DANIEL 39

4.8K 356 35
                                    


Kaki Nur terhenti di hadapan pintu rumah sewa Daniel . jam menunjukkan pukul 9malam . selepas apa yang jadi petang tadi Nur mengambil keputusan untuk keluar bersama Rizqy sehingga masa yang di tetapkan oleh Danea untuk kembali semula pada rumah sewa Daniel itu . beberapa jam Danea memberi Nur ruang untuk tidak hadir ketika Daniel dan Juwita ingin menyiapkan pelbagai borang untuk berkahwin ini .

walaupun nampak mudah kerana di tangkap khaluwat tapi tidak semudah yang di fikirkan . dan saat ini juga adalah masa untuk Daniel dan Juwita bersatu .

mata Nur membulat melihat Daniel yang sudah duduk bersila di tengah ruang tamu rumah itu . perlahan anak mata Nur berubah ke arah Juwita yang berada di belakang Daniel dengan berpakaian baju lengan panjang dan skirt . selendang di sarungkan pada kepala Juwita .

"Nur..meh masuk nak" panggil Danea dengan wajah tenang nya . Danea duduk jauh sedikit dari juwita , ruang kosong di sebelah nya di tepuk .

Nur mengangguk perlahan . kaki nya perlahan melangkah ke arah Danea . Setiap langkah Nur di lihat oleh Daniel dengan hati yang bagai nak pecah . perlahan Daniel menundukkan kepalanya .

"Semua dah ada ? boleh kita terus kan?" Kata ustaz yang berada di hadapan Daniel . Juwita mengangguk laju sambil tersenyum .

perlahan Daniel mengangangkat wajahnya dan di toleh perlahan ke arah Nur yang juga menyorokkan wajahnya dari melihat Daniel di hadapan .

"Encik ? Kita dah boleh mula?" soal Ustaz itu sekali lagi . Pantas Daniel menoleh ke hadapan semula .

Daniel mengangguk perlahan dengan wajah yang sudah semakin muram . semua yang berada di situ dapat saksikan bertapa berbezanya wajah di antara Daniel , Nur dan Juwita .

"bismillah" tangan Ustaz di hulur pada Daniel .

mengalir air mata jantan seorang lelaki yang benar benar setia dan benar benar menyangi seorang wanita sejak awal perkenalan dahulu . wajah malik tergiang giang di dalam difikiran Daniel apabila melihat tangan Ustaz di hulur padannya .

patutnya tangan malik yang di hulurkan dan nama Nur Munawarah Madinah yang akan di lafazkan .

Daniel kembali menoleh ke arah Danea di belakangnya . dapat Daniel saksikan air mata Kakaknya mengalir deras berserta air mata Nur juga .

puk! bahu Daniel di tepuk perlahan oleh Rizqy dan isyarat mata di beri . Daniel kembali memusingkan wajahnya .

perlahan tangan Ustaz itu di sambut oleh Daniel . semua pasang mata kini memandang tepat ke arah Daniel .

"saya mula kan ya?"

Daniel mengangguk . air mata nya di kesat perlahan di pipi .

"Mohaamad Daniel Khan Bin Ismail Khan"

"saya"

"Aku nikah dan kahwin kan kau dengan Juwita Adreana Binti Hisham dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit , tunai."

"Ak..Aku terima nikahnya Nur.." kata kata Daniel tergantung saat Ustaz di hadapannya menepuk perlahan tangan yang di satukan itu . Daniel Tersedar akan kesalahan Nama Tadi.

"Kita mula semula ya?" soal Ustaz itu semula . Daniel mengangguk perlahan .

"Mohaamad Daniel Khan Bin Ismail Khan"

"saya"

"Aku nikah dan kahwin kan kau dengan Juwita Adreana Binti Hisham dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit , tunai."

"Aku terima nikahnya Juwita Adreana Binti Hisham dengan Mas Khawin nya Lima Ratus Ringgit Tunai ."

Dengan sekali lafaz kini Mohd Daniel Khan adalah suami yang Sah kepada Juwita adreana .

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now