DANIEL 54

4.7K 270 17
                                    

krek-

Pintu Pejabat di tolak perlahan membuatkan Daniel terhenti dari lamunannya dan terus berpaling ke arah pintu . wajahnya yang tadi jelas kelihatan seakan penat,serabut itu di pandang oleh Rizqy beberapa saat di pintu .

berkerut dani Daniel apabila tubuh Rizqy tercegat di pintu dengan pandangan yang dalam ke arahnya . kening tebal Daniel di naikkan sebelum ia berdehem , memecahkan kesunyiaan dan lamunan pandangan rakannya ke arahnya

buk! tersentak Rizqy di pintu . belum sempat bibir Daniel menyoal tiba tiba saja Rizqy melangkah masuk dengab laju dan terus menarik kerusi di hadapan Daniel untuk melabuhkan punggungnya .

"Kau kenapa ni? kena sampuk ke apa?" Daniel memandang Rizqy dengan pandangan pelik . wajahnya di kerut kerut kan .

"aku okey..tapi aku rasa kau yang tak okey..kan??"

"kenapa aku pula?"

"dah muka kau macam stress . kau fikir apa Han? bagitahu aku dan jangan tipu aku yang kau tak fikir apa apa" Rizqy bersandar dan menikamkan pandangan tajam pada Daniel . kalau dengan Rizqy memang tak boleh menipu kerana Rizqy lebih mengatahui apa jua yang terjadi sama ada di rahsiakan atau tidak.

"t..tak.."

"Han..tak payah tipu aku lah . aku tahu kau fikir isteri kau dan abang iparkan yang macam menyagak tu kan?"

"aku fikirkan Nur je sekarang ni Riz..soal orang lain masih berbusuk hati dengan aku tu , aku dah tak peduli . Nur tengah mengandung sekarang Riz.sepatutnya aku kena fikirkan dia seorang saja"

"tapi kau tahu kan kalau kau fikirkan dia saja nyawa kau akan menjadi taruhan?"

"taruhan apa? Malik nak bunuh aku untuk dapatkan adik dia semula ? aku rela mati untuk Nur , Riz.."

Rizqy terdiam mendengar kata kata Daniel berserta luahan lelaki itu . terlalu banyak ujian yang datang menimpa mereka sehingga Daniel sendiri membuat keputusan untuk tidak peduli lagi.

"Ta..tahniah Daniel." Rizqy terus menukar topik sambil tersenyum . tangan Daniel di capai dan di goyangkan berkali kali .

"dah kenapa kau ni ?" berkerut dahi Daniel memandang Rizqy . tangannya di tarik semula dari lelaki itu .

"Tadi kau cakap Nur mengandung kan? tahniah Daniel , dah jadi bapak dah kawan aku ni" Rizqy tertawa kecil namun masih terlihat seakan tawanya itu palsu dan hanya ingin menutup topik tadi .

"mhmm aku pun tak sangka"

"awal juga kau dapat pegang tittle bapa ni kan? nanti anak kau panggil kau apa ? daddy ? papa ? ayah ?"

sebaris senyuman Daniel muncul . belum lagi dia fikir sehingga ke situ tapi Rizqy awal sudah tanya tentang panggilan . kepala Daniel di geleng perlahan sambil tersenyum manis .

"aku belum bincang dengan Nur lagi" Daniel memandang Rizqy sambil tertawa kecil .

"Ha kan bagus senyum . dah tak payah fikir sangat benda lain , fikir anak bini je nanti dah ada anak kena beli susu lah pampers lah..ha banyak lagi kena fikir!" Rizqy bangun dari duduknya dan membetulkan baju tshirt polis itu agar kemas .

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now