Sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan rumah , aku membayar tambang dan terus keluar dari perut kereta . Sampai sahaja di depan pintu aku memberi salam dan terus masuk kedalam rumah .
"Kakak dah balik ? . Mama tak dengar bunyi kereta pun" mama bertanya dengan dahi yang berkerut . Hairan kerana tidak mendengar enjin kereta aku rasanya .
"Kakak balik naik teksi . Kereta rosak . Fir cakap nanti dia tolong panggilkan pomen" aku menjawab apabila sudah merebahkan diri di atas sofa . Penat sangat hari ni .
"Kenapa tak balik dengan Fir ? . Takpun call je mama , boleh mama pergi ambik kakak"
"Dah nak masuk kereta Fir tadi . Tapi tengok ada Aleesya , terus terbantut niat"
Mama hanya menanggukkan kepala . Aku terus meminta diri untuk naik ke bilik . Sampai sahaja di bilik aku ambil telefon di dalam beg untuk mengecas . Nyala sahaja telefon aku hairan melihat lima panggilan yang terlepas dari Firas .
'Dah kenapa pulak ni . Dah tahu fon aku habis bateri call jugak' aku mengomel dalam hati . Entah kenapa rasa panas pulak hati bila tengok nama si Fir ni . Mungkin sebab nampak Aleesya dalam kereta tadi kot .
Malas hendak melayan , aku terus capai kain tuala dan menuju ke bilik air . Baru sahaja kaki hendak melangkah masuk ke dalam bilik air , telefon aku berdering tanda ada seseorang call . Aku melihat gerangan mana yang telefon aku . Aku terus melompat girang bila nama si pemanggil adalah Firas . Tanpa menunggu waktu yang lama terus aku tekan punat hijau .
"𝘏𝘦𝘭𝘭𝘰" - Leeya
"𝘒𝘢𝘶 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢" - Firas
"𝘈𝘬𝘶 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 , 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘯𝘥𝘪 . 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘤𝘢𝘭𝘭 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 ? . 𝘕𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘴𝘪 𝘓𝘦𝘦𝘴𝘺𝘢 𝘵𝘶 𝘮𝘢𝘳𝘢𝘩" - Leeya
"𝘒𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘦𝘴𝘰𝘬 𝘱𝘰𝘮𝘦𝘯 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬" - Firas . Dia hanya menjawab pendek tanpa berselindung sebab apa dia menelefon .
"𝘖𝘬𝘦𝘺" - Leeya .
"𝘌𝘴𝘰𝘬 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘯𝘢𝘪𝘬 𝘢𝘱𝘢 ?" - Firas
"𝘈𝘬𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘫𝘦 𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘬 . 𝘛𝘢𝘬𝘱𝘶𝘯 𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘮𝘢𝘮𝘢 𝘩𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯" . Banyak pulak tanya mamat ni . Tau la aku nak buat macam mana .
"𝘌𝘴𝘰𝘬 𝘢𝘬𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳" - Firas
"𝘛𝘢𝘬𝘱𝘦 , 𝘵𝘢𝘬𝘱𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘴𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘳𝘪 . 𝘈𝘬𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪" Aku menolak pelawaan Firas . Malas nak layan sangat .
"𝘋𝘢𝘩 𝘭𝘢 . 𝘉𝘺𝘦 . 𝘛𝘩𝘢𝘯𝘬𝘴 𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘯𝘨𝘨𝘪𝘭 𝘱𝘰𝘮𝘦𝘯" aku terus tutup panggilan malas nak bercakap panjang sangat dengan Fir .
Aku terus melangkahkan kaki untuk ke bilik air .
***
Selesai saja menunaikan solat maghrib aku turun ke bawah untuk menghidangkan makan malam .
"Adikk . Turun makan" aku menjerit . Malas nak naik tangga ketuk pintu bilik Tiara .
"Aku ingat kan gempa bumi tadi . Rupanya suara kau kak" . Aku jeling Tiara sekilas .
Dalam tengah ralit , aku terlanggar bucu meja . Aku mengaduh kesakitan .
"Ishh . Meja ni pun , kalau aku baling pecah , rugi je" aku memarahi meja yang tidak hidup itu . Padahal sudah terang lagi bersuluh semua itu salah aku .
"Tak perlu nak marah meja tu kak . Bukan salah dia , salah kakak"
'Dah kenapa pulak dengan anak dara aku sorang ni ? . Masalah apa pulak la yang tengah hadap' desis hati mama . Pelik je perangai dia harini . Badmood je memanjang . Tadi marah remote tv sebab jatuh dari meja . Padahal terang-terang benda tu tak hidup .
Waktu tengah makan , aku tidak berselera untuk makan . Padahal hidangan malam ni , makanan kegemaran aku , ikan patin masak tempoyak .
"Kenapa tak makan kak ?" Tiara bertanya bila tengok aku hanya menguis nasi didalam pinggan .
"Ni tak ada hal lain mesti sebab tengok si Aleesya dalam kereta dengan Fir tadi"
Aku terus pandang mama dengan muka sedih . Pandai pun mama teka . Mana tak sedih , dia pelawa aku naik kereta tapi ada buah hati dia .
"Sudah la kak . Dah tahu Firas dah berpunya kakak tetap nak dekat dia . Yang sakitnya hati kakak . Jangan jadi orang ketiga kak . Jangan musnahkan hubungan orang" mama menasihati aku . Aku tahu Firas sudah berpunya , tapi waktu yang aku tunggu dia bukan sekejap . 6 tahun aku tunggu dia . 6 tahun aku tunggu cinta dia . Tapi waktu aku meluahkan perasaan itu la aku baru tahu yang Fir sudah berpunya .
***
Usai makan tadi aku terus naik ke bilik . Tak berapa ada mood nak bercakap dengan orang . Kalau aku bercakap dengan orang nanti , confirm orang tu yang aku marah .
Aku tersedar dari lamunan bila mendengar pintu bilik diketuk .
"Masuk la . Pintu tak kunci pun" aku menjawab tanpa memandang ke arah pintu bilik . Tiara masuk dengan senyum lebar .
"Haih merajuk dengan pujaan hati ke kak ?"
"Kau kalau datang nak sakitkan hati . Baik kau keluar sebelum bantal busuk aku nanti aku baling kena muka kau" . Sakit je hati dengan soalan si minah ni .
"Sorry sorry . Adik datang nak cakap lembut-lembut"
"Nak cakap apa ? . Cepat sikit mata aku dah mengantuk"
"Esok mama hantar akak pergi kerja . Alang-alang dia nak singgah terus rumah Cik Ros" sambung Tiara .
"Herm okay . Dah keluar , aku nak tidur" aku menolak tubuh Tiara perlahan . Perlahan-lahan Tiara bangun dari katil aku . "Tidur la kak . Lupakan masalah kau dengan dia harini" Tiara berkata sebelum meninggalkan bilik aku .
Tertutup sahaja pintu bilik , aku membuka semula mata . Dalam diam hati aku menangis . Kenapa aku masih tunggu dia , sedangkan aku tahu dia dah berpunya ? . 'Cukup la sakitkan hati sendiri , Leeya . He is not for you . Go on living without him . Dia tak kisah pun la pasal perasaan kau , kau tunggu dia ke , kau sayang dia ke . Dia tak peduli pun semua tu' aku mengingati diri sendiri .
Dalam tengah sibuk berbual sendiri , akhirnya aku sudah terlena dibuai mimpi .
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...