CKT 20

3.5K 76 0
                                    

Pagi itu aku bangun untuk berangkat ke tempat kerja . Aku memandu dengan penuh berhemah . Bak kata pepatah , biar lambat asal selamat . Tapi ada maksud lain sebenarnya ni . Tak sabar nak jumpa buah hati .

Eceyy kau ni Lee . Dia baru je nak masuk meminang minggu depan kau dah berbuah hati bagai .

Aku memasukkan kereta ke dalam kotak parking . Aku masuk ke dalam pejabat .

"Hi Leeya . Oh my god , I miss you so much" Eva terlebih dahulu menyapa aku . Dia ni pandai je .

"Eva , cuti dua hari je tau . Bukannya sebulan"

"Excuse me Cik Nasha . Cuti dua hari pun tetap rindu tau . I tak ada teman gosip , tak ada teman masuk air . Sunyi tau duduk rumah"

"Ye la . Siapa je nak rindu I kan ?" . Nasha membuat muka sedih . Aku dan Eva saling bertatapan dan terus menerkam ke arah Nasha .

"Alolo , akak Nasha kita ni sedih la Leeya"

"Mesti la kita rindu . Tak ada siapa nak nasihatkan kita . Tak ada siapa nak membebel dekat kita . Tak ada siapa nak cubit kita"

Nasha memang baik , sopan santun . Tapi kalau sekali dia dah membebel memang kalah mak-mak . Kadang aku dan Eva buat-buat tak dengar sahaja . Kadang tu pun salah orang lain , tapi orang lain yang dia marah .

Dalam tengah seronok berbual dengan dua manusia ini . Firas datang memanggil aku .

"Leeya , masuk bilik I sekarang"

Aku berpaling , tanpa menunggu waktu yang lama . Aku terus melangkahkan kaki dan masuk ke dalam bilik Firas .

"Kenapa ?"

"Saja , nak ajak lunch tengahari ni je"

"Ouh tu je . Aku keluar dulu la"

"Tak boleh ke kalau bercakap elok-elok ?" . Aik , tang mana aku tak bercakap elok-elok ? Rasanya okey je .

"Celah mana aku bercakap tak elok ?"

"Dengan Adib bukan main bercakap I , You dengan dia . Dengan aku bukan main kasar"

"Kita memang dah selesa macam ni Fir . Aku , kau tu rasanya dah sebati dengan aku"

"Cuba panggil Abang ke , sayang ke , hubby ke" Firas menekan ayat-ayat yang baginya sweet itu .

"Tak biasa la Fir"

"Tak biasa kena la biasakan . Dah kahwin nanti takkan kau aku lagi ?"

"Entah"

Sedang asyik berbual dengan Firas . Tiba-tiba datang makhluk tuhan yang tak diundang . Tak bagi salam apa semua , lepastu masuk main terjah je .

"Wow , seronok nampak . Bermesra-mesra"

"You nak apa ? Masuk lain kali bagi salam"

Aleesya menggulingkan anak matanya .

"Nak apa ?"

"Fir , aku keluar dulu"

"Tak payah . Duduk sampai dia keluar . What do you want Leesya ?"

"Tak ada apa . Saja rindu you"

Rindu ? Firas dan dia dah tak ada apa-apa hubungan kan , nak rindu apa lagi . Jealous ? yes aku jealous . Dia bakal tunang aku tapi ex dia pulak datang nak cakap pasal rindu . Siapa je tak geram ?

"Don't talk about you miss me , Leesya . You and me don't have relationship"

"Takkan la dengan semudah tu you nak lupakan I , Fir ? I perempuan pertama yang you cinta , you sentuh kan ?"

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now