CKT 11

3.4K 125 0
                                    

Malam itu , aku pastikan mama dan adik aku tidur dahulu . Lepas aku pastikan mama dan Tiara sudah betul-betul terlena . Barulah aku ambil bagasi dan keluar dari rumah . Aku hanya meninggalkan sekeping nota di atas meja solek . Bila aku sampai saja di sana aku akan matikan terus telefon aku .

Ridhauddin dan Iris sudah siap sedia di luar pagar rumah untuk membawa aku ke KLIA . Aku sudah menceritakan segalanya pada mereka berdua . Mujur saja mereka sanggup membantu aku .

"Lee , kau betul ke nak pergi sampai ke oversea ni ?" Iris masih mengulang ayat yang sama . Sudah bernanah telinga aku mendengar ayat yang diulang-ulang dari tadi .

"Betulla . Ada ke nampak aku main-main ?" naik sedikit tona suara aku . Emosi aku masih tidak stabil lepas kejadian yang terjadi pada aku dan Firas tadi .

"Kalau ye pun . Tunggu la pagi esok . Bincang elok-elok dulu ke dengan dia" Rid ikut sama memberi cadangan .

"Keputusan aku muktamad . Aku tetap akan pergi . Tadi masa aku panggil nama dia , langsung dia tak berpaling . Dia sibuk dengan Aleesya . Sedangkan masa tu Aleesya yang salah . Langsung dia taknak dengar penjelasan dari aku" air mata sudah bertakung bila teringatkan balik situasi yang baru saja terjadi beberapa jam lepas .

"Kalau tu keputusan kau . Kami dah tak boleh nak paksa kau , Lee" Iris sudah putus harapan untuk terus memujuk aku .

Sebaik sahaja kereta dipandu melintasi rumah Firas , aku nampak kereta yang diparking di garaj . Mungkin majlis dah habis .

'Kau berbahagialah , Fir . Aku janji , aku takkan nampakkan muka aku depan kau . Aku pergi jauh dari sini . Kita pun tak kan terjumpa langsung nanti . Aku doa supaya kau bertemu bahagia' aku berbicara di dalam hati .

Sampai saja di KLIA aku terus keluar dari kereta . Ridhauddin tolong menangkat bagasi aku . Aku pula berjalan bersama Iris , kejap lagi kami dah nak berpisah .

"Lee , duduk dekat sana jaga diri kau baik-baik . Kau duduk dekat negara orang , dekat sana tak ada pun orang yang kau kenal . Kalau jadi apa-apa susah . Kau jangan off fon kau tau"

"Ye , Iris . I know how to take care of myself around there later . Korang pun jaga diri baik-baik . Nanti aku mesti rindu celoteh korang . Rindu nak gaduh dengan kau Rid"

"Aku mintak sangat korang jangan bagitahu dekat sesiapa pun . Walau mama dan adik aku sekali pun . Cakap je korang tak tahu" aku beri peringatan sebelum berlepas . Kejap lagi kapal terbang aku pula yang akan berlepas .

"Bye . Jaga diri korang baik-baik". Aku memeluk Iris dengan sangat erat . Mengalir air mata aku bila melihat Iris sudah terlebih dahulu mengalirkan air mata .

Kami berpisah di sini . Aku tinggal semua kenangan yang berada di Malaysia . Aku yakin aku sudah fikir sehabis-habisnya untuk pergi ke Newyork . Dan keputusan aku muktamad .

***

Pagi itu , Tiara turun ke dapur . Tapi yang hairan , selalunya kakak akan turun dulu dari dia . Tapi pagi ni mama je yang ada .

"Mana kakak ma ?"

"Dalam bilik lagi kot . Adik panggilkan kakak" mama menyuruh Tiara sambil tangan menuangkan air teh panas ke dalam cawan

Tiara bergegas menuju ke bilik Aleeya . Tiara mengetuk pintu bilik sebelum masuk ke dalam .

"Kakak , mama panggil suruh turun makan" Tiara memanggil sambil tangan sudah memulas tombol pintu .

"Aik . Mana kakak ni ? takkan mandi lagi kot"

Tiara melangkahkan kaki ke bilik mandi , tapi tak ada pula dengar air mencurah tanda sedang mandi .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now