"Aku tak tahu nak jumpa diorang bila. Kau rasa bila masa yang sesuai" Suara Eva yang berada dihujung talian itu kedengaran sedikit mengeluh
"Anytime. Asal jangan time aku nak beranak sudah. Aku teringin sangat nak jumpa bakal adik ipar aku tu" Aku berkata sambil mengunyah kuaci yang tersedia berada di sisi aku
"Tak ada la sampai time tu. Kau beranak pun lambat lagi kan. Cuma si Iris tu je yang dah tak lama" Aku termenung seketika sambil memandang pintu rumah. Mana la si encik suami ni tak balik-balik lagi
"Lee, kau dengar tak aku cakap ni" Suara Eva sudah seperti menahan marah. Aku pula baru tersedar dari lamunan
"Tak. Tak dengar. Dah lah Eva nanti aku call balik. Aku nak tidur dah lah" Aku lantas menamatkan panggilan tanpa menunggu Eva menjawab salam aku
Aku bangun dari duduk dan berjalan menaiki anak tangga. Baru sahaja sampai di depan pintu bilik tiba-tiba....
Click!
Seluruh ruang rumah menjadi gelap gelita. Aku buka lampu suluh di dalam telefon. Hendak masuk kebilik, lagi la buat aku takut
Akhirnya aku turun semula ke bawah. Aku berjalan perlahan-lahan ke suis utama. Aku suluhkan lampu disitu
Dum!
Terangkat bahu aku akibat bunyi hempasan tersebut. Aku halakan telefon ke segenap ruang tamu
"Abang dah balik ke?" Senyap. Langsung tiada sahutan
"Abang?" Aku memenggil sekali lagi. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga ke pipi. Dah lah gelap gelita. Aku seorang pula tu
"Hishhh! Abang? Kalau dah balik tu, jawab la Leeya panggil" Aku sudah tidak dapat menahan emosi
Aku berjalan perlahan ke sofa. Aku duduk di situ sambil tenangkan diri
"Mbaaa"
"Arghhh!" Aku mengepal buku lima dan tepat mengena ke batang hidung Firas
"Aduhhhh" Tangan Firas naik memegang batang hidungnya sendiri. Seraya itu dia berlalu menekan butang suis rumah
Darah laju mengalir dari hidung Firas
"Eh abang!! Sorry sorry. Ingatkan slow je" Aku memegang kedua-dua bahu Firas
"Takpe sayang. Sikit je ni. Heheh" Firas tersengih menampakkan barisan gigi yang elok tersusun
Aku memandang wajah Firas yang sedang menahan kesakitan itu. Aduhh, rasa macam slow je aku bagi tadi. Tapi takkan la sampai berdarah kutt
"Semua salah abang" Firas yang sedang menyandarkan kepalanya di sofa itu laju memandang ke wajah aku dengan muka yang berkerut seribu
"Kalau abang tak sergah Leeya tadi mesti Leeya tak terkejut. Mesti Leeya tak tumbuk abang dan mesti hidung abang tak berdarah" Firas hanya mampu tersenyum dan mengusap lembut rambut aku
"Ye lah. Abang yang salah" Firas tersenyum. Dia bangun dari duduk dan berjalan menuju ke dapur untuk mengambil minuman dalam peti ais
"SAYANG! sini kejap" Tanpa berlengah aku berlalu ke dapur. Firas berdiri elok di depan tong sampah. Aku pula berasa tidak sedap hati
Terus mata aku membulat. Aku pusing semula ke belakang dan berjalan perlahan-lahan. Risau kalau Firas sedar aku sudah berada di situ
Baru sahaja beberapa tapak aku melangkah,Firas sudah terlebih dahulu memaut pinggang aku
"Sedap betul makan magginya ya. Asal tak ajak, hmm?" Aku menelan air liur kesat. Berdiri habis bulu roma aku sebaik sahaja Firas berkata betul-betul di telinga aku
"Mana ada Leeya makan maggi. Ini kan plastik minggu lepas lagi, cuma Leeya baru berkesempatan nak buang" Aku cuba berdalih dan mencipta alasan. Walaupun alasan aku itu sangatlah tidak masuk akal
