DANIEL 12

8.2K 493 8
                                    

"awak okey?" soal daniel lembut . dari tadi dia berdiri di tepi kereta nya sambil memeluk tubuh . nur yang berada di pagar rumah hanya diam dan mencebek saya melihat kehadiran tuan daniel . dari kejadian malam haritu mereka langsung tidak berjumpa selepas nur memutuskan untuk balik menaiki grab .

bila tuan daniel datang ke rumah untuk berjumpa ada saja alasan yang nur bagi . seolah olah tak mahu berjumpa langsung.

"nur saya tanya awak ni"

"tuan nak apa jumpa saya? saya busy lah"

"busy buat apa?" daniel melangkah mendekati nur setapak demi setapak . nur yang hanya menayarung kan baju tidur dan selendang coklet itu hanya diam .

"saya tak ada mood lah mak cakap dengan tuan . boleh jangan ganggu saya?"

"tapi saya nak bercakap dengan awak tentang malam tu" langkah daniel terhenti di hadapan nur . jarak mereka yang boleh di kira 1 meter .

"nak cakap pasal tu je? mesej je lah tak perlu jumpa . lagi pun saya dah malas nak ambik tahu pasal abang malik dengan kakak tuan daniel"

"kenapa awak tak bagi abang malik ada kekasih? sedangkan awak..."

"tuan daniel nak kata saya ni apa lagi? abang malik yang tipu saya kata tak pernah bercinta dengan mana mana perempuan tuptup dengan kakak tuan daniel . logik ke?"

"dia pun berhak bahagia" daniel melangkah setapak.

nur diam.ia mengundur ke belakang apabila melihat tuan daniel mara ke hadapan .

"malam ni saya ambil awak" daniel menurunkan sedikit spek mata hitamnya . bibir mengukir senyuman .

"un..untuk apa?"

daniel hanya tersenyum sinis saja . daniel memusingkan badannya dan kembali melangkah ke arah kereta. nur mengetap bibir melihat tuan daniel masuk ke dalam kereta BMW M4 itu . cermin tingkap di turunkan.

"be a good girlfriend,madinah" ujar daniel sambil tersenyum . kereta daniel melucur laju meninggalkan kawasan perumahan.

•••

"danniez nak chick!" danniez menunjuk ke arah ayam goreng yang di hidang . lebar senyuman malik melihat anak lelaki danea yang sungguh bijak .

"chick tu anak ayam lah danniez" danea mengambil ayam goreng dan di letakkan pada pinggan danniez.

"nyum nyum!" ayam goreng di ambil dan di masukkan ke dalam mulut kecil danniez .

"mana daniel dengan nur ni? tak kan nur merajuk lagi?" ujar danea yang masih tercari cari susuk tubuh adik nya dan susuk tubuh adik malik .

"hmm kejap lagi sampai lah tu" sudu yang berisi nasi itu di suap ke dalam mulut malik . dia masih tenang saja dengan keadaan hubungan mereka adik beradik .

"asalamualikum" daniel melangkah masuk ke dalam rumah . kepala di toleh ke arah meja makan yang berada di bahagian tepi . mereka menoleh serentak .

nur melangkah masuk mengikut jejak daniel . wajah di tunduk .

"waalaikumusalam" malik memandang adik perempuannya. nur langsung tidak mengangkat wajahnya , kemana saja daniel pergi dia hanya mengikut saja.

"haa daniel sini lah makan" panggil danea lembut.matanya memandang ke arah nur .

"cle han!" jerit danniez sambil memengang kepingan ayam goreng . lebar senyuman danniez memandang ke arah daniel dan nur .

daniel sempat menoleh ke arah nur di belakang . nada suara di perlahankan.

"jom duduk sana" ujar daniel perlahan .

nur mengeleng .

"eh saya lapar tau . awak tak lapar ke?"

"tak" balas nur sepatah . kepala di angkat mendongak memandang daniel .

"abang malik ada dekat situ lah nur . hormat lah dia sikit"

"abang saya ke abang awak?" soal nur . mereka saling memperlahan kan nada suara . mengecil mata malik dan danea melihat ke arah mereka.

"haih ikut awak lah" daniel melangkah ke arah meja . kerusi di sebelah malik di tarik dan pungung di labuhkan .

terpinga pinga nur sendiri di situ . dengan malas malas ia melangkah ke arah kerusi di sebelah danea iaitu kakak kandung daniel . pungung di labuhkan dan mata terus di alihkan ke arah danniez . sedikit pun tak menoleh ke arah malik.

"jemput lah makan,nur . err akak ada masak untuk korang ni" jemput danea penuh lembut . nur hanya mengangguk .

lama malik perhatikam gerak geri adik perempuannya itu . daniel sudah dalam dunia sendiri dengan makanan . sikit pun tak perlawa nur .

"nur tak makan ayam" ujar malik . pinggan ayam goreng yang di hulur pada nur itu di tarik .

"eh ? sorry sorry saya tak tahu pun nur tak makan ayam err ni ada lauk lain. nur nak makan apa?" bertalu talu soalan di beri pada nur membuatkan nur diam .

"saya tahu dia nak makan apa" ujar malik ringkas . cake coklet di potong separuh dan di letak pada pinggan adiknya .

"makan tu , nanti gastrik pula" malik menjeling .

"nur taknak makan"

"lepastu?" soal daniel . sudu di letak kan . wajah tenang nur di tatap agak lama .

"nur nak bagitahu abang yang..."

"yang?"

nur memandang daniel . memang tinggal daniel seorang saja yanh boleh menolongnya dari cemburu melihat malik dan danea . tiada orang lain .

"daniel ajak nur kahwin"

pap!

uhuk uhuk!

tersedak daniel di buat nya . laju cawan di capai dan air di teguk . malik terdiam tanpa kata . matanya tepat memandang adik bongsu nya itu . perlahan anak mata malik ke arah daniel yang sudah merah muka .

"bi..bila? bila daniel ajak nur kahwin?" soal danea . mata danea ke arah daniel dan nur . tak percaya tapi boleh jadi betul juga.

"tadi,sebelum sampai"

"betul ke daniel?" soal malik agak tegas . ia memandang ke arah daniel di sebelah .

daniel diam tanpa kata . rasa diri macam di pergunakan tapi kadang rasa apa yang di cakap kan tu betul cuma belum masanya lagi . apa kan daya di temukan dengan wanita polos seperti nur .

"aku tak ada jawapan" balas daniel pada malik . mata malik ke arah nur semula.

"nur jangan buat lawak boleh? nur ingat nur cakap macam tu bagus ke? abang kenal daniel ni macam mana" tegas kata kata malik kalini . benar , ia taknak daniel jadi mangsa .

"abang kenal daniel je? adik abang ni abang tak kenal?" nada nur masih tenang . daniel dan danea diam saja.

"jangan gunaka daniel dalam hal abang dan nur boleh tak?" malik bangun dari duduknya . wajahnya jelas menahan amarah di hadapan danea dan danniez .

"no , nur tak gunakan daniel."

"daniel taknak dekat nur"

"siapa kata?" soal daniel tiba tiba . matanya tepat ke arah nur . nur menelan air liur nya perlahan.

"daniel?" soal danea masih tidak percaya .

"relax , just back to normal . malik dan kakak , daniel dan nur . okey?" daniel menolak pinggan nya . senyuman sinis nya muncul .

malik mengetap rahang mendengar kata kata daniel tadi . matanya ke arah nur yang menundukkan wajah .

"okey . aku nak kau jumpa bapak aku esok" ujar malik tegas . ia melangkah keluar dari rumah itu .

"eh abang!"

...

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now