2 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏
2 tahun dalam hubungan percintaan. Harini adalah majlis pernikahan Eva dan Theo. Eva tampak manis dengan baju pengantin yang berwarna putih. Selesai sahaja akad dilafazkan, Eva sudah sah menjadi milik Theo Adani. Siapa sangka kawan yang sekepala rupanya jadi kakak ipar kau
"Tahniah Eva. Jadi isteri yang baik and semoga rumah tangga kau bahagia hingga ke jannah"
"Amin. Terharu la dengan korang ni"
Kami seronok bergelak ketawa. Anak macam biasa, para suami yang jaga. Kami sendiri pun tak percaya yang kami dah jadi ibu. Eva pula baru sah menjadi isteri
"Bagi anak buah cepat tau. Dulu kau je yang asyik minta dengan kan. Sekarang aku pula yang minta. Ramai pun takpe, tak ada masalah" Iris cuba mengusik Eva. Muka Theo yang berada di sebelah sudah mula memerah menahan malu
Hans dan Firas masih lagi rancak berbual. Entah apa yang dibualkan pun aku tak tahu. Asyaff yang berada di dukungan Firas sudah mulaa tidak duduk diam tanda minta untuk diturunkan. Asyraff kalau biar berjalan nanti entah kemana perginya, silap-silap dah hilang dari radar
Aku berjalan menghampiri mereka berdua
"Ibu, nnak turunn" Asyraff sudah mula merengek. Peluh yang berada di dahi Asyraff, aku lapkan. Lama aku tatap wajah Asyraff. Tidak terasa Asyraff sudah pun memasuki usia 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu
Ini pun sudah ramai yang bertanya bila nak tambah anak lagi. Aku rasa biarlah dulu. Ada seorang ni pun sudah letih hendak menjaga. Tapi kalau sudah rezeki dari allah takkan la aku mahu menolak
"Sayang tak pergi makan dulu ke. Takpe, Asyraff biar abang yang jagakan dulu" Aku menggeleng
"Leeya kenyang lagi la bang. Abang bawak jela Asyraff pergi makan" Perut aku masih lagi terasa kenyang. Sebelum berangkat ke sini, aku sudah bersarapan terlebih dahulu
"Dia bukan nak makan nasi. Dia nak pergi main" Firas berjalan membawa Asyraff jauh dari khalayak ramai. Risau kalau nanti mengganggu tetamu-tetamu yang lain
"You apa khabar Hans?" Aku bertanyakan khabar Hans. Sudah lama tidak berjumpa dengan dia
"I sihat je. Makin sihat sekarang ni" Aku anggukkan kepala berkali-kali
"You bila lagi? Semua dah naik pelamin, you je belum" Aku cuba bertanyakan status Hans sekarang. Maklumlah lelaki kacak takkan tak ada orang nak kan?
"I'm not ready lagi la. Lagi pun bukannya ada orang nak"
Wajah aku mula berkerut. Ye ke tak ada orang nak
"Ramai je orang nak tapi masalahnya Hans Xivander ni jual mahal sangat" Firas muncul tanpa membawa Asyraff
"Mana Asyraff?"
"Dengan mommy"
"Haritu ada je perempuan yang nak ejas dia. Siap mintak number lagi. Tapi dia taknak. Alasannya sama je lah 'aku belum ready lagi la, Fir' " Firas mengajuk cara percakapan Hans. Hans pula hanya menggaru-garu belakang kepala yang tidak terasa gatal itu
"Kalau dah ada orang nak tu, gass terus. Jangan lambat. Nanti sampai ke tua la kau tak jumpa jodoh" Theo pula datang mencelah sambil memaut pinggang Hans. Makin lama makin risau aku tengok dua orang
"Ke you ni...gay Hans?" Aku mengangkat kening pada Hans. Aku pandang Theo dan Hans silih berganti
"Ishhhh! Mana ada. I masih straight lagi okay. Tak ada bengkok-bengkok" Aku mengela nafas panjang
"Theo, you pun jangan terlalu sangat bergurau macam tu"
"Alahhh, I gurau je Lee"
"Memang la. Semua bermula dari gurauan" Bahu Theo aku cubit-cubit manja.
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...