DANIEL 38

4.4K 320 31
                                    

pintu lift tertutup . Tubuh Daniel terduduk .

Juwita yang baru saja sampai di hadapan lift . kelihatan beberapa orang lelaki memengang tubuh Daniel yang sudah terduduk di lantai . wajah Daniel bertukar lesu dan badannya juga sudah lemah .

"Encik , kita perlu bincang hal tadi" kata lelaki yang sama datang menyeebu rumah kondo sewa milik Daniel dan Rizqy .

Daniel menoleh , pandangan tajam nya menikam anak mata Juwita yang berdiri tidak jauh darinya . belum sempat untuk beriak apa apa kini Daniel bangun dan terus menghampiri Juwita dengan langkah ganas nya . koler baju Juwita di tarik kuat dan tubuh Juwita di tolak sehingga tersandar pada dinding .

"kau memang perempuan tak tahu malu!" pekik Daniel kuat . 4 orang lelaki yang berada di belakang Daniel cepat cepat menarik lengan Daniel .

"Da...niel..sakit.." tangan Daniel di tolak oleh Juwita kuat namun sedikit pun tidak berubah apa apa.

"sakit? kau kena ingat Juwita , kalau kau jadi isteri aku sekali pun kau kena tahu yang kau satu satu jya manusia yang aku benci dan tak kan sikit pun aku akan sayang macam mana aku sayang Nur!" Daniel mengengan kuat koler baju Juwita .

uhuk uhuk! Juwita tersedak kuat .

"kau perlu tahu siapa Mohd Daniel khan yang seberna.." Daniel melepaskan koler baju Juwita . sempat Daniel meludahkan sedikit air liurnya pada kaki Juwita sebelum ia melangkah ke arah rumahnya semula .

Tersedak Juwita sambil mengurut lehernya . 4 orang lelaki tadi sudah mengikut langkah Daniel ke dalam rumah semula .

"Kau akan tertunduk pada aku satu hari nanti Daniel" ujar Juwita penuh sinis . kakinya melangkah cepat mendekati pintu rumah Daniel .

Daniel melangkah masuk ke dalam rumah dan terus mencapai handphone miliknya . Nombor Rizqy di tekan dan di dail tapi tidak berangkat . kini anak mata Daniel berubah ke arah nombor kakak nya . Danea.

mengeletar jari Daniel ingin menekan Nombor yang tertera itu . 4 orang lelaki tadi masih berada di dalam rumahnya dan masih memerhatikan gerak geri Daniel .

Daniel menoleh ke arah 4 orang lelaki itu .

"apa yang perlu saya buat sekarang? sedangkan saya dengan dia tak sengaja berdua" Kata Daniel tenang .

"sengaja atau tidak sengaja ini di kira salah dari segi undang undang dan agama . kami tak ada cara lain selain Encik dan Cik perlu berkahwin"

"tapi tak ada wali? perkahwinan tak kan sah selagi wali tak ada?" Soal Daniel .

seorang daripada empat lelaki itu menoleh ke arah Juwita .

"Cik masih ada wali ?" soal lelaki itu .

Juwita mengeleng laju . Dapat Daniel saksikan wajah puas perempuan itu apabila di tanya tentang Wali . lelaki itu kembali memandang ke arah Daniel .

"kalau cik tu tak ada wali , boleh berwali kan dengan wali hakim"

"tapi.."

"kami tak boleh melengahkan perkara ini Encik . kami hanya lakukan kerja kami dan ini juga di kira salah satu aib Encik dan cik dan juga ahli keluarga . jika tak mahu berpanjangan , sila ikut kami ke pejabat agama" potong lelaki itu cepat . Daniel terdiam .

fikiran Daniel seakan mati , bibir kelu tidak tahu ingin berkata apa apa lagi . cincin di jari di pandang . cincin tunang Daniel bersama Nur .

"boleh bagi kami berbincang dahulu?" soal Daniel pada lelaki itu . lelaki itu mengangguk perlahan .

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now