Sebaik sahaja sampai dirumah Makcik Rosnah aku memberi salam .
"Assalamualaikum , Cik ros . Leeya datang ni" aku memberi salam .
Sebaik sahaja mendengar pintu dibuka dari dalam , hati sudah melompat girang . Encik crush yang keluar macam mana boleh tak gembira . 'Duhai hati , jangan la berdebar-debar macam ni . Sabar dulu sabar , sampai rumah baru kau melompat ye' desis hatiku .
"Waalaikumusalam . Umi tak ada , dia keluar . Asal kau datang ?" eh eh orang datang bagi salam baik-baik , dia keluar nak cari gaduh pula .
"Kau ni Fir . Aku bagi salam elok-elok kan ? . Tak payah la nak marah-marah , aduhai" aku mengomel dihadapan Firas
"Aku tak ada masa nak layan kau , cepat sikit . Pahal kau datang ?"
"Ni , mama suruh bagi makanan dekat Cik Ros . Dia suruh sampaikan salam dia sekali , dia cakap lama dia tak datang borak denga Cik Ros" aku berkata seraya tangan menghulurkan bekas makanan yang dikirimkam oleh mama .
Firas menyambut bekas yang aku hulurkan . "Ouh , kalau Cik Maz yang masak aku makan , tapi kalau kau yang masak baik tak payah bagi"
"Kau ni kan kalau bercakap tak menyakitkan hati aku , memang tak sah kan Fir ?" aku bertanya sambil muka sudah masam mencuka . Mana tidaknya , dia nak kata masakan aku tak sedap la tu .
"Dah la . Makanan pun kau dah bagi kan ? . Pergi la balik" dengan tak semena-mena Firas menghalau aku .
Malas hendak bertekak akhirnya aku pusingkan badan dan terus melangkah meninggalkan halaman rumah itu .
"Oh ya , Terim kasih" laung Firas
***
Sebaik sahaja hilang kelibat Aleeya , Firas terus menutup pintu . 'Budak pendek tu , harapkan badan je pendek tapi mulut macam makcik bawang' desis hati Firas .
Kaki terus menuju ke dapur . Menyimpan lauk- pauk yang diberikan Cik Maz tadi , nanti kalau umi balik senang la , boleh makan terus .
Sambil leka menyiapkan lauk tersebut , tanpa sedar umi sudah berada di meja makan , sambil menggosok perut yang sudah berkeroncong menahan lapar .
"Fir ke yang masak semua ni ?" Umi bertanya sambil menuju ke sinki untuk membasuh tangan sebelum makan .
"Tak , tadi si budak Leeya tu datang . Dia cakap Cik Maz suruh bagi makanan ni ha . Fir cuma hidangkan je , senang umi terus makan nanti" Firas berkata sambil tangan ligat menyedok nasi .
"Ooo . Lama mama tak berborak dengan Cik Maz . Rindu pulak rasanya"
"Ala rumah satu taman je , nanti bila-bila masa umi pergi la rumah Cik Maz . Ouh ya , tadi Leeya cakap Cik Maz kirim salam"
"Waalaikumusalam" mama hanya menjawab pendek . Selesai membaca doa makan , Firas terus masukkan makanan ke dalam mulut . Umi senyap jadi Firas pun senyap . Mungkin tiada topik yang hendak diborakkan . Selesai sahaja makan Firas terus kebilik untuk menyambung kerjanya yang tertunggak .
***
Sampai sahaja di rumah aku terus merebahkan badan ke atas kerusi . Penat jugak nak kena berjalan dari rumah Cik Ros . Tapi tak ada erti penat jika hendak ke rumah bakal mak mertua . Eh jauh pulak kau mengelamun Leeya .
"Dah balik dah kak ? . Cik Ros ambil tak makanan tadi ?" mama bertanya sebaik sahaja siap menyidai pakaian .
"Cik Ros tak ada , Firas je yang ada . Dia cakap Cik Ros keluar ada kerja . Mama tahu tak tadi Fir halau kakak balik ?" aku membuka cerita selepas hilang rasa penat .
"Fir halau pun , kakak happy jugak kan ?" mama sengaja mengusik aku .
"Heheheh , happy sikit je . Orang datang nak bagi makanan dia pulak nak ajak gaduh" aku membebel di depan mama .
Mama hanya mampu menggelengkan kepala bila mendengar cerita aku . "Kamu berdua ni asal jumpa je gaduh , daripada dulu sampailah sekarang . Masing-masing dah besar panjang"
"Alaaa , gaduh-gaduh manja je , ma"
"Gaduh la kerap sangat . Nanti kahwin baru tahu"
Sebut sahaja perkataan kahwin , hati aku terus terasa muram . Nak ke Firas tu berkahwin dengan aku ? . Pernah aku bagitahu dia yang aku sukakan dia , tapi dia tolak mentah-mentah . Katanya dah ada kekasih hati . Remuk hati aku dengar dia dah ada teman wanita . Namun aku tidak pernah putus mendoakan agar dia menjadi jodohku .
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...