Pagi itu aku siapkan pakaian Firas seperti biasa. Dia pula dari tadi berada di dalam bilik air. Aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk Firas
Lepas sahaja kami bergaduh semalam dia terus berpindab tidur di bilik lain. Aku berdiri di meja makan itu. Lama aku termenung disitu, sehinggakan Firas duduk di situ pun aku tidak perasan
Aku mengambil senduk nasi, namun Firas mencapai terlebih dahulu. Aku memandanv seraut wajah suami aku itu. Langsung tiada riak
"Abang, Leeya minta maaf" Aku memohon maaf sekali lagi. Namun Firas elok sahaja menyuap nasi ke dalam mulut. Telefonnya juga langsung tidak terlepas dari tangannya itu
Melihat tiada respon dari Firas, aku hayunkan semula kaki naik ke bilik
"Tak apa lah. Abang makan la dulu. Leeya nak naik atas" Aku berkata dengan suara sedikit hiba. Aku cuba menahan air mata dari terus mengalir
Baru sahaja dua langkah aku berjalan, Firas memaut kembali pergelangan tangan aku. Terus aku pandang seraut wajah itu. Firas angkat wajah, dia menghadiahkan senyuman yang paling manis buat aku
Tanpa menunggu waktu yang lama. Air mata aku mengalir turun juga
"Ab...abang.." Aku sudah menangis di situ
"Duduk la. Teman abang makan. Sayang pun tak makan lagi kan?" Firas menarik tangan aku untuk duduk di kerusi itu
"Leeya minta maaf. Leeya tahu Leeya salah. Leeya janji lepas ni kalau diorang tu chat Leeya lagi, Leeya bagitau abang" Aku menyalami tangan Firas. Laju sahaja air mata turun membasahi pipi
"Sayang jangan la nangis lagi. Abang pun minta maaf sebab abang tinggal sayang sorang je dalam bilik semalam. Cuma abang tak mampu nak kawal marah abang. Abang tak kisah kalau sayang lambat nak bagitahu abang, cuma abang taknak abang tahu dari mulut orang lain" Aku hanya mampu tundukkan wajah. Firas menggenggam elok tangan aku
"Siapa bagitahu abang?"
"Iris. Dia jumpa abang semalam. Dia ada tunjuk gambar mesej sayang tu"
Amboiii! Laju betul minah tu buat kerja. Masa bila pula aku send mesej tu dekat dia? Aku rasa aku cuma tunjuk mesej tu direct pada dia sahaja. Memang bertuah sangat seorang Iris Erina ni
"Lain kali jangan buat lagi" Aku angkat tangan seperti ingin membaca ikrar. Aku anggukkan kepala berkali-kali. Tak ubah seperti kanak-kanak yang berlakon filem bhajranggi bhaijaan tu
Firas mencuit hidung aku. Kami menikmati sarapan pagi dengan indah. Aku tidak berhenti tersenyum
***
Aleesya yang sedang menonton televisyen itu dirundung rasa resah. Dia langsung tidak senang duduk. Hans pula entah kemana. Pagi-pagi lagi dia sudah keluar
Mereka berdua sudah duduk berdua seperti suami isteri. Tapi tidak mempunyai ikatan yang sah. Malah mereka sudah melakukan perkara yang sama seperti suami isteri lakukan. Dia langsung tidak merasa bersalah
Kedengaran tapak kaki Hans berjalan masuk ke dalam rumah. Aleesya lantas palingkan wajah kebelakang. Hans berjalan terhuyung-hayang. Tidak perlu pelik kenapa dia balik dalam keadaan begitu
Mesti baru lepas minum. Dia ni tak kira pagi atau tengahari, asalkan dia dapat minum dan dapat puaskan nafsu serakah dia tu
"Boleh tak jalan betul-betul? Dah lah berat" Aleesya yang hampir terjatuh akibat memapah Hans itu mula mengomel
