DANIEL 52

5.7K 323 27
                                    

"baby..Mommy janji yang Mommy akan jaga baby dengan baik okey? Dont worry , apa pun jadi Mommy akan sayang baby" perlahan Juwita mengusap perutnya yang sudah mula membuncit itu . dia tidak tahu akan nasib buat dirinya di masa yang akan datang . yang dia tahu dia akan menjaga bayi yang di kandung ini sehingga titisan darah terakhir nya .

"baby tak boleh lah mengidam macam macam . Mommy tak larat nak pergi beli . hurm duit pun tak ada sangat" ujar Juwita lagi sambil mengusap perutnya . senyuman nipisnya terukir .

kandungan yang berusia 5 bulan itu menjadikan Juwita semakin matang . apa yang terjadi buat dirinya dahulu dan apa yang di lakukan dahulu semua di lenyapkan dari fikiran . jika di kira semula , terlalu banyak dosanya pada keluarga Daniel Khan . apakan daya ? jika tidak hari ini atau hari yang akan datang ia pasti akan menerima hukuman . hukuman Dunia dan hukuman di sana .

Remote tv di ketik perlahan . mata Juwita kini terpana pada screen Tv yang menyiarkan berita terkini tentang seorang lelaki yang sudah di tangkap oleh pihak polis dan akan menerima hukuman berat .

Seorang Banduan lelaki yang lebih di kenalk sebagai Jebat kini berjaya di tangkap oleh Pihak Polis Daerah Kuala Lumpur pada Khamis lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lumpur , Banduan yang berjaya di tangkap ini adalah Banduan yang paling di berbahaya dan sudah merekod kan beberapa jenayah lampau melibat kan orang awam .

Juwita Terdiam mendengar apa yang di katakan oleh pembaca berita itu tadi . anak matanya kini semakin membulat apabila melihat klip video susuk tubuh yang menyarungkan baju banduan keluar dari kereta polis . bagai nak runtuh hati nya apabila melihat susuk tubuh yang sangat ia kenali . perlahan mata Juwita turun ke arah perutnya.

Atas kesemua kesalahan yang telah di rekod kan . kini Banduan ini akan menerima hukuman tali gantung selepas saja habis pembicaraan .

menitis air mata Juwita apabila mendengar hukuman yang akan menimpa Jebat . Sayu , lemah itu lah yang di rasakan oleh Juwita kini . kandungan di dalam perut nya kini adalah anak Jebat . Anak lelaki yang akan menerima hukuman tali gantung .

"Hiks..baby..Mommy minta maaf.." Juwita sekali lagi mengusap perutnya dan melepaskan tangisan . satu persatu air matanya menitis dan jatuh pada baju nya .

Toktoktok!

pintu rumah Juwita di ketuk kuat . terpusing kepala wanita itu apabila memdengar ketukan pada pintu sangat kuat sehingga mampu menganggu jiram jiran yang berada di kawasan perumahan kondo itu .

perlahan Juwita bangun dari duduknya . dengan penuh rasa resah kini Juwita berdiri di pintu . nafas berat di lepaskan perlahan . Tombol pintu di buka perlahan . matanya kini bertukar arah ke arah empat orang Polis yang berdiri di hadapan pintu rumahnya .

"Puan Juwita Adreana binti Hisham ?" soal seorang anggota polis yang berada di hadapan Juwita . Juwita mengangguk perlahan sebelum tangannya mengeletar hebat .

"kami di arahkan oleh pihak Pdrm untuk membawa Puan ke balai untuk penyiasatan berkenaan banduan yang bernama Jebat." sambung anggota polis itu . Juwita terdiam tanpa kata .

tanpa ia sedar kini dua orang anggota polis semakin menghampirinya dan terus menghari kedua tangan Juwita kebelakang . Juwita tersentak ! dia tak mampu untuk melawan apabila kedua tangannya sudah di gari .

"Tuan saya tak ada kaitan dengan Lelaki tu Tuan! tolong lepaskan saya Tuan . saya sedang mengandung sekarang" rayu Juwita pada anggota polis yang berada di situ . mereka hanya diam dan terus menolak Juwita keluar dari pintu rumahnya .

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now