DANIEL 04

9K 507 19
                                    


"nah untuk kau" ais yang di balut mengunakan kain kecil itu di hulur ke arah Nur . mata Nur perlahan di angkat memandang wajah Juwita sebelum ais di ambil untuk di letakkan di kepala nya .

Juwita menjeling tajam . baju uniform kerja nya di betulkan semula . Nur membalas pandangan Juwita dengan jelingan maut nya juga . ada saja benda tak kena kalau mereka bertentang mata .

"harini tak perlu masuk kem, Tuan Daniel tak bagi"kata juwita dengan nada yang malas malas .

"kenapa pulak? saya bukan patah tangan atau kaki"

"ikut je lah kata Tuan Daniel" Juwita memandang wajah Nur sebelum nafas berat di lepaskan . tubuh tegap Juwita dan wajah yang garang itu di rendah kan sedikit agar separa dengan nur yang duduk di katil .

"apa hubungan kau dengan Tuan Daniel?" soal Juwita serious . wajah mereka sungguh dekat .

"hub..hubung..ouhh puan juwita nak tahu?" Nur menayangkan senyuman nakal nya . idea baru dah sampai!

Juwita mengangguk kepalanya dua kali .wajah di jauhkan dan pungung nya di labuhkan pada kerusi berhadapan nur . Nur masih tersenyum nakal melihat wajah serious Juwita .

"ala tak kan lah Juwita taktahu hubungan kitaorang?" soal Nur pada puan juwita kembali .

"kau boleh tahu aje tak?"

"okey sebernanya kitaorang.."

krekk..

pintu bilik rawatan di tolak . mereka berdua menoleh serentak ke arah pintu . wajah Daniel menjadi santapan mereka berdua. Daniel yang memakai baju berwarna hitam dan seluar tracksuit itu membuatkan Nur tidak lekang memandang . mata Daniel pula tidak berubah memandang Nur .

"Tuan !" juwita laju memberi hormat .

ais di tangan Nur jatuh saat baru perasan akan anak mata Daniel yang menikam anak matanya. mengerut dahi Juwita memandang kedua mereka.

"Tu..tuan?" Juwita melambai Daniel beberapa kali .

"ye..yee saya?" Daniel berubah arah ke puan juwita . Nur mengetap bibir , air tadi di ambil semula dan di letak di dahi .

"ada apa Tuan ke sini? Tuan cari siapa?"

"saya cari..."

"haa Daniel ! kau dah jumpa cinta hati kau?" Rizqy yang baru sampai itu terus menepuk bahu Daniel kuat . terdiam Daniel selepas mendengar ayat rakannnya tadi .

wajah juwita tiba saja memerah saat mendengar perkataan yang keluar dari mulut Rizqy tadi . Nur diam saja langsung tidak memandang mereka berdua di pintu .

"ap..apa kau merepek ni riz?" Daniel mengalihkan tangan t Rizqy dari bahu nya . terbahak bahak Rizqy tertawa .

" tak ada lah tadi kan kau cari Nur , tu haa Nur depan mata kau" sambung Rizqy saja memanaskan keadaan . mata Nur terbuka besar saat namanya di petik tadi .

kepala Nur menoleh ke arahDaniel . Daniel mengetap rahangnya . malunya ada kawan macam ni!

"Tu..tuan cari nur ?" sampuk Juwita . wajah juwita berubah serious semula.

"yee dia cari Nur , daniel nak jumpa Nur" balas Rizqy laju . tubuh tuan daniel di tolak ke hadapan sedikit .

"dah jom juwita kita jaga budak kem"

"ta..tapi nu.."

"tak apa tuan daniel ada , dah jom" tuan rizqy menarik tangan puan juwita laju dan di bawa keluar dari bilik rawatan . pintu di tutup oleh nya kuat membuatkan bahu tuan daniel terenjut sedikit .

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now