DANIEL 46

6.1K 386 15
                                    

"macam mana pula Nur boleh balik dengan Daniel semalam ? bukan Nur pergi dengan kawan dia ke semalam ?" soal Malik pada adiknya di meja makan . anak mata Malik kini memandang penuh ke arah Nur yang duduk di hadapan nya .

Nur mengetap bibir . bukan salah dia pun semalam , Daniel yang terlalu emosi dengan kehadiran dirinya di majlis makan malam semalam . Nur merenung pinggan nya yang berisi bihun itu lama , soalan Malik di hirau kan dari tadi walaupun di renung tajam .

"Nur" panggil Malik mendatar . Nur tersentak! laju Nur memandang abangnya .

"err apa? se..semalam tu kebetulan je abang . Daniel tu yang nak bawa Nur balik tiba tiba" ujar Nur dengan riaksi wajah yang sedikit risau dengan jawapannya sendiri .

"haih..sekarang ni dia tidur dekat rumah ni sebab betul betul sakit perut ke atau saja ? tiba tiba pula tidur sini tak larat pula lepas hantar Nur semalam" Malik menjeling . bihun di dalam pinggan di habiskan .

"Daniel kan ada gastrik . tak kan abang lupa ? kata kawan dari kecil" balas Nur perlahan . bibir mengukir senyuman nipis apabila melihat mata Malik membesar memandang ke arah nya .

"ha kalau dia tu gastrik kenapa Nur tak kejut dia ? dah tengah hari ni tak kan tak bangun lagi ? hishh"

"sabar lah abang . marah marah kenapa ?" Nur menolak kerusi nya kebelakang dan bangun . Malik menjeling tajam adiknya .

Nur melangkah naik ke anak tangga memandangkan Daniel tidur di bilik Malik . Laju Nur melangkah memdekati pintu bilik abangnya dan di ketuk perlahan .

toktoktok!

"ehem ehem ! Daniel ooo Daniel !! dah bangun ke?" makin kuat tanga Nur mengetuk pintu semakin kuat nada suaranya memanggil lelaki itu .

Daniel di dalam tidak menjawab . wajah Nur bertukar mencebik apabila tiada suara yang menyahut sapa nya .

"hish! Mohamaad Daniel kh.."

pap! pintu di buka oleh Daniel . Daniel berdiri di pintu memandang Nur yang berdiri di hadapan pintu . rambut nya yang masih basah itu di lap mengunakan tuala kecil . tubuh Daniel yang tidak berbaju dan hanya tuala berbalut di pinggang itu membuatkan Nur tergamam .

oh masih ada roti arab dia ? ingatkan dah habis di kokak dengan perempuan gila tu . bisik Nur dalam hati . air liur nya di telan perlahan .

dari dulu dia ni kalau nampak badan aku mesti terdiam , beku untuk beberapa saat . bisik Daniel pula dalam hati nya . leher yang tidak gatal itu di gosok perlahan .

"ehem" saja Daniel berdehem untuk memecahkan kebekuan Nur yang seolah patung lilin di hadapannya .

"eh!" Nur tersentak ! matanya kembali ke arah wajah Daniel . kening Daniel di angkat sebelah memandang wajah Nur yang sudah memerah .

"err ab..abang Malik suruh kejut awak sebab dah tengah hari"

"hmm dari tadi dah bangun , ni baru habis mandi" Daniel mencampak kan tuala kecil untuk mengelap rambutnya tadi ke wajah Nur . terkejut Nur tiba tiba wajahnya di basah di sebabkan tuala itu .

"hey! basah lah muka orang!" cepat Nur menarik tuala dari wajahnya . tergelak kecil Daniel memandang wajah Nur ketika marah dan menahan malu .

"dah dah , kejap lagi saya turun ya" ujar Daniel selepas puas mengelak kan Nur . Nur diam , bibir memuncung sudah .

"eh tak nak turun ke? ke nak teman saya siap?hm?" Daniel melangkah kehadapan setapak . laju Nur mengelengkan kepalanya dan terus berlari turun ke tingkat bawah . sebaris senyuman Daniel muncul sebelum melangkah masuk ke dalam bilik semula .

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now