Sudah lama aku tinggalkan rumah kami. Akhirnya kami sudah bersepakat untuk pulang ke rumah. Sebelum bertolak tadi macam-macam nasihat yang Umi titipkan pada aku
Aku anggukkan kepala. Firas pula berdiri di sebelah Umi seraya memeluk tubuh. Entah berapa kali dia angkat kening pada aku bila Umi memberi nasihat tadi
Cuma perkara yang paling membuat aku gembira adalah bila Firas dan ayah saling berpelukan. Sebelum ni kemana saja kami ingin pergi dalam tempoh yang lama, tidak pernah mereka berpelukan begitu
Banyak kali aku mengucapkan kata syukur yang tak terhingga. Firas pun nampak gembira daripada biasa
Kereta Firas sudah memasuki perkarangan rumah kami. Aku buka pintu dan memberi salam. Aku terus sahaja berjalan menuju ke bilik
Segala fail milik arwah mama aku keluarkan. Semuanya maklumat berkaitan butik miliknya. Satu persatu aku membuka fail tersebut
Sesekali aku berhenti apabila penat. Panjang aku menghembuskan nafas. Aku mengelus perut
Kalau begini gayanya memang aku akan menghadap benda ni je hari-hari. Penatnya bukan kepalang. Tapi demi menyelesaikan perkara ni, terpaksa juga aku tahan
"Sayang, jangan la paksa diri. Rehat la sekejap" Firas datang dengan membawa secawan air coklat pada aku. Aku senyum seraya mengucapkan terima kasih
Dia mengambil fail yang berada di atas meja itu. Semuanya dia tengok dengan wajah yang tidak beriak
Aku kerling jam di telefon. Tepat pukul lima petang. Mata aku sudah terasa berat semacam. Aku bangun dari kerusi menuju ke katil. Dapat lelap sekejap pun jadila
"Cutie pieee" Firas berjalan juga menuju ke arah aku. Aku angkat kembali muka bila diri dipanggil
"Lepas asar orang dah tak tidur sayang" Aku memuncungkan bibir
"Tadi abang suruh rehat"
"Memang la abang suruh sayang rehat. Tapi jangan tidur waktu-waktu macam ni. Tak digalakkan tidur lepas asar"
"Jom, kita keluar" Wajah aku terus bersinar bila diajak keluar
Firas memandu semula kereta keluar dari perkarangan rumah. Aku bermain telefon. Tapi bila bermain telefon pula, muncul gambar makanan yang mampu membuat aku terliur
Alang-alang dah keluar, Cik Abang pun dah disebelah. So tak salah rasanya bila sesekali aku request nak makan
"Abang" Aku panggil dengan suara yang sedikit polos
"Leeya lapar la. Jom makan"
"Sayang nak makan apa" Firas bertanya
"Sizzling"
"Okey" Ringkas sahaja jawapan Firas. Terus dipecut ke restoran. Wajah aku semakin bersinar
Aku rasa mungkin waktu begini adalah waktu yang sesuai untuk aku bertanyakan tentang kanak-kanak perempuan itu. Mana tahu Firas boleh tolong aku untuk carikan biodata budak tu
***
Kami masih menunggu makanan. Aku pula sibuk menyuruh Firas mengambil gambar. Dah lama tak update ig. Mesti peminat dah rindwu. Ehek, tiberr
Bermacam gaya aku buat. Gayanya semua nampak terlalu sopan dari real life. Aku geli hati sendiri melihat gambar yang baru diambil Firas tadi
Bungkusan plastik yang berwarna putih aku keluarkan
"Abang" Firas mengangkat muka dan menongkatkan muka dengan kedua belah tangannya
"Abang boleh tolong carikan info pasal budak ni? Leeya nak tahu" Aku hulurkan gambar tersebut pada Firas. Dia menyambur dengan kening yang bertaut
Barangkali dia juga hairan
"Budak mama pula ni? Mana sayang dapat?" Banyak pula soalan yang keluar
"Dari almari bilik mama. Abang Firas kalau Leeya tahu tu budak mana, Leeya dah tak minta tolong abang untuk cari pasal budak ni" Aku berkata dengan malas
Dia ni kadang kalau bercakap pun payah juga nak menangkap sesuatu hal
"Nanti abang minta Theo carikan pasal budak ni. Dia pandai la bab mencari ni"
Theo? Abang dia itu? Lama dia tak mendengar khabar. Hari terakhir dia bertemu dengan Theo pun sewaktu hari pengebumian arwah mama dan Tiara. Selepas itu dia langsung tidak bersua muka dengan Theo lagi
Bukannya apa, dia tidak berapa rapat. Aku pun baru tahu yang Theo tu abang kandung aku. Jadi sukarlah untuk aku berbual mesra dengan Theo. Apa-apa hal aku hanya sampaikan pada Firas sahaja
"Abang, Theo tu sebenarnya kerja apa? Dia ni perisik ke?" Aku bertanya. Setiap kali aku minta Firas carikan maklumat, semuanya dia suruh Theo yang tolong carikan
"Entah. Sebab dia pandai cari benda macam tu je, tu yang abang minta tolong dia je selalu" Aku angguk
Tapi apa yang dikatakan oleh Firas tadi hanya lah penipuan bagi aku. Kuat naluri hati ini mengatakan bahawa Firas dan Theo seolah-olah seperti perisik
"Abang nak pergi tandas jap" Firas segera beredar. Aku mengerutkan wajah. Telefon dia berdering tadi kan? Tapi kenapa sampai kena ke tandas jawabnya?
