CKT 30

2K 56 5
                                    

Tanah merah itu aku tatap sayu. Aku meletakkan perlahan tangan di atas tanah merah itu. Air mata masih lagi laju turun ke pipi

Dua orang yang aku sayang telah pergi menghadap ilahi. Sudah kembali ke rahmatullah. Aku seperti manusia yang tiada arah tuju

"Ma, nanti mesti kakak akan rindu masakan mama kan. Rindu nak dengar mama membebel" Aku pandang pula kubur di sebelah, kubur arwah Tiara

"Dik, nanti kakak rindu nak gaduh dengan adik. Kakak rindu nak dengar lawak adik. Siapa yang nak backup kakak nanti dik. Siapa yang nak teman kakak nanti dik" Aku seolah-olah bercakap dengan Tiara

"Sayang, jangan buat mereka macam ni. Terima pemergian mereka dengan ikhlas. Abang tak nak tengok sayang macam ni" Firas memegang lembut bahu aku

"Abang, Leeya tak sangka yang mama akan pergi secepat ni"

"Kematian tu tak ada siapa pun yang tahu sayang. Sebagai manusia, apa pun yang terjadi kita kena terima dengan hati yang terbuka. Ini qada dan qadar allah" Aku menyeka air mata. Apa yang dikatakan Firas itu ada benarnya juga. Aku perlu ikhlas dengan pemergian mereka

"Kita balik sayang" Aku berdiri. Lama aku tenung kubur itu. Air mata turun semakin laju pula

Firas memimpin aku untuk ke kereta. Sebaik sahaja kereta yang dipandu bergerak meninggalkan kawasan kubur itu, aku tutup mata. Tidak sanggup untuk aku meninggalkan kubur mama dan Tiara walaupun mereka sudah tertanam di bawah tanah

'Nanti kakak datang lagi' Bisik hati kecil aku

***

Rumah umi dipenuhi dengan ramai tetamu. Ramai yang mengucapkan kata takziah. Aku pula hanya duduk termenung di dalam bilik. Gambar arwah mama dan Tiara aku tenung lama. Kini gambar itu sahaja yang menjadi peneman untuk aku. Setitis demi setitis air mutiara keluar

"Adik cakap adik nak belajar sampai oversea kan dik? Tapi tak tercapai. Kenapa adik tinggal kakak?" Aku cium gambar itu. Aku usap perlahan-lahan gambar arwah Tiara

Dalam gambar tersebut jelas menunjukkan gambar mereka tersenyum riang sewaktu hari raya dulu. Tapi kini semuanya diraikan tanpa mereka

Masih terngiang-ngiang lagi suara mama sedang membebel. Suara Tiara yang sedang ketawa. Tapi semuanya telah tiada

Firas yang berdiri di sebalik pintu turut menangis. Dia tidak sanggup melihat isterinya begitu

"Pergilah ma, adik. Rehat dengan tenang di sana. Tiada lagi derita yang kamu semua kena tanggung. Semoga kita boleh berjumpa lagi disana. Kakak kuat....Kakak kuat" Aku menarik nafas sedalam-dalamnya

"Sayang" Firas muncul dari arah belakang. Pada waktu macam ni dia perlu berada bersama isterinya. Firas mengelap air mata yang berbaki di pipi

"Abang, mama dengan adik dah pergi bang. Leeya tak nak hilang abang lagi"

"Shhh. Apa sayang cakap ni. Abang akan jaga sayang sampai akhir nyawa abang. Abang tak akan tinggalkan sayang walau apa pun yang jadi kecuali ajal yang memisahkan kita"

Aku hanya mampu memandang Firas dengan tatapan kosong

"Abang, Leeya cuma ada abang je. Abang tolonglah jangan tinggalkan Leeya. Leeya dah tak ada sesiapa pun"

"Ye abang janji. Abang tak akan tinggalkan sayang" Aku menyandarkan kepala di bahu Firas. Aku menangis semahu-mahunya disitu

Siapa saja yang kuat bila kehilangan orang yang tersayang. Hari ni aku dah laluinya

Lama-lama mata aku semakin layu. Pelan-pelan mata aku tertutup di bahu Firas. Sempat aku rasakan Firas mencium kepala aku. Dan akhirnya aku terlena di bahu Firas

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now