"Ouh, macam tu. Lama betul ya bau dia. Minggu lepas sampai ke harini dia bau" Aku tersengih seperti kerang busuk. Wadusss, masala masala
"Ala abang. Bukan selalu pun Lee makan"
"Bukan selalu pun tapi awak tu tengah mengandung"
Aku mencebik bibir. Ini la Aleeya. Buat kerja tak pernah nak clean. Sikit-sikit kantoi
"Leeya lapar. Nak masak nasi, lambat" Aku bermain dengan jari jemari sendiri
"Kenapa tak call abang? Boleh je abang beli makanan dekat sayang. Tu la, abang nak ambil pembantu rumah sayang tak nak. Abang ni tak nak sayang penat"
Firas memegang bahu aku, kami berjalan seiringan ke bilik. Aku duduk di atas katil. Firas capai kain tuala lantas berjalan masuk ke dalam tandas
Aku nyalakan telefon dan menekan aplikasi whatsapp. Terbuntang mata aku bila melihat gambar kekasih Eva. Mashallah, sangatlah aku kenal makhluk allah yang ini
***
Aleesya mengeluh panjang. Segala rancangan yang dia rancang semuanya tak menjadi. Hans pula langsung tak boleh diharap
Dia beri duit suruh buat kerja, tapi pergi dating dengan perempuan lain pula
Aleesya meraup wajah kasar. Gambar Aleeya dan Firas yang sedang pergi membeli barangan baby itu dia tatap sinis
Aleesya langsung tidak tahu yang Aleeya sudah berbadan dua. Masa dia terserempak dengan Aleeya di restoran itu pun, perut Aleeya masih lagi kempis
"Kau ni bodoh jenis apa Leesya. Kau jumpa dia beberapa bulan yang lepas. Sekarang ni mesti la perut dia dah besar" Aleesya memaki diri sendiri
Dia sudah buntu. Telefon yang berada di dalam genggaman dia hempas kuat ke lantai. Habis ranap telefonnya itu
"Eiiiii! Geramnya aku. Mana pulak la jantan tu"
"Sia-sia je aku simpan kau Hans. Ingatkan boleh juga tolong aku. Tapi langsung tak boleh diharap"
Aleesya tersenyum sinis. Dia sudah tidak sabar ingin melihat bahtera perkahwinan Aleeya hancur
Dia nak tengok Aleeya merana. Dan anak dalam kandungannya itu tertanam di tanah
Sudah lama dia menyimpan dendam terhadap perempuan itu. Disebabkan Aleeya jugalah hubungan dia dan Firas terputus
Aleeya dari dulu lagi menyusahkan hidupnya. Dia akan buat Aleeya menyesal. Dia akan pastikan dendamnya juga terbalas
"Kau tunggu nasib kau Aleeya. Kau memang takkan terlepas kalini"
Aleesya ukir senyum puas ...
***
Firas membongkokkan sedikit tubuh. Dia menolak bola snooker itu masuk ke lubang tersebut
"Macam mana?" Firas bertanya tanpa berpaling ke arah Theo. Matanya hanya fokus ke bola snooker didepan mata
"Aku dah suruh budak-budak aku ikut mereka berdua. Sedikit sebanyak ada la info yang mereka beritahu. But it's still not enough"
Firas bercekak pinggang. Kayu yang sama tinggi dengannya itu dia pegang di sisi. Wajah Theo dia tenung dalam-dalam
"So, apa rancangan kau kalini Fir?" Theo pula hanya menyandarkan tubuh di dinding tersebut. Dia senyum senget ke arah Firas
"It's okay. Kita tunggu dan lihat apa yang dua ekor tu nak buat" Firas berkata sambil meniup hujung kayu tersebut
"Sekarang mereka sedang bergendang kita yang ikut tari. Tak lama lagi, kita bergendang mereka pula yang menari"
Theo dan Firas saling bertatapan. Masing-masing menayang riak wajah sinis
Firas sudah mula menyusun strategi, cuma dia mahu melihat sejauh mana Aleesya dan Hans ingin bermain dengan api
'Ini Muhammad Firas, Aleesya. It's not easy for you to drop me. What you give, you getback' Firas berkata sinis di dalam hati. Perlahan-lahan dia ukir senyum sinis
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...