CKT 4

2.9K 129 1
                                    

Aku terus mengangkat kepala melihat ke hadapan sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Firas parking dihadapan kedai Christian Dior . Lelaki ni kalau nak beli barang untuk kekasih hati bukan murah-murah harga mesti ribu raban .

"Kau ni memang tak reti nak turun ke ?" aku terus membuka pintu dan keluar dari perut kereta . Aku hanya mengikut Firas dari belakang . Dah dia yang nak beli barang kan . Takkan la aku pulak yang nak kena sibuk kehulu hilir nak cari barang .

"Tolong aku pilih beg ni , aku tak pandai sangat nak pilih beg untuk perempuan" Firas berkata sebaik sahaja melihat aku seperti tunggul di belakang .

"Kau ni pun satu hal . Dah tahu nak beli barang untuk awek kau , asal tak bawak je dia . Suruh dia pilih sendiri ?" aku membebel . Mana taknya dia yang nak beli barang untuk Aleesya aku pulak yang nak kena pilih .

"Leesya tak ada dekat sini , dia dekat oversea . Aku nak buat surprise dekat dia bila dah sampai sini nanti"

"Beg warna hitam ni lawa . Sesuai rasanya dengan dia" aku berkata sambil tangan sibuk meneliti beg itu .

Tanpa berkata apa-apa Firas terus mencapai beg itu dari tangan aku dan pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran . Aku pula sibuk meneliti Firas dari atas sampai bawah . Simple but handsome .

Dia makin kacak bila mengenakan T-Shirt putih , seluar jeans hitam dan kasut nike . Dah macam lelaki melayu terakhir je aku tengok . 'Haishh tak baik Leeya . Boyfriend orang tu' aku mengingati diri sendiri .Sibuk layan perasaan sendiri nanti , tak pasal-pasal aku pula yang dicop peny0ndol .

Keluar sahaja dari kedai handbag jenama tersohor , Firas terus ajak aku ke restoran . Jam dah pun menunjukkan masuk waktu tengahari , perut pun dah berbunyi tanda tiba waktu untuk makan . Aku terus setuju .

"Asal kau tak tunggu je Leesya balik ? boleh beli barang sekali dengan dia . Korang pun boleh la dating sekali" . Akhirnya ! keluar juga soalan yang telah lama bermain di benak fikiran aku .

"Dia balik nanti aku terus nak surprisekan dia beg ni . Aku nak sambut hari lahir dia . Sebab tu aku beli awal" Firas menjawab sambil mata sibuk memerhatikan skrin telefon .

"Bestnya kalau aku ada dekat tempat Leesya" . Laju kepala Firas memandang aku dengan dahi yang berkerut .

"Kalau kau dekat tempat Leesya ? maksud kau ?"

"Encik Firas , bukan kau tak tahu aku suka dekat kau . Tapi kau yang tolak mentah-mentah" . Terus aku teringat saat aku meluahkan rasa cinta aku pada Firas . Seingat aku waktu itu aku baru berusia 19 tahun . Setahun masa berlalu sekarang aku dah pun 20 tahun . Tapi Firas menolak atas alasan dia sudah ada kekasih . Sedih rasanya bila ditolak oleh crush sendiri . Namun yang paling aku risaukan bila dah confess takut aku dan Firas tidak bertegur sapa . Rupanya aku dan dia masih serapat dulu .

"Siang malam aku berdoa supaya aku dijodohkan dengan kau . Supaya nanti kau yang jadi imam aku" . Aku sendiri terkejut bila meluahkan apa yang aku lakukan untuk mendapatkan dia .

"Daripada aku kahwin dengan kau , baik aku kahwin dengan orang gila tepi jalan tu"

"Lantak la sana . Kalau kau taknak kahwin dengan aku pun , ada ramai je lelaki yang nak dekat aku . Tapi aku tetap nak kau" . Tadi cakap nak Fir jadi jodoh kau sekarang tak kisah . Mana satu la kau nak ni Leeya ?

"Tak payah nak dekat aku . Aku ni dah ada awek , saje je la nak bagitau"

"Aleeya Batriesyia ni tetap tunggu jejaka hati dia Muhammad Firas bin Megat Mikael" . Eh eh Aleeya . Berani nya kau cakap macamtu dekat boyfriend orang . Ni kalau awek dia tahu mampus kau Leeya . Kompom kepala berpisah dari badan .

"Tunggu la kau sampai ke tua . Biar jadi anak dara tua , tak ada siapa pun nak" . Dia nak kata aku tak laku ke apa ? . Suka hati mak nenek dia je cakap aku macamtu .

Malas hendak melayan . Aku diamkan diri sambil menikmati makanan yang aku pesan tadi , tanpa hiraukan Fir yang sedang leka mengetik skrin telefon . Tengah mesej kekasih hati agaknya .

Tanpa aku sedar hati sendiri sudah berduka melihat kekasih hati bersama dengan orang yang dia cintai . Andai aku orang yang berada di hati Firas , tentu aku manusia yang paling beruntung .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now