CKT 12

3.4K 116 3
                                    

Malam itu aku hanya berehat di bilik . Seharian aku keluar bersiar-siar bersama Adib . Esok mungkin aku tak keluar dah kot . Penat sangat harini . Adib pun dah kena kerja esok .

Aku tatap skrin telefon , jam sudah menunjukkan pukul 12 malam tapi mata aku masih lagi tak mengantuk . Tiba-tiba otak aku pergi teringatkan apa yang jadi pada aku dan Firas . Hubungan aku dan Firas menjadi renggang akibat satu masalah .

Disebabkan masalah itu jugalah aku bawa diri ke Newyork . Mungkin sekarang ni pun dia tak cari aku . Dia tengah happy lagi dengan Aleesya . Ye la berapa bulan je lagi nak jadi suami orang . Aku termenung mengenangkan nasib diri . Setitis air mutiara jatuh ke pipi .

"Rindu kau Fir . Tapi kau rindu ke dekat aku ? . Mesti tengah happy nak siapkan barang kahwin kau kan ? . Sorry Fir . Aku tak boleh pergi majlis kahwin kau nanti . Kalau aku tak pergi pun tak beri kesan apa-apa pun dekat kau kan ? Ye la kau taknak tengok muka aku dah . Kau dah benci aku" . Aku hanya mampu menangis dalam diam .

Kenapa kena macam ni ? . Aku dan Fir dah kawan lama sangat . Tiba-tiba pulak jadi macam ni . Aku bangun dari kerusi di balkoni , aku tutup pintu dan melangkahkan kaki ke tilam . Aku merebahkan diri ke atas tilam . Aku menyeka air mata yang turun . Aku kesini untuk lupakan masalah , tenangkan fikiran . Bukan untuk ingatkan diri dia balik .

Dengan perlahan-lahan mata aku tertutup . Akhirnya aku terlena dibuai mimpi . Tanpa sedar ada seseorang yang sedang tersenyum ketika melihat aku di balkoni .

***

8 bulan berlalu . Aleeya masih lagi belum pulang . Hati Puan Maztura masih lagi tidak tenang bila masih lagi tidak mendapat khabar berita dari anak daranya seorang itu .

Puas Tiara mendail nombor tersebut . Tapi langsung tak diangkat . Dalam tengah ralit Puan Maz termenung . Tiba-tiba ada tetamu datang .

"Assalamualaikum Maz" Puan Rosnah datang ingin melawat Puan Maztura . Dia mendapat tahu yang Puan Maz tidak makan sudah beberapa hari kerana risaukan Aleeya .

"Waalaikumusalam . Masuk lah Ros , Firas" Puan Maztura mempelawa tetamunya itu untuk masuk .

"Duduk la . Adik tolong buatkan air" Puan Maztura memberi arahan kepada Tiara .

"Aku datang ni nak jenguk kau . Tiara cakap kau dah lama tak makan . Makan la sikit nanti kalau sakit perut susah . Nak ke Aleeya balik tengok kau sakit ?" Puan Rosnah cuba memujuk . Dia pun tak sampai hati tengok sahabat baiknya dalam keadaan seperti itu .

Puan Maz memandang Firas yang dari tadi hanya menjadi pendengar . "Fir tak cuba call Leeya ?" Puan Maz cuba bertanyakan keadaan Leeya pada Firas . Kerana dia tahu Leeya sangat rapat dengan Firas berbanding dengan kawan dia yang lain .

Tiara datang membawa dulang berisi air teh .

"Kalau adik call tak dapat , abang Fir lagi la ma . Kakak kan gaduh dengan abang Fir . Mesti la dia tengah merajuk dengan abang Fir sekarang ni" . Tiara ni kalau bercakap , mulut tak pernah nak ditapisnya . Cakap main lepas je .

"Fir minta maaf Cik Maz . Semua salah Fir . Kalau Fir tak naik tangan dekat dia malam tu . Mungkin benda ni takkan terjadi" Firas memohon maaf . Tiara yang berada disitu membuat muka loya mendengar peermohonan maaf dari Firas . Puan Maz mencubit paha Tiara agar jaga adab .

"Pergi sambung buat kerja adik" Puan Maz berkata dalam nada berbisik . Tiara terus angkat kaki dan naik ke bilik .

"Dah salah tu salah je la . Nak minta maaf pulak" Tiara berkata seiring dengan kaki yang sudah melangkah menaiki anak tangga.

"Cik Maz minta maaf ye . Tiara perangai dia memang macam tu" . Puan Maz memohon maaf bagi pihak Tiara . Risau kalau Puan Rosnah terasa hati dengan kata-kata Tiara .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now