19

133 7 0
                                    

Ketiga-tiga ketua itu pulang ke mansion milik The Golden Silver Fox Legacy. Faiq pula tidak mengikuti memandangkan dia akan terlibat dengan meeting bersama ketua syarikat yang akan berkolaborasi dengan syarikatnya.

Kriuuuukkkk...

" Allahuakbar "

Mengucap Raziq bila benda pertama yang menyapa mereka ialah sepasang mata berwarna kuning milik sang harimau kumbang memerhati mereka dari kawasan yang gelap. Raziq mengurut dada sendiri. Cleo menyenget kepalanya lalu menderam bila lihat Aariz ada di sisi.

Aariz tersenyum lalu melambai ke arah Cleo. " Assalamualaikum Cleo! Kitorang dah balik! " bisik Aariz. Raziq cuma menjeling sepupunya. " Boleh hilang jantung aku tadi " gumam Raziq sebelum masuk ke dalam rumah lalu membelai lembut kepala Cleo.

Aariz dan Adrian ketawa kecil melihat gelagat Raziq. Ingatkan tak terkejut?

" Thanks Cleo and Donat jagakan diorang waktu kitorang out " kata Adrian. Cleo menderam lembut manakala Donat masih tidur di sebelahnya.

" Bukang kaleng ii ya bodyguard isteri kau Riz " gurau Adrian. Aariz ketawa kecil. " Sekali buat hal dengan Elly, memang hilang nyawa orang tu " kata Aariz sebelum naik ke tingkat atas.

Adrian mengunci pintu hadapan lalu langkah nya diaturkan ke dapur sebab dahaga katanya. Cleo yang lihat Adrian bergerak ke dapur segera mengekorinya perlahan-lahan. Ala comelnya dia nak teman sepupu tuannya.

Adrian memasang lampu dapur lalu langkah nya di teruskan kearah laci kabinet yang menyimpan cawan dan gelas. Cleo duduk statik cuma memerhati gerak-geri Adrian ke sana dan ke sini. " Eh, kenapa Cleo tak sambung tidur balik? " soal Adrian.

"grr grr " Cleo menderam. "Alahh sweetnya dia nak teman kite dekat dapur kejap " Adrian ketawa kecil. Macam mana dia faham? Author pun tak tahu :D

Selepas itu, Adrian membasuh semula cawan lalu letakkan di tempat pengering. Lampu dapur dibiarkan terbuka lalu langkah nya kembali menuju ke tangga. " Good night Cleo! " Ucap Adrian. Cleo cuma memerhati sebelum kembali tidur di sebelah Donat..

.

Raziq mengatur langkah keluar dari bilik air. Dia sudah menukar pakaian dalam bilik air tadi, risau kalau tetiba isterinya terjaga. Selepas Raziq menyangkut semula tuala di tempat penyangkut, dia mengatur langkah ke arah isterinya yang nyenyak tidur di atas katil mereka.

Raziq perlahan-lahan duduk di sebelah isterinya. Dia mengukir senyuman sedikit. " Sorry sebab abang lambat balik " gumam nya perlahan.

" Abang tak nak disebabkan abang, nyawa sayang dalam bahaya " tutur Raziq perlahan. Raziq melabuhkan ciuman di dahi isterinya sebelum dia perlahan-lahan merebahkan badannya untuk tidur. Lampu tidur terus di matikan bermaksud Raziq sudah masuk tidur.

Arisya perlahan-lahan membuka mata. Sebenarnya dia tak tidur sangat, dia dengar je apa yang Raziq katakan tadi...

" Apa masuk abang, Isya dalam bahaya? " bisiknya dalam hati...

•|🦋📍|•

Usai solat Subuh, Arisya mengemas pakaiannya. Seperti yang dikhabarkan Raziq, mereka berdua akan ke Italy kerana Raziq ada urusan di sana.

Bagaimana mana dengan yang lain?

Elyziana sekeluarga akan pulang ke mansion Aariz di Kelantan, memandangkan cuti sekolah hampir berakhir dan dua kembar itu akan kembali ke sekolah nanti. Elyziana pula akan masuk universiti semula untuk bertugas sebagai pensyarah bahasa Inggeris di Universiti Star City High.

Serene dan anaknya akan pulang ke rumah keluarga Adrian di Melaka memandangkan Adrian terlibat dengan tugasnya sebagai assassin.

Boleh kata semua sibuk dengan rumah tangga masing-masing!

.

Kelihatan ketiga-tiga rakan baik itu berpelukan sesama sendiri. Air mata perlahan-lahan mengalir dari kelopak mata masing-masing.

" Jaga diri okey Isya, kalau Raziq pukul kau ke report kitorang, tahu lah kitorang nak ajar macam mana " kata Elyziana dengan nada dingin. Serene turut bersetuju. Kedua-duanya memandang ke arah Raziq dengan wajah menyeramkan.

Raziq, Aariz dan Adrian sudah menelan air liur masing-masing. Jangan main-main dengan kuasa bini-bini mafia woo, auto lepak underground ahak ahak ahak.

" Insyaallah, tak apa aku okey. Korang pun jaga diri okey? Kerja elok ii " balas Arisya dengan senyuman manis.

" Weyy jaga diri okey? Jangan skip makan, jangan tidur lewat, jangan fikir negatif ii, tak baik untuk kesihatan " pesan Serene sebagai doktor.

Arisya dan Elyziana ketawa kecil. Mereka bertiga berpelukan buat kali terakhir sebelum melangkah ke suami masing-masing. Tapi tidak bagi Elyziana kerana dia nak ucao bye bye dekat dua kesayangannya.

Donat dan Cleo!

" Umi pergi dulu ya sayang umi berdua? Jaga diri okey, jangan nakal ii kesian Cik Sue dan Cik Sae nanti " Elyziana merendahkan badannya lalu mengusap lembut kedua-dua kepala harimau itu.

Donat menggeselkan kepalanya pada pipi kiri Elyziana. Manakala Cleo menggeselkan kepalanya di pipi kanan Elyziana. " Umi pun akan rindu korang berdua, jaga diri okey? " .

Arisya pun datang mendekati lalu mengusap lembut kepala dua ekor harimau itu. " Thank you sebab jagakan Isya " ucap Arisya. Kedua-duanya menderam lalu melihat Arisya kembali ke arah suaminya.
.
.
.
.
Ketiga-tiga kereta mewah itu bertolak keluar dari mansion yang besar itu lalu berpecah kepada haluan masing-masing.

" Semoga kita bertemu lagi.."

𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨  (old)Where stories live. Discover now