Tengahari ini aku keluar bersama tiga manusia ini. Siapa lagi kalau bukan Nasha, Eva dan Iris. Mereka sahajalah sahabat yang aku ada. Bahkan mereka juga seperti kakak dan adik aku. Aku bersyukur bila dipertemukan dengan orang yang baik. Walaupun terkadang perangai mereka sedikit gila
Iris yang sudah berbadan dua itu, aku tenung lama sambil tersenyum. Dah tak lama nak jadi mak orang dah kawan aku ni. Nanti bila anak kami dah besar boleh la jadi bestfriend pula nanti
Nasha pun sudah bergelar isteri orang. Siapa sangka pada mulanya aku fikirkan dia sopan santun. Rupanya sama seperti Eva. Tidak kalah juga gila dia ni
Eva pula masih menanti pujaan hati yang tak kunjung tiba. Aku terfikir juga tentang Eva ni. Siapa la yang nak kalau perangai 24 jam menggila. Langsung tak reti nak duduk diam
Aku pandang silih berganti wajah sahabat aku itu. Aku memikirkan cara untuk memaklumkan tentang status kehamilan aku. Sudah genap dua minggu aku hamil. Jadi perut masih tidak kelihatan. Lain la Iris, dia sudah pun 6 bulan. Dia kahwin dulu jadi dia la yang mengandung dulu
"Leeya, kau senyap je. Kau fikir apa? Ada masalah ke?" Nasha mula bersuara
"Haah. Dari tadi lagi. Kau kenapa?" Iris membetulkan rambut dia yang sedikit serabai ditiup angin itu
"I have something to tell you guys" Wajah mereka sudah berkerut
"Apa?" Mereka berkata serentak
"Something" Aku menahan tawa. Melihat wajah cemberut rakan-rakan aku itu. Nasha sudah menampar bahu aku dahulu. Aku menampar semula bahu dia. Lantas kami ketawa bersama
"Okay, aku serius" Aku menarik nafas dalam-dalam. Tidak sabar aku menanti reaksi rakan-rakan aku itu
"I'm pregnant" Terus aku mengemam sendiri bibir aku. Masing-masing sudah ternganga mendengar khabar itu
"Wait. I wanna be aunty?" Eva bertanya dengan wajah yang begitu teruja
"Lee, are you serious?" Aku berdecit. Dah time aku serius ditanya pula
"Eh tak la. Main-main je" Aku menggulingkan anak mata
"Arghh!" mereka separuh menjerit. Tapi cukup hanya didengari oleh kami sahaja. Masing-masing sudah menangis mendengar khabar itu
Air mata aku juga sudah bertakung. Terharu dengan reaksi mereka
"Asal nangis?" Aku mengelap air mata yang sudah mengalir
"Berkat kau sabar Lee. Allah dah hadirkan cahaya mata untuk kau sekarang ni" Aku menangis teresak-esak mendengar kata-kata Iris
Ya. Mereka lah orang yang ada dengan waktu aku susah mahupun senang. Mereka juga lah yang tahu betapa terseksanya aku menanggung ujian yang tidak berhenti allah beri pada aku. Mereka juga tidak putus memberi semangat pada aku agar terus kuat dan tabah mengharungi ujian
'Ya allah, murahkanlah rezeki sahabat yang sudah menemani hari-hari aku. Bahagiakanlah rumah tangga mereka. Pertemukanlah jodoh sahabat aku, Eva. Mereka sudah menemani aku dari aku jatuh dan mereka masih lagi bersama aku untuk aku bangkit semula. Hanya padamu ya allah aku memohon' Aku berdoa sendiri di dalam hati
***
Aku memandu kereta untuk pulang ke rumah. Usai memasukkan kereta ke dalam garaj, aku terus keluar dari perut keretaWajah aku berkerut bila ternampak kereta yang tidak dikenali itu terparkir di halaman rumah. Kereta Firas pun ada juga. Jadi kereta siapa yang ada di halaman rumah aku itu?
"Assalamualaikum" Aku memberi salam. Namun langsung tiada sahutan. Aku mencari Firas di segenap penjuru rumah. Tapi masih tidak kelihatan kelibat suami aku itu
Aku berhenti di hadapan sebuah bilik bila mendengar suara Firas sedang berbual dengan seseorang. Siapa pula yang berada di dalam bilik dengan dia sekarang?
"Aleeya sekarang dalam bahaya. Ramai yang nak tengok kehancuran hidup dia. Kalau boleh diorang nak buat Leeya lenyap dari dunia ni. Dan aku sarankan untuk kau supaya kau jangan beritahu sesiapa yang Leeya sedang mengandung. Media sosial pun tak payah post" Ternganga mulut aku mendengar ucapan lelaki tersebut. Siapa di dalam sekarang ni
Aku masih kekal di hadapan pintu. Aku tidak mahu menerobos masuk. Masih banyak perkara yang aku nak tahu sekarang. Lagak aku tak ubah seperti seseorang detektif
"Kau dah tahu ke siapa yang buat semua ni?" Firas yang dari tadi hanya mendengar mula bertanya
Dia angguk. Dan kenyataan yang dikatakan oleh dia, cukup membuat aku terkejut besar
"Adik aku, Aleesya Humaira. Dia buat benda ni dengan kawan dia. Bekas kekasih Leeya dulu, Hans Xivander" Mendengar sebaris nama aku, akhirnya aku jatuh terduduk di lantai
Mereka ke selama ni yang menanggu hidup aku? Kejam! Mereka kejam!
Firas yang terdengar bunyi di luar terus berjalan dan membuka pintu. Dia turut terkejut sama bila Leeya sudah berada di hadapan pintu itu. Sudah berapa lama isterinya disini? Leeya dengar semuanya ke tadi?
Aku angkat muka dan memandang Firas dengan air mata yang bertakung
"Kenapa mesti diorang abang? Apa salah Leeya?" Aku menangis disitu. Firas menarik aku ke dalam dakapannya. Aku menangis teresak-esak di dada bidang dia
"Shhh, jangan nangis macam ni sayang" Firas memegang kedua belah pipi aku. Dia memapah aku masuk ke dalam bilik
Baru beberapa langkah aku masuk ke bilik, sudah jelas wajah Theo dimeja. Aku berfikir sejenak
Adik yang dia katakan tadi adalah Aleesya. Ini bermakna Aleesya kakak aku?
"Sayang, abang minta sayang kuat dengar semua ni" Firas mengelus lembut kepala aku. Dua lelaki yang berada di hadapan aku itu aku tatap silih berganti
"Leeya dalam bahaya sekarang. Diorang tak sukakan Leeya, jadi Leeya kena berhati-hati. Dan abang akan sentiasa jaga Leeya"
"Lee masih tak faham. Apa semua ni?" Firas memandang Theo di hadapan. Theo menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-lahan
"Aleesya Humaira. Theo tahu, Leeya dah kenal dia. Dia adik saya. Tapi bukan dari rahim yang sama" Wajah aku berkerut
"Dia kakak kandung awak. Dia dilahirkan dari rahim Mama. Ayah bