DANIEL 01

18.7K 753 16
                                    


"selamat pagi Tuan!" tangan di naik separa menunjukkan tanda hormat pada ketua polis di ibu pejabat kontingen. Daniel mengangguk perlahan.senyuman nipisnya terukir dengan tangan di angkat sedikit juga memberi hormat .

"tak perlu beri hormat pada saya Adam" ujar Daniel dengan nada garau nya . pipi yang berjambang itu menaikkan lagi seri wajah kejantanan seorang ketua polis .

"Tuan apa khabar? dua hari Tuan tak masuk pejabat" soal Adam berpangkat sarjan .

"saya tak sihat sikit dua hari ni" balas Daniel .

"nasib baik waktu Tuan cuti tak ada kes berat" Adam tertawa sebaris . Daniel juga turut tertawa dia faham maksud Adam jika dia tiada di pejabat .

" ada ada je awak ni Adam" Daniel menepuk perlahan bahu Adam . walaupun pangkat yang berlainan namun mereka tetap mesra seperti sudah menjadi ahli keluarga sendiri apabila berjumpa . sifat terbuka Daniel membuatkan ramai yang selesa dengan nya .

"ha Tuan! Tuan ikut ke kami ke pulapol minggu depan? saya dengar ada pihak atasan minta untuk Tuan turut serta untuk latihan nanti"

"pihak atasan? hmmm kalau pihak atas dah bersuara saya perlu lah ikut"

sarjan adam mengangguk faham.tangan di angkat sekali lagi menunjukkan tanda hormat sebelum ia melangkah pergi selepas saja handphone di dalam poket berbunyi . Daniel hanya melihat saja sebelum ia masuk ke dalam ibu pejabat . wangian Daniel sungguh menikam rongga hidung semua anggota yang lain di dalam pejabat termasuk lah anggota polis wanita .

"wanggi betul Tuan Daniel ni" komen seorang anggota polis perempuan yang hanya berpangkat sarjan.

"kalau dapat Tuan Daniel aku dah lama peluk peluk"

"ish kau ni merepek lah! tak akan Tuan Daniel nak pandang kita yang pangkat biasa biasa ni ? lagi pun mesti lah taste Tuan Daniel tu perempuan cantik , baik sopan santun..macam keluarga Tuan Daniel"

dua anggota polis wanita itu saling membalas mulut sambil merenung langkah Daniel masuk ke dalam bilik pejabat . dari tadi Daniel tidak beriak kosong saja apabila beberapa orang anggota perempuan merenung ke arahnya . apa yang dia ingin kisahkan ? hal cinta ni belum masa nya lagi buat seorang lelaki bernama Daniel Khan .

pintu bilik pejabat di tolak.baju uniform lengkap di betulkan sebelum pungung di labuhkan ke atas kerusi . nafas berat di lepaskan perlahan . komputer di tekan , mata Daniel tepat memandang skrin komputer. jadual waktu di lihat lebih terliti.

"pulapol? hmm berat kerja kali ini " ujar Daniel seorang diri.

tok tok!

"masuk"

pintu di tolak.bunyi tapak kasut berkulit itu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Daniel .mata Daniel terus memandang ke arah gerangan yang masuk ke dalam pejabat nya . kaki di hentakkan dua kali dan tangan di naik kan separa menunjukkan tanda hormat .

"selamat pagi Tuan !" jerit Juwita separa. Daniel mengangguk dua kali menandakan signal agar berhenti memberi hormat.

"ada apa Juwita?" soal Daniel dengan nada biasa.matanya kembali ke arah skrin komputer.

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now