DANIEL 47

5.1K 341 17
                                    

Jebat yang duduk di kerusi menunggu itu berpaling ke arah Juwita yang baru saja keluar dari bilik rawatan doktor . lihat saja Juwita mula melangkah ke arah kaunter cepat cepat Jebat bangun dan mendekati wanita itu .

"Juwita" Jebat menarik perlahan bahu wanita itu . wajah lesu dan pucat Juwita jelas seakan tidak mahu melayan atau pun mahu berbual dengan Jebat . tubuhnya yang di tarik perlahan itu juga di biarkan . kaki perlahan mengatur ke arah kaunter .

"macam mana dengan keadaan kau? aku min.."

"dah dah lah Jebat . aku tak ada masa nak cakap tentang ni dengan kau" Juwita menolak Jebat perlahan . gambar scan bayi di ambil di dalam beg nya dan di beri pada Jebat .

"jangan ganggu aku lagi" Juwita pergi ke kaunter untuk mengambil ubat . Jebat terdiam apabila melihat gambar scan bayi yang di beri oleh Juwita tadi .

"an..anak aku?" soal Jebat pada diri sendiri sebelum kepalanya di angkat memandang Juwita yang sudah mahu melangkah keluar meninggalkan klinik kesihatan itu . lantas Jebat mengikut langkah Juwita yang berada di pintu .

perlahan Jebat menolak pintu klinik dan memberikan laluan pada Juwita untuk melangkah keluar . Juwita diam saja , wajah Jebat langsung tidak di pandang olehnya .

"Ju..aku rasa kita kena bincang tentang ni.." Jebat menarik lengan Juwita lembut di hadapan klinik . pantas Juwita menolak tangan yang cuba menarik lengan nya .

"bincang apa? kau nak cakap yang ni kifarah untuk aku selepas aku rosakkan hidup Daniel , macam tu? Jebat tolong lah . cermin diri kau dan tengok apa beza kau dengan aku .. ni bukan kifarah untuk aku tapi ni kesalahan dari kau!" lantang Juwita berkata di hadapan wajah lelaki tegap dan tinggi itu .

"sebab tu aku nak kita bincang . aku tahu semua ni salah aku tapi.."

"kau tak perlu nak ambil tahu tentang budak dalam perut aku . aku tahu jaga dia seorang diri" Juwita tersenyum hambar sebelum melangkah ke arah kereta miliknya . Jebat tidak putus asa . langkah juwita di ikuti sehingga ke pintu kereta .

"kita kahwin" Jebat menghalang langkah juwita untuk masuk ke dalam perut kereta . mengecil anak mata wanita itu mendengar ayat yang keluar dari Jebat tadi . wajahnya fi tolehkan ke arah Jebat .

"kita kahwin ke tidak ke anak ni tetap tak sah taraf Luke Jebat . aku tak nak hidup dengan lelaki macam kau , cukup cukup lah aku sakit waktu berkahwin dengan Daniel dulu"

"tapi ni anak kita..aku nak bertangungjawab.."

"dah terlambat Jebat .. dia tak perlu kan kau dan aku pun tak perlu kan kau!"

"ju.."

"jangan paksa aku!" Juwita menolak kasar badan Jebat yang menghalang nya untuk masuk ke dalam kereta . Jebat terdiam dan hanya akur . tubuhnya perlahan di ke tepi kan dan memberi ruang untuk Juwita masuk ke dalam kereta . perut Juwita yang baru saja mahu menunjukkan isi itu di pandang .

Juwita menarik pintu kereta untuk di tutup tiba tiba lengan Jebat menghalang . Juwita berpaling ke arah Jebat yang berada di sebelah pintu keretanya . tubuh Jebat di rendahkkn sedikit sebelum tangannya perlahan di dekatkan pada perut yang sudah menunjukkan isi itu .

"I will take care of you baby .. I'm sorry for hurting your mother.." ujar Jebat lembut membuatkan Juwita terdiam melihat tindakkan lelaki itu di hadapannya . perut Juwita di usap perlahan , bibir Jebat terukir senyuman pahit nya .

"ak..aku nak balik" Juwita menepis tangan Jebat dari mengusap perutnya . Jebat tersentak dan terus berdiri semula .

"jaga dia baik baik.." ujar Jebat sambil tangan di tunding ke arah perut Juwita . Juwita menjeling dan hanya memekak kak telingag nya saja . pintu kereta di tarik dan di tutup oleh Juwita sendiri .

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now