CKT 40

1.2K 37 0
                                    

Aku duduk di gazebo halaman rumah. Langit yang cerah itu aku tenung lama. Senyuman manis teru inkir di bibir

"Mama dah nak dapat cucu ni. Adik dah nak ada anak saudara ni dik. Tapi tu la mama dengan adik tak dapat nak dukung anak kakak ni kan" Air mata sudah bertakung di tubir mata. Perut yang sudah kelihatan itu, aku usap perlahan

"Berat menanggung rindu ni kan ma" Aku tundukkan kepala dan akhirnya air mata jatuh juga

Bahu aku diusap perlahan dari belakang

"Rindu pada yang telah tiada ni memang sakit. Tapi kita kena kuat"

Aku sembamkan wajah ke dada bidang milik Firas

"Leeya rindu bang" Teresak-esak aku menangis di dada Firas. Perlahan-lahan juga tangannya naik menggosok ubun-ubun kepala aku

"Abang faham apa yang sayang rasa. Abang pun pernah ada di tempat Leeya, sayang. Kita yang hidup ni teruskan hidup dan sentiasa berdoa pada mereka semoga tenang di sana ya sayang"

Firas memegang dagu aku lalu diangkat perlahan-lahan

"Sabar ye sayang. Leeya kan ada abang. Abang akan ada disisi Leeya sampai bila-bila"

Senyum manis terukir indah diwajah itu. Mata aku tidak lepas dari memandang seraut wajah suami aku itu

Pipi aku diusap perlahan oleh Firas

'Ya allah, hanya ini yang aku punya ya allah. Kau kekalkan hati kami untuk terus menjadi satu. Jangan lah ada sedikit pun rasa untuk kami saling meninggalkan. Dia suami aku dan aku isterinya' Aku berdesis di dalam hati

Dan kepala aku sandarkan di bahu milik Firas. Langit yang cerah itu aku tatap bersama dengan linangan air mata

***

"You pergi mana, Hans?" Aleesya yang sedang duduk di kerusi itu semakin bengang dengan perangai Hans. Lelaki itu selalu sahaja hilang. Bila panggil tidak menyahut, itu bermakna dia sudah keluar

"I keluar pergi jumpa kawan kejap. Banyak projek nak kena urus" Kemeja yang berada di tubuh dia tanggalkan, lalu dicampak ke atas katil. Aleesya yang berasa di sisi, dia tidak hiraukan

"Lelaki yang teruk macam you ni pun orang boleh harapkan untuk bekerja? I tengok bukan macam baru lepas balik kerja je"

"Habistu you nampak I baru lepas balik dari mana?"

"Macam baru lepas balik dari menggatal dengan perempuan. You kena ingat Hans, duit yang I bagi dekat you tu bukan untuk happykan diri you. You kena ingat dengan plan kita sekali"

Hans mengeluh perlahan

"I tahulah. Tak payah nak cakap banyak kali. You bukannya isteri I nak kena nasihatkan I" Aleesya yang berada di sebelahnya itu dijeling tajam

Kadang dia juga serabut dengan perangai Aleesya itu. Dia layan gadis itu pun, bukannya melibatkan perasaan. Segalanya hanyalah kerana duit. Sampai masanya nanti, dia juga akan putuskan hubungan mereka itu. Aleesya itu pun sudah tiada daranya lagi. Jadi tidak perlulah disimpan lama

"Memanglah I ni bukan isteri you. Tapi I ni sayangkan you Hans"

"Sayang? Masa you dengan I pun dah berapa ramai jantan you layan. I ni pun entah yang keberapa. Bidan pun tiap kali nampak je muka you, dia dah tahu yang you ni nak gugurkan budak" Hans berkata dengan sedikit kasar

"Budak yang I asyik gugurkan tu bukannya anak orang lain. I tak pernah pun layan lelaki lain sampai ke atas katil kecualilah you. You lelaki pertama yang sentuh tubuh I"

Hans hanya menayang riak wajah menyampah

"Plan apa yang you cakap tadi?" Aleesya palingkan wajah ke arah Hans yang sedikit kebingungan

"Ish! Plan kita untuk perempuan tu la. Buat-buat bodoh pulak" Aleesya nampak sedikit sebal dengan reaksi Hans itu. Kuat sangat layan perempuan sampai kan rancangan mereka itu sendiri pun boleh dilupakan

"You dah fikir masak-masak ke Leesya? I takut you menyesal je nanti"

"Bila I dah suarakan benda ni, itu bermakna I memang dah yakin dengan keputusan I. Faham?"

