Malam itu aku membantu mama untuk siapkan makan malam kami . Mama nampak ceria sangat malam ni . Mungkin sebab lega tengok anak dara dia dah balik .
"Sedapnya bau . Sampai ke bilik baunya" Tiara datang menegur selepas selesai solat isyak .
"Kakak yang masak mestila sedap" aku sengaja memuji diri sendiri .
"Tengok pulak siapa yang ajar"
Aku makan dengan berselera . Sampai bertambah nasi . Lama aku tak rasa masakan mama . Bila dah ada macam ni memang bertambah , 2 pinggan nasi aku makan .
Selesai makan malam , kami menonton tv bersama . Aku tersenyum lebar . Akhirnya lepas rindu aku pada mama dan Tiara . Rindu sangat dekat diaorang .
"Kakak kerja ke esok ?" Mama bertanya , seketika hilang lamunan aku .
"Tak . Kakak dah berhenti sebelum ke sana haritu" aku menerangkan pada mama . Mana la aku nak cari kerja ni . Kalau masuk kerja situ pun belum tentu bos akan ambil balik .
"Kakak pergi la minta kerja dekat RosMi Holding . Situ dia nak kan pekerja baru . Esok bawak resume semua" . Mama memberi cadangan kepada aku . RosMi Holding ? Syarikat siapa pulak ? . Tak pernah dengar pun sebelum ni .
Tak apa aku cuba . Mana tahu rezeki aku dekat situ .
***
Pagi itu aku bersiap siap untuk memohon pekerjaan baru . Aku hanya mengenakan baju kurung kelabu dan tudung bawal berwarna hitam . Aku bawa semua resume yang diperlukan
Sebelum keluar aku bersalam dengan mama seperti biasa . Aku pergi ke garaj kereta . Harap kereta aku masih hidup la . Berbulan aku tinggal entah hidup entah tidak . Aku masukkan kunci dan nyalakan enjin . Alhamdulillah nasib masih hidup .
Terus aku pecut kereta keluar dari perkarangan rumah . Sampai sahaja dia Syarikat yang disebut mama semalam . Aku terus berjumpa dengan pekerja di situ . Katanya tingkat 8 . Benda paling malas sekali bila kena naik lif .Memang benda tu bergerak sendiri . Tapi nak kena tekan-tekan tu aku malas . Sebaik sahaja lif berhenti aku keluar bertemu dengan penjaga di kaunter tersebut .
"Maaf menggangu . Boleh saya jumpa dengan bos disini ?"
"Boleh saya tahu Cik siapa ?"
"Nurul Aleeya Batriesyia binti Al-Haj" aku memperkenalkan diri kepada pekerja yang bernama Ainun itu . Rasanya la sebab tengok di nametag tulis macam Ainun.
"Baik Cik boleh duduk dekat kerusi tu dulu . Saya masuk beritahu bos dulu"
Aku menunggu . Sambil tengah memerhati Ainun menyapa aku semula .
"Cik boleh masuk dekat bilik tu ya . Bos dah nak jumpa" Ainun tersenyum mesra pada aku . Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu ke bilik yang ditunjukkan Ainun tadi .
Aku tidak nampak siapa yang berada di kerusi . Macam mana nak tengok dia duduk menghadap rak buku di belakang .
"Ni resume saya , Encik"aku meletakkan fail yang mempunyai segala kertas keperluan untuk memohon kerja . Tapi langsung dia tak pusing kan badan nak menghadap aku . Insecure ke ?
"Saya taknak tengok resume awak . Saya nak awak terus kerja harini" . Hah ? berkerut dahi aku . Tak nak tengok resume , macam mana nak tahu aku layak atau tak ? .
"Takkan la , Encik taknak tengok langsung ?" aku bertanya untuk mendapat kepastian . Risau kalau aku salah dengar .
"Awak terus masuk kerja mulai harini . Do you understand ?" habis saja berkata . Dia terus memusingkan badan . Dan aku juga hampir pengsan . Tapi takpe kan kalau aku pengsan pun ? .