Aku mengangkat kedua belah bahu. Aku sibuk melayari media sosial sementara menunggu Firas dan makanan sampai. Harini pelanggan di restoran itu terlalu ramai. Restoran terkenal, peminat setia pula ramai tambahan pula dengan hujung minggu. Memang akan ramai la
"Hai" Aku angkat kepala bila disapa seseorang. Aku tundukkan kembali. Aku menghela nafas panjang
"Sombong kau sekarang kan" Dia mengambil tempat di hadapan aku. Aku hanya beriak biasa. Kalau dah sejenis yang tak reti bahasa, memang dah tak boleh nak kata apa dah
"Kau kawan aku ke yang kau nak kata aku sombong ni? Nak katakan kenal pun, tak" Aku berkata biasa
Tampak wajah dia sedikit memerah. Menahan marah agaknya. Siapa suruh bermain dengan api?
"Mana Firas?" Aku menjongketkan sebelah kening. Dah kenapa cari laki aku?
"Apa kejadahnya kau tanya laki aku?" Sedikit kasar aku bertanya. Mungkin sebab perubahan hormon ibu mengandung kot
"Aku tanya je yang kau nak marah dah pahal?!" Dia juga tidak beralah
"Itu.Suami.Aku. He's my husband. Only mine!" Nada suara aku tinggi seoktaf. Boleh serabut melayan karenah perempuan ni
"Kau yakin dia milik kau? Entah-entah dia ada melayan perempuan lain lagi. Aku tahu la dia macam mana. Luar dalam dia semua aku tahu" Terus pipi Aleesya mendapat tamparan dari aku. Tidak lah kuat mana, sebab aku sedar kami di tempat awam
"Kalau tak boleh terima Firas dah jadi hak aku. Tak perlu la sampai nak fitnah dia. Walaupun Firas dengan kau tak ada ikhtilat langsung dulu. But, i know him. Dia takkan buat benda terkutuk tu la. Lain la kalau kau" Aku menambahkan lagi rasa panas di hati Aleesya
"Kau kalau bercakap langsung tak bertapis kan?"
"Dengan kau je" Aku abaikan semula Aleesya di hadapan aku. Telefon yang berada di tangan aku tatap kembali
"Kau buat apa dekat sini Leesya?" Firas bertanya sekembalinya dia dari tandas. Wajah Aleesya dia tenung tajam. Ada dendam yang tidak dilepaskan ke?
"Tadi I nak beli makanan. Lepastu nampak Aleeya dekat sini tu yang I jumpa dia kejap. Kan Leeya?" Eiiii, ya allah! Munafiknya perempuan ni. Bibir atas aku angkat tanda meluat dengan tingkah Aleesya itu
"Abang tadi kan Leesya cakap dia pernah tengok dalaman abang" Sedikit polos aku berkata. Aleesya yang berada di hadapan itu sudah seperti ayam berak kapur. Aku menahan lucu melihat reaksi Aleesya
"You, I balik dulu tau. Bye" Laju dia berdiri dan bergegas berjalan keluar dari restoran itu. Tahu takut. Dia ingat dia siapa
Aku tersenyum puas. Waiter di restoran itu meletakkan makanan yang telah dipesan tadi. Aku makan dengan begitu berselera. Firas pula tidak lepas telefon dari tangannya
Aku biarkan sahaja. Selagi tembok kesabaran aku kukuh, aku sabar. Jika sudah roboh, maknanya Firas perlu get ready untuk menahan telinganya nanti
Easy....
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...