25

105 6 0
                                    

Arisya masih termenung jauh memikirkan tentang Raziq. Kenapa Raziq ni macam menyimpan banyak rahsia yang dia tidak tahu tapi orang lain tahu? Kenapa perlu Raziq rahsiakan dari dia? Teruk sangat ke rahsia dia?

" Termenung apa tu sayang~?"

Lengan Arisya secara automatik menyiku perut sesiapa sahaja yang memeluknya dari belakang. Lelaki itu mengundur sedikit sambil memegang perut nya yang senak.

Arisya bangun lalu toleh ke belakang. Rupanya Raziq lah!!

" Ya Allah Abang okey tak? Isya minta maaf! " Arisya muka cemas bila lihat wajah suaminya yang berkerut menahan sakit.

" Kuatnya sayang siku....sayang makan batu ke besi ni ? " soal Raziq dengan nada usikan.

Mencebik Arisya memandangnya.

" Sapa suruh masuk tak bagi salam " Arisya memeluk tubuh sendiri.

Raziq ketawa kecil. " Sajalah nak surprise tapi tak sangka pula dapat bonus siku ".

Arisya diam seketika. Perlu ke dia nak ragu-ragu dengan suami sendiri? Mungkin ada sebab Raziq rahsiakan separuh dari masa lalunya untuk kebaikan mereka berdua. Namun esok dia kena jumpa Sheila bukan?

" Kenapa termenung ni angel? " Raziq mendekati isterinya yang dari tadi diam tiba-tiba memikirkan sesuatu.

" Erm takde lah, jom tidur. Isya ngantuk lah " Arisya tersenyum segaris.

Raziq mengeluh lalu mengukir senyuman manis. "Good night sweet heart ".

•|🦋📍

Raziq melangkah masuk ke dalam ruangan perjumpaan semua ketua-ketua utama The Silver. Semua hanya melihat dia melangkah masuk dengan wajah biasa.

" Lama tunggu? " soal Raziq.

" Allahuakbar, kenapa aku tengok kau makin psycho hah Ziq " kata Akif sambil menggelengkan kepala.

" Alahh mcm lah korang tak tahu aku macam mana aduuu " kata Raziq.

" Ziq stop it nak bincang atau gaduh ? " sinis Faiq.

" okay² aku serius " Raziq berdehem. Dia sendiri tak tahu kenapa dia jadi tak berapa nak betul sikit hari ni.

" Aku rasa Sheila ada di sini, di Italy " kata Raziq.

" Jadi apa plan kau? " soal Erhan .

Tiba-tiba sahaja Raziq ketawa sinis. Huihhh menyeramkan :v Akif dan Erhan berpandangan sesama sendiri. Faiq cuma mengeluh. Kalau gelak tu mesti ada sesuatu yang tidak diingini akan terjadi.

•|🦋📍|•

" Macam mana awak boleh kenal dia? " soal Arisya dengan nada tenang.

Sheila terdiam seketika sebelum mengeluh.

" Saya bekas tunang dia " jujur Sheila. Terkedu Arisya mendengar.

" Macam mana awak boleh putus dengan dia? " berkerut dahi Arisya mendengar jawapan Sheila.

" Kerana berita palsu dan dia pandang sebelah mata sahaja " jawab Sheila lagi.

Arisya cuma mendiamkan diri untuk mendengar penjelasan Sheila.

" Pada masa itu, saya sedang tunggu dia di Razqhan Empire. Biasalah masa tu rancang nak beli barang kahwin. Tapi erk ni cerita dulu ya awak. Masa tu saya kena ganggu dengan ex boyfriend saya. Saya dah lama putus dengan dia tapi dia tetap datang ganggu saya. Masa tu ex saya peluk saya tengah² public, and kebetulan Raziq lalu di situ so terjadi fitnah di media sosial, tunang Raziq ada skandal tapi sebenarnya tidak...."

Terkedu Arisya. Sheila cuma tersenyum tawar. Arisya rasakan kesakitan yang Sheila alami. Ya, dulu pun Arisya Kene fitnah dengan boyfriend sendiri inikan pula Sheila kena fitnah dengan TUNANG sendiri.

" Banyak kali saya jujur dengan dia, kata semua tu tak betul but then dia tinggalkan saya macam tu dan majlis kami dibatalkan. And then tiba-tiba sahaja beberapa minggu selepas itu saga di bawa masuk sel penjara di sini... Saya tak tahu apa salah saya, apa jawapan yang saya dapat ialah sebab curang ketua mereka " terang Sheila lagi.

" Shei...saya tak tahu pula suami saya macam tu..... " Arisya menekup mulut kerana terlampau terkejut.

" Saya tak pastilah dia sekarang macam mana dengan awak, tapi harap awak kuatlah nak hadap sifat dia.... " kata Sheila sebelum menghirup air Capuccino yang di pesan tadi.

Arisya menggigit bahagian dalam dinding mulutnya. " Apa maksud awak dengan sifat dia ? ".

" Dia kadangkala boleh jadi psycho I mean.... Dan kadangkala macam yandere gitu, entah lah saya sendiri pun tidak faham " kata Sheila.

" Awak tahu tak kerja lain Raziq selain jadi owner Razqhan Empire ? " soal Arisya. Sheila memandang ke arahnya. " Awak tak tahu ? " soal Sheila. Arisya menggeleng.

" Saya tak boleh beritahu awak detail, mungkin awak takkan percaya so... awak kena cari beg hitamnya yang ada lambang musang dan pistol berwarna kelabu, segala informasi awak nak tahu ada dalam beg itu... macam mana saya tahu? Saya pernah lihat beg itu dan terdengar mesyuarat rahsia mereka " kata Sheila.

Arisya mengangguk lalu tersenyum tawar. Kenapa Raziq kena sorokkan semua benda dari dia?.... macam mana orang lain boleh tahu segalanya tapi dia? Isteri sah kepada Raziq, berhak juga tahu...

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now