DANIEL 43

4.9K 382 28
                                    

"Danea dan Daniel.."

Nur tersentak apabila mendengar nama yang di sebut oleh Jebat itu tadi . wajah Nur berubah pucat dan tanpa membuang masa lagi untuk berdua dengan lelaki itu di dapur , kini Nur melangkah ke arah ruang tamu mencari susuk tubuh abangnya . Jebat yang memerhatikan langkah Nur juga pelik tiba tiba saja wajahnya berubah pucat .

Malik menyimpan handphone kedalam poket seluarnya . kaki baru saja melangkah masuk ke dalam rumah .

"abang? abang buat apa kat luar?" soal Nur dengan wajah berkerutnya memandang ke arah abangnya .

"oh tadi abang tengah call"

"dengan siapa?"

"Dani..."

"ha malik lama betul kau call kat luar tu . ni tengok tangan adik kau tu" potong jebat selambar dari belakang Nur membuatkan kata kata Malik tadi tergantung begitu saja .

anak mata Malik berubah ke arah tapak tangan adiknya . Nur pula masih berdiri di tempat yang sama menunggu jawapan abangnya yang masih tergantung itu .

"eh kenapa dengan tangan Nur? kau buat apa hah jebat?" Malik mendekati adiknya . tangan Nur di capai dan di lihat .

"aku tolong tampalkan plaster je..tak ada masa nak lebih lebih" balas Jebat tenang saja . jebat melangkah ke arah sofa dan di duduk .

"abang.." perlahan saja nada suara Nur memanggil Malik yang berada di hadapannya . lengan baju abangnya di tarik sedikit ke tepi .

"hm? apa?"

"kenapa abang call Daniel ? abang kata hari itu abang dah taknak call dengan dia kan?" fokus Nur bertanya pada abangnya .

"Bukan abang yang nak call dia . Danea yang call abang and bagitahu yang Daniel tu buat hal"

"buat hal ? Maksud abang ?"

perlahan Malik melepaskan nafas beratnya . kedua tangannya menarik bahu Nur di pusingkan ke arahnya . wajah Nur di pandang beberapa detik .

"abang nak Nur jujur pada abang"

"apa dia?"

"kalau Daniel tu mahu kembali pada Nur semula . Nur masih mahu terima dia atau tidak?" serius saja wajah Malik menyoal adik bongsunya . Nur menelan air liur mendengar soalan panas itu dari abangnya .

"Nu..nur tak ada jawapan untuk itu.."

"abang nak jawapan Nur . Nur satu satu nya adik abang dan abang kena sentiasa pastikan Nur dalam keadaan baik ."

Nur diam . wajahnya di tundukkan .

"Nur masih sayangkan Daniel ? setelah apa yang jadi antara Nur dan Daniel?" soal Malik sekali lagi .

Nur mengangguk perlahan . wajah di angkat memandang Malik . "Nur masih sayangkan Daniel tapi untuk terima Daniel semula tu payah abang . Rasa sakit Nur lagi besar dari rasa sayang Nur pada dia.." Nur kenbali menunduk . Air mata mengalir perlahan .

"abang tahu tu .. dah jangan sedih , abang tahu Nur perlukan masa dan ruang" Malik menarik Nur dalam pelukkkan nya . belakang Nur di usap perlahan .

Perlahan Nur mendongak memandang wajah Malik .

"Daniel buat hal apa kali ini bang?" soal Nur mendatar .

"nanti Nur akan tahu.."

"hmm" Nur mengangguk laju .

"Nur jadi kan nak balik kampung ? abang dah bagitahu Nenek dengan Atok dekat sana"

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now