CKT 28

1.8K 52 1
                                    

"Mama! kakak rindu sangat dekat mama" Aku terus memeluk mama

"Dah jadi isteri orang pun takkan la nak duduk bawah ketiak mama lagi"

"Tak apa lah. Kakak nak peluk mama puas-puas" Aku masih lagi tidak melepas pelukan itu

"Kalau mama tak ada nanti agaknya macam mana la" Aku terus memandang mama. Aku paling tidak suka kalau mama berbicara seperti itu. Memang la mati itu pasti tapi aku tak nak dengar mama cakap macam tu. Kalau boleh biarlah allah tarik nyawa aku dulu. Aku tidak sanggup kehilangan mama. Tiada mama gelap la dunia aku

"Mama ni selalu cakap macam tu. Kakak tak suka la" Aku melepaskan pelukan

"Apa pulak tak suka. Mati tu memang semua akan alami"

Aku mengeluh. Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau mama pergi suatu hari nanti. Entah macam mana keadaan aku

"Fir macam mana? sihat?"

"Sihat je. Bertambah sihat dah sekarang ni" Firas tersenyum memandang ibu mertuanya itu. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati bila memandang seraut wajah itu

***

Firas duduk di gazebo rumah. Dia mengambil angin malam. Aleeya berada di dalam bilik Tiara. Katanya nak borak dengan Tiara sebelum dia ke universiti

"Buat apa dekat luar ni Fir?" Firas terus berpaling apabila disapa oleh mama

"Saja ambil angin dekat luar ni ma. Angin malam lah katakan" Kedua-duanya tersenyum

"Okey tak balik Kelantan?" Puan Maztura bertanya kepada menantunya itu. Aleeya sudah memaklumkan pada dia yang mereka akan pulang ke Kelantan. Firas juga ada mengajak sama tapi dia terlalu sibuk disini. Dia pun telah lama tidak pulang ke Kelantan. Entah apa khabar kakak dan ibunya itu. Dia hanya dapat menelefon mereka sahaja

"Okey je ma. Best jugak dekat sana, luas kampung Leeya"

"Mak Do dengan Tokmek sihat? Mama dah lama tak balik Kelantan"

"Alhamdulillah sihat je. Tokmek pun sihat, boleh berjalan macam orang muda je Fir tengok"

"Tokmek tu memang dah. Tak boleh nak duduk diam langsung"

"Firas jaga Leeya baik-baik ya" Firas palingkan kepala menghadap ibu mertuanya. Rasa tidak sedap hatinya makin menjadi-jadi. Entah kenapa ibu mertuanya itu nampak lain benar perangainya

"Leeya isteri Fir. Dia dah jadi separuh dari jiwa raga Fir. Kalau Fir sakitkan hati dia bermakna Fir sakitkan hati mama. Fir janji Fir akan jaga dia"

"Alhamdulillah. Hilang rasa gundah mama. Andai kata mama pergi nanti pun, jagalah Leeya sebaiknya ya. Leeya tu hati dia lembut. Perkara sekecil mana pun dia akan menangis. Kalau nanti Fir dah tak suka dekat dia, dah tak sayang pada dia, Fir pulangkan dia pada ayah dia ya. Mama takut masa tu mama dah tak ada" Puan Maztura berbicara panjang lebar

Firas makin bertambah pelik. Takkan lah itu tanda-tandanya? Firas cuba menepis segala perkara buruk yang bermain di fikiran nya. Dia sentiasa berdoa supaya ibu mertuanya dalam rahmat ilahi

***

Sementara itu Aleeya dan Tiara elok bergelak ketawa di dalam bilik. Macam-macam perkara menggamit kenangan bermain di ingatan mereka. Tiara merenung kakaknya yang sedang bergelak ketawa itu

'Ya allah, kau kuatkanlah hati kakak aku ya allah. Jangan kau ujinya dengan ujian yang dia sendiri tidak mampu untuk harungi ya allah. Berilah kebahagiaan dalam rumah tangga mereka. Andai kata masaku telah tiba, kau kuatkanlah keluargaku untuk menerima pemergian aku. Kau ampunkanlah dosa-dosa ku. Hanya engkau yang mengetahui segala-galanya' Desis hati kecil Tiara

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now