"I don't care. Cuma you jangan menyesal je nanti. I rasa you kenal siapa Theo dan Firas kan?" Hans palingkan semula wajah ke televisyen

Bukannya Aleesya tidak kenal siapa abang dan adik iparnya itu. Dua manusia itu kalau sudah melukai orang yang mereka sayang, pasti akan dicari sehingga ke lubang cacing

Sementara Aleesya pula sudah tidak pedulikan semuanya. Apa saja yang Firas ingin lakukan terhadapnya dia sudah tidak peduli. Asalkan rancangan dia kalini berjaya. Dia sudah tidak sabar ingin melihat detik kehancuran hidup Aleeya

'Kau tunggu Leeya. Malaikat maut tengah tunggu kau' Hati Aleesya berdesis kasar. Kalau Aleeya berada di depan mata, dia pasti akan ketawa sekuat yang mungkin pada wanita itu

***

"Dah besar perut menantu umi ni. Leeya sihat?" Umi mengelus lembut perut aku yang sudah memboyot itu. Kebetulan Firas cuti, jadi kami pun bertolak pulang ke rumah Umi. Sudah lama aku tidak melawat ibu mertua aku itu

"Alhamdulillah, Leeya sihat je. Cucu Umi ni pun makin lasak je" Aku ukir senyum tipis pada Umi. Firas dan Ayah sedang rancak berbual. Aku semakin gembira melihat mereka begitu. Inilah detik yang Firas nantikan

Aku tahu Ayah masih sayangkan anak sulungnya itu. Cuma dia terlalu ikutkan ego yang tinggi itu

"Berapa lama Fir balik?"

"Seminggu je yah. Ni pun Fir ambil cuti sebab dah lama tak balik. Dah lama sangat rasanya Fir tak datang tengok Umi dengan Ayah"

Firas mengusap bahu aku. Aku pula hanya tersenyum

Aku pun dah bosan duduk di rumah. Hendak keluar pun Firas tak izinkan. Katanya kalau hendak keluar perlu bersama rakan-rakan aku. Tapi mereka pula sibuk dengan kerja dan rumah tangga masing-masing. Aku pula hanya melekap saja di rumah. Nak pergi kerja pun, aku dah lama berhenti

"Lagipun kalau Leeya duduk sini, boleh juga Leeya borak dengan Umi. Firas ni asyik kerja je. Balik pun lewat malam. Tinggal Leeya sorang je dekat rumah" Aku mengerutkan wajah. Tidak ubah gaya seperti anak kecil yang sedang mengadu pada ibu

"Abang nak carikan pembantu rumah, sayang taknak"

"Kamu ni Fir. Lain kali tinggalkan je lah Leeya dekat sini"

Aku menjegilkan mata ke arah Firas. Aku tersenyum kemenangan. Firas menggaru-garu belakang kepala yang tidak gatal. Tidak lama lagi adalah yang membebel sampai seminggu

"Ya lah Umi. Nanti Fir fikirkan ya"

"Jangan fikir lama sangat. Nak tunggu jadi yang bukan-bukan pada Aleeya baru nak buat keputusan? Umi bukannya apa, Umi cuma taknak kamu menyesal di kemudian hari"

Entah kenapa Firas dapat rasakan bahawa ibunya itu tahu sesuatu yang sedang terjadi sekarang. Tapi takkanlah Theo sendiri yang sampaikan berita itu pada ibunya. Dia sendiri kalau boleh tidak mahu ibunya tahu akan masalahnya itu. Dia masih mampu untuk menyelesaikan masalah itu

Dia risau kalau ibunya itu tahu, kemungkinan ibunya akan terbabit sama dengan masalah itu. Dia lebih rela dirinya itu menjadi mangsa daripada orang yang dia sayang menjadi korban

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now