CKT 19

3.1K 85 0
                                    

"SERIOUSLY ?!" Hampir pekak aku mendengar suara Iris dan Ridhauddin . Semua orang di dalam restoran memandang ke arah kami . Aku hanya mampu senyum paksa .

"Tak payah la nak tinggi suara macam tu manusia oi . Benda betul kot"

Iris dan Ridhauddin saling berpandangan . Masing-masing masih lagi tidak percaya dengan kenyataan yang aku nyatakan .

Aku mengkhabarkan pada mereka tentang lamaran Firas . Ya , lamaran ! Semalam keluarga dia dah datang merisik aku .

[FLASHBACK]

"Kakak , turun jap . Ada tetamu datang" . Aku hanya menturuti sahaja . Aku turun dengan terlalu terpaksa . Aku terus turun ke dapur tanpa memandang ruang tamu .

Kalau la adik ada , memang dia dah buat air dekat tetamu yang datang . Bukannya aku taknak layan , tapi aku ni sejenis yang malu . Nanti kalau hantar air dekat meja mula la diorang cakap
'Eh , Maz besar dah anak kamu ye . Lawa pulak tu . Boleh lah ni ambik buat jadi menantu' . Aku pun dah hafal dah ayat tu . Aku paling malas kalau bercakap bab nak kahwin . Kalau Tiara tak pe la , orang cakap dia bidas balik , tapi nanti orang cop la 'kurang ajar' sikit .

"Assalamualaikum" Terangkat bahu aku . Aku pusingkan tubuh ke belakang . Eh dia buat apa dekat sini ? Ni ke tetamu nya ?

"Waalaikumussalam . Kau buat apa kat sini ? Asyik datang rumah aku je . Habis la gula nanti" Dengan Firas je aku berani nak bergurau macam ni . Kalau dengan orang yang tak biasa dengan aku , rasanya memang dah lama putus hubungan .

"Umi dengan ayah ajak aku" . Pakcik Megat ada sekali . Jarang dia nak datang sini dengan Cik Ros . Kali terakhir dia datang pun masa mama nak berangkat pergi umrah 2 tahun lepas . Lepastu aku selalu terserempak dengan dia dekat luar je .

"Ouh . Nah tolong bawakkan air ni kedepan" Aku menghulurkan dulang yang berisi air teh dan biskut batik . Firas langsung tidak berkata apa dan terus menyambut huluran aku . Ermm bagus jugak dia ni . 'Inilah calon suami yang sesuai'

Aku dan Firas berjalan seiring . Dapat aku tangkap wajah Cik Ros dan mama tersenyum pada kami . Tapi yang pasti senyuman itu adalah senyuman untuk mengusik aku .

Baru saja aku hendak melangkah keluar , mama sudah menghalang aku .

"Kakak duduk jap . Kami ada benda nak bagitahu" Aku menuruti kata-kata mama .

"Mama nak cakap apa ?"

"Leeya , Cik Ros datang nak merisik Leeya"

Aku terperanjat . Aku memandang Firas di sebelah . Wajahnya langsung tidak beriak . Memang tak ada perasaan betul eh . Atleast senyum ke apa ke . Baru aku dapat teka .

"Kakak , dengar tak Cik Ros cakap tu ?" Aku memandang mama dan memberi senyuman .

"Dengar , kakak dengar"

"Apa keputusan kakak ?"

"Kakak tak pasti , bagi kakak masa untuk fikir dulu"

"Berapa banyak masa yang Leeya nak ? Kami sanggup tunggu" Pakcik Megat memandang aku . Aku masih memikirkam tempoh yang sesuai .

"Atleast seminggu ? Tu dah cukup" Aku memberi kata putus .

Aku dan Firas saling bertatapan . Firas menghadiahkam senyuman yang sangat manis pada aku . Aku membalas senyumannya . Boleh ke Firas jadi suami aku ? Serasi ke kami ? Firas boleh ke terima aku dalam hidup dia ? . Aku hanya diam . Aku tawakal kepada allah . Segala perancangan aku serahkan padanya

[END FLASHBACK]

"Lepastu kau terima tak ?" Pertanyaan Iris mematikan lamunan aku .

"Tu yang aku buntu"

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now