"Shut up!" Aleesya rebahkan tubuh Hans ke atas sofa. Aleesya menjeling sekilas Hans di sebelah, kemudiam dia menyambung menonton televisyen semula
"I dah tahu nak buat apa" Aleesya kembali bersuara. Mata Hans yang tadinya sudah layu, kini terbuka luas semula
"Apa yang you nak buat?" Aleesya dan Hans saling bertatapan. Kalini Aleesya sudah tersenyum sinis
"Pasal benda yang I cakap pada you tu" Hans mengalihkan tubuh ke arah Aleesya. Dia duduk menghadap Aleesya
"Dia kan adik you? Takkan la tergamak nak buat benda tu? Dah fikir masak-masak?" Hans ni walaupun perangai dia begitu. Namun hendak melakukan kekerasan terhadap wanita, dia tidak sanggup lagi. Kalau tukar-tukar perempuan tu benda normal je bagi dia
"Bila dia adik I? Dia bukan adik I and dia tak ada kena mengena dengan I pun. Dia tu perampas!" Perkataan perampas itu dia tekankan. Dia kalau sudah benci, dengar nama sahaja dia taknak
"I ikut you je. Asal jangan menyesal sudah" Hans berbaring semula. Aleesya masih termenung. Dia tampak memikirkan sesuatu
'Betul ke apa yang aku nak buat ni?' Desis hati Aleesya
***
Eva berada di gazebo rumah aku. Entah mimpi apa entah perempuan ni, tiba-tiba je datang nak jumpa aku. Katanya ada hal yang nak diberitahu
Eva yang sedari tadi senyum tersipu-sipu itu, aku tatap lama. Sesekali bibir atas aku naik sedikit. Meluat juga dengan perangai perempuan ni yang acah-acah malu
"Tak payah la buat muka macam tu" Aku hanya mampu gelak sahaja. Eva menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan dengan perlahan-lahan
"Aku dah jumpa someone" Aku menjongketkan kening pada Eva
"Someone?" Eva angguk bersungguh-sungguh. Aku mengerutkan wajah ke arah Eva. Tidak semena-mena bahu aku menjadi sasaran Eva. Aku menggosok sambil mengaduh kesakitan
"Lambertt la kau ni. Dah kalau aku kata someone tu maksudnya..." Eva masih lagi menanti aku menyambung kata. Aku pula hanya buat muka blur seperti tidak tahu apa-apa
"Hishh, kau ni! Aku dah ada boyfriend la!" Eva buat-buat merajuk. Aku menutup mulut tanda tidak percaya. Oh my god! Kawan aku dah jadi milik orang guys!
"Serius la Eva?!" Aku separa menjerit
"Ye la! Kau ingat aku tak laku ke apa?" Aku hanya tersenyum
"Bukan macam tu. Bila kau dah lama single lepastu tiba-tiba dah ada boyfriend tu rasa macam tak percaya" Aku berkata. Dalam hati hanya allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku bila kawan aku sudah bertemu jodoh
"Jangan lama sangat buat zina tu. Jadi la macam aku dengan Firas. Tak ada hubungan. Tahu-tahu dah bertunang" Aku membuat muka bangga
"Elehh" Eva hanya buat muka meluat
"Nanti kenalkan la aku dengan dia"
"Nanti la. Aku ada je gambar dia. Tapi tak best la kalau tunjuk dalam gambar je. Nanti aku ajak kawan kita yang lain sekali. Baru best"
"Ye la" Aku sekadar ikut sahaja. Siapa la agak-agak boyfriend si Eva ni. Aku pula yang tak sabar nak jumpa
Eva tidak berhenti senyum. Aku dah macam cakap dengan tunggul je sekarang ni. Tengok telefon pun dia senyum sorang-sorang. Mesej dengan kekasih hati la tu
Apa-apa je la. Asalkan kawan aku si Eva Damia ni bahagia dengan pilihan hati dia. Itu sahaja yang aku harapkan
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Romance[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...