BAB 29

2.1K 61 3
                                    

Malam itu aku berada di dalam bilik. Firas mungkin berada di ruang tamu bawah. Selesai saja mengalas perut tadi aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Nak rehat kan diri, agak penat harini

"Aduu, esok nak kena masuk kerja dah. Malas betul la" Aku merungut. Cuti kerja aku dah pun habis. Agak-agak kalau minta cuti lagi Firas nak bagi ke?

"Hek eleh kau Lee. Mentang-mentang office husband sendiri, senang je nak cuti. Sikit-sikit sudah ah, lebih-lebih lak" Aku mengomel sendirian

Aku menumbuk-numbuk bantal. Malas nya nak pergi kerja tapi dalam masa yang sama rasa tak sabar nak masuk kerja esok. Arghh! macam-macam la

Tangan aku lantas berhenti bila dengar pintu bilik dikuak. Aku toleh kebelakang. Firas sudah berjalan mendekati aku

"Apa yang membebel-bebel tadi cutie pie, hermm?" Firas merebahkan punggungnya di sebelah aku

"Aabaaaaangggg" Aku sengaja memanjangkan panggilan itu. Sekarang sudah masuk ke dalam bab memujuk

Firas menjongketkan sebelah keningnya kepada aku

"Lee kan malas la nak pergi kerja seb......" Belum sempat aku menghabiskan ayat aku. Firas sudah meletakkam jari telunjuk nya di bibir aku

"No, sayang minta cuti just 2 hari. So cuti sayang dah pun habis esok dah kena masuk kerja" Aku mengerutkan wajah. Patutnya haritu kena tambah seminggu

Firas berlalu ke balkoni apabila telefonnya berdering. Aku hanya memerhati kan sahaja lagatnya itu. Malas ambil pusing aku berlalu pula ke bilik air untuk mencuci muka. Kejap lagi dah boleh lelapkan mata

Firas pula sedang ralit berbual dengan seseorang di dalam telefon. Dia hanya melihat Aleeya dengan ekor mata. Dia hanya tersenyum melihat telatah isteri nya itu

***

Hari ni, aku akan masuk semula ke tempat kerja. Bila pujukan aku langsung tak dapat melembutkan hati Firas supaya melanjutkan cuti aku. Bila difikirkan, okay ke kalau aku berhenti kerja? Jadi suri rumah? Erghh, rasanya tak boleh. Kalau pergi kerja boleh la aku keluar rumah sesekali

Firas masih lagi di dalam bilik. Aku sedang menyiapkan sarapan pagi di dapur

Sudah siap hidangkan sarapan pagi, aku berlalu pula ke bilik ingin melihat Firas. Masuk saja ke dalam bilik aku nampak Firas sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon. Haishh, dari 3 hari lepas lagi asyik bercakap dalam telefon. Lama-lama hati aku meronta-ronta ingin tahu siapa yang ditelefon oleh Firas

Aku mengecilkan mata ke arah Firas. Walaupun dia tak nampak aku tetap tatap dengan pandangan yang was-was

Aku keluar semula turun ke dapur

"Hishh, asyik-asyik dengan telefon je. Tiga hari dah. Pagi petang siang malam telefon tu je dipegangnya. Takkan la Aleesya?" Aku menampar mulut sendiri

"Minta simpang malaikat 44. Tak baik la syak wasangka dekat suami. Dia call client tu"

"At least bagitahu la aku, dia call siapa"

Aku nampak Firas sedang menuruni anak tangga. Mata pula tidak berhenti menatap skrin telefon. Aku tidak lepas memandang Firas

"Morning, cutie pie" Mata masih juga tidak lepas dari menatap telefon. Aku cuba lihat dari ekor mata, malangnya skrin telefon dia terlalu gelap. Habuk pun tadak nampak

"Abang call siapa tadi?" Tanpa berselindung aku ajukan soalan

"Kawan abang. Ada kerja yang nak disettlekan" Aku membulatkan mulut

Geram je aku pandang dia ni. Rasa nak je rampas telefon dari tangan dia. Tapi aku masih lagi sabar. Entah kenapa hati aku kuat mengatakan apa yang dikata oleh Firas tadi tidak benar

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now