DANIEL 31

5.4K 333 24
                                    

"Denniez ! jangan main jauh jauh!" jerit nur apabila melihat denniez yang sudah berlari ke arah taman permainan. kepala nur di gelang perlahan sebelum punggungnya di labuhkan pada kerusi kayu berhadapan taman permainan .

hari ini sudah hari kedua daniel meninggalkan nur kerana operasi di sabah . dan dua hari ini juga kehidupan nur berubah , menjaga denniez seperti anak sendiri . walaupun denniez baru berusia 3 tahun namun kepandaian dia bercakap itu sama seperti daniel . uncle kesayangan dia .

anak mata nur tidak lekang memerhatikan setiap pengerakan denniez di taman . ramai kanak kanak yang cuba menjadi kawan denniez itu membuatkan nur tersenyum . handphone di keluarkan dan jari menekan record . tertawa kecil nur melihat denniez berlari terkedek kedek .

"comelnya dia . sama macam uncle han dia" nur mematikan rakaman itu . video yang di ambil di lihat semula , terukir senyuman lebar nur dan sedikit tawa kecil nya . denniez memang budak bijak .

belum sempat video yang di ambil di lihat sehingga habis kini nur kembali menyimpan handphone nya . wajah di angkat memandang danniez yang berada di gelongsor . dah ada kawan makin riang lah dia !. nur kembali memerhatikan kanak kanak berusia 3 tahun itu .

tiba tiba .

"asalamualaikum.." datang suara dari sebelah kanan nur . pantas nur berpaling ke arah pemilik suara . macam pernah dengar suara ni tapi dekat mana ya? . nur mengangkat wajah nya memandang gerangan di sebelah.

"Nur? ni nur kan?.." soal juwita memandang nur seakan tidak percaya . pantas nur berdiri dan berdiri di hadapan juwita .

"haah ni saya . emm cik juwita?" soal nur ingin memastikan . juwita mengangguk laju dan tersenyum pahit . dia memang dah lama nak cari nur .

"eh meh lah duduk sini . lama kita tak jumpa." nur menjemput juwita duduk di kerusi kayu yang di duduknya tadi . juwita mengangguk dan terus duduk di sebelah nur .

anak mata juwita kini tepat memandang denniez di taman permainan . terukir senyuman sinis juwita . lagi senang lah kerja kalau ada budak kecik tu.

"eh nur buat apa sekarang? lama kita tak jumpa kan? lepas nur habis pulapol dulu rasanya kita memang dah tak jumpa kan?." soal juwita panjang lebar . tubuhnya di pusingkan ke arah nur .

"emm haah . nur sekarang tunggu kerja dekat company kawan ayah . dah tak lama dah ni , lagi dua minggu." balas nur penuh teruja. apa yang jadi dahulu biarlah berlalu ,baginya.

"ohh . tu denniez ke? anak buah Tuan Daniel ?" soal jueita kembali . nur mengangguk laju , anak matanya memandang ke arah denniez yang berlari ke arahnya .

"eh? dah penat dah ke ni?" nur membetulkan rambut denniez . denniez mengangguk perlahan , botol miliknya di ambil dan di minum .

"haii denniez..remember me?" tegur juwita yang bertongkat dagu di peha . denniez hanya memandang sekilas sebelum tubuh nur di peluk . terkejut nur di buat nya .

"eh kenapa ni denniez? denniez nak balik ke?" nur menarik denniez ke hadapan semula . denniez mengangguk laju . peluk kan denniez semakin kuat seakan takut dengan kehadiran juwita .

mengecil mata juwita memandang denniez . pandai betul berlakon budak ni .

"denniez..." panggil juwita lembut .

"takpela cik juwita saya balik dulu . dennies nak mama dia lah ni" nur bangun dari duduknya dan terus mencapai bag tangan dan botol susu denniez . tangan denniez di pegang .

"eh tak kan nak balik dah ? kita tak habis borak lagi . denniez? denniez nak aiskrim? aunty boleh beli kan" potong juwita . anak mata juwita tajam memandang denniez.

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now