"Kau ?" Suara aku agak meninggi tapi masih boleh dikawal . Patut la mama nak aku minta kerja dekat sini . Ada si Fir rupanya . Adui lah . Macam mana aku nak kena hadap muka dia hari-hari nanti ?
"Yes me . I'm your bos right now"
"Kalau kau bos aku . Aku lagi rela kerja dekat butik mak aku sendiri la daripada nak kena hadap muka kau hari-hari" aku membuat muka menyampah . Geram je tengok muka dia ni . Ikutkan hati nak je aku ambil pasu bunga tepi meja tu baling dekat dahi dia sampai berdarah . Tapi aku masih waras , masih ada rasa kesian .
"Kau dah diterima . Jadi kau kena kerja dekat sini" . Huh ! . Tadi bukan main berawak saya . Sekarang berkau aku dah ? . 'Eh ! apa kau kisah sangat Aleeya . Mamat macam ni memang patut pun bercakap kau aku dengan kau . Dia kan dah kahwin' aku warning diri sendiri . Risau kalau jatuh cinta sekali lagi . Aik aku dah betul-betul move on ke ?' aku berbicara sendiri di dalam hati .
"Jom aku nak kenalkan kau dengan staff lain"
"Taknak . Aku taknak kerja dekat sini . Aku nak balik" laju aku mencapai fail di atas meja . Belum sempat aku sampai di depan pintu Firas sudah memegang tangan aku .
"Kalau kau tak kerja dekat sini , aku susahkan hidup kau" suara hanya biasa tapi jelas berbaur ugutan . Air liur terasa kesat untuk ditelan . Aku menatap Firas dengan wajah yang sudah memerah . Sebenci mana pun aku pada dia . Tapi ugutan dia jangan di ambil ringan . Kalau langgar je arahan dia siap la . Bak kata Rid 'bulu roma pun malu nak tumbuh semula'
Akhirnya aku mengikutinya dari belakang . Firas duduk didepan untuk memberitahu kepada semua pekerjanya
"Attention please . Hari ni kita ada staff baru his name Nurul Aleeya Batriesyia Al-Haj . You guys can call him Leeya . teach her what he should know. Yang lelaki jangan gatal sangat"Kenapa ayat last macam bunyi-bunyi jealous je . Ish kau ni Leeya berangan je lebih . Dia pun dah ada tunang .
Aku mengambil tempat di meja kosong yang disediakan khas untuk pekerja baru . Disebelah kanan dan kiri aku adalah perempuan . Senang sikit nak berurusan kalau macam ni .
"Hai Leeya . My name is Ananda Rinasha . You can call me Nasha " perempuan yang berada di sebelah kanan aku memperkenalkan diri . Aku menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan dia .
"A very beautiful name. Just like his master" aku memuji . Memang Nasha ni sangat cantik . Tudung pun labuh menutupi dada . Aku pulak tudung masih lagi di atas . Insecure pulak aku .
"Dah lah tu Nasha . Aku pulak . My name Eva Damia . Panggil je Eva" perempuan di sebelah kiri aku pula memperkenalkan diri . Eva pun tak kurang cantiknya . Rambut ikal mayang , kulit putih kemerah-merahan . Pertama kali berkenalan dengan Eva dan Nasha memang menyenangkan aku .
"I hope you are both comfortable with my arrival. Please teach me what I don't know. Very happy with you both" aku merendah diri . Harap sangat mereka berdua selesa dengan kedatangan aku .
Tapi aku takkan selesa kalau bos aku adalah Firas . Kenapa kena dia ? . Aku pulak b0doh tak tengok dulu nama di pintu . Kalau aku perasankan nama yang ada dekat pintu dari awal lagi aku dah blah dari sini . Memang aku tak kenal dah dengan Eva dan Nasha .
Kuatkan lah aku untuk hari-hari yang mendatang nanti Ya Allah . Aku datang hanya dengan niat untuk bekerja bukan nak merampas Firas dari Aleesya . Kalau Aleesya datang office tengok muka aku dekat sini memang perang lagi la kami berdua .
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...