hilang lagi dari saya, lepastu awak dengan bangganya ceraikan saya? " kata Arisya perlahan.

Raziq terkedu. Apa yang dia telah buat? Dia dah hancurkan hati cinta hatinya....

" Kita dah selesai semuanya dekat mahkamah Raziq...." gumam Arisya perlahan.

" And I still can't stop loving you.... " kata-kata Raziq membuatkan Arisya mati kata. Cinta? Kenapa cinta itu menyakitkan bila di sebut oleh si dia?

" Maaf Awak.. saya dah tak buka hati saya lagi untuk menerima awak... Awak simpanlah kata-kata tu dekat isteri baru awak..." kata Arisya sebelum mengundurkan diri.

Dengan pantas Raziq memegang troli hadapan Arisya. Terkedu Arisya melihat tindakan Raziq menghalangnya.

" Bagitau saya apa yang saya boleh buat untuk dapatkan hati awak semula, Angel " kata Raziq. Arisya cuma menunduk.

" Cinta tak seharusnya memiliki bukan? Saya dah penat Raziq, saya penat sangat...." bisik Arisya perlahan...

Raziq perlahan-lahan melepaskan troli hadapan Arisya.

" Saya pergi dulu..." kata Arisya sebelum mengundurkan diri ke rak lain. Raziq cuma mendiamkan diri sambil memandang Arisya pergi meninggalkannya.

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now