DANIEL 02

11.4K 604 8
                                    

Nur mengetap bibir saat dirinya kini di pandang oleh semua ahli keluarga nya . hari semakin dekat untuk dirinya melapor diri di pulapol kuala lumpur. kini di hadapannya di penuhi saudara mara dan pakcik pakciknya yang dari dulu adalah seorang anggota polis . boleh di katakan di dalam badan keluarga mereka adalah darah polis malaysia .

tak tahu mahu mula kan dari mana bila semua anak mata ke arah dirinya. Nur masih diam berada di sebelah puan nora iaitu ibu kandung nya..

"betul ke Nur nak masuk pulapol?" soal pakcik aziz berangkap abang kepada bapa nur .

Nur mengangguk dan trsenyum saja .

"berapa bulan latihan?"

"enam bulan"

"semua barang dah siap?"

Nur mengangguk laju .

"hmm bagus lah ada juga menyambung generasi pdrm dalam keluarga kita ni" bebel pakcik aziz dengan nada memerli seorang lelaki yang berada di dapur itu.

Nur diam. ia tahu siapa gerangan yang pakcik aziz perli itu.

"itu lah , ingatkan anak jantan dapat jadi polis rupanya anak perempuan aku yang dapat" sambung encik sahab iaitu bapa kepada Nur dan Malik .

kepala Nur di alihkan memandang ke arah meja yang berada di dapur kering . abangnya memekak kan telingga saja mendengar mulut mulut perli memerli itu dari tadi . sedikit pun Malik tidak beriak apa apa malas bibirnya tersenyum hambar saja mendengar kata kata pakcik dan bapa nya .

"kalau nak tunggu si Malik jadi polis memang lambat lah"

"ayah , apa cakap abang Malik macam tu?"

"apa? tak ke betul ayah cakap? abang Malik kau tu tak habis dengan kerja jadi penguam tu sampai tolak tawaran ke pulapol dulu"

"kerja jadi penguam pun di pandang rendah ke?" sampuk Malik yang melangkah naik ke anak tangga.

Nur terdiam. tak tahu mahu berbalas apa lagi bila keluarga mereka sudah berlawan mulut tentang isu perkejaan abang nya sekarang .Nur menundukkan wajahnya dan perlahan bangun dari duduk. puan nora yang cukup faham dengan tingkahlaku anak saudara perempuan nya itu hanya membiarkan .Nur melangkah naik ke tangga dan terus menunju bilik abangnya .

pintu bilik Malik di ketuk oleh Nur, pipi di dekatkan pada kayu pintu itu.

"abang Malik ,buka la Nur nak jumpa abang" ujar Nur lembut.

"tak payah lah Nur ,pergi siap kan barang kau ke pulapol!" balas Malik dengan nada yang agak kuat agar adiknya di pintu dapat mendengar.

"Nur nak jumpa abang.." sambung Nur lagi . pintu di ketuk sekali lagi .

Malik pasrah ! perlahan Malik melepaskan nafas berat selepas mendengar suara adiknya yang mendayu itu. ia bangun dari duduk di kerusi gaming dan terus menuju ke pintu . pintu di buka.

"kau nak apa?" soal Malik serious dengan wajah ketat nya.

"Nur nak abang!" laju Nur memeluk pingang Malik . Malik terdiam kepala nya perlahan memandang wajah Nur yang di benamkan pada perutnya.

"jangan lah buat aku sedih , kau tak lama lagi nak tinggalkan aku"

"abang sedih ke Nur tak ada?" nur mendonggak

"mesti lah, dah kau seorang je adik aku"

"ala kalau abang rindu abang call lah Nur"

"kau ingat dekat sana boleh call suka hati? entah entah handphone pun kau tak dapat merasa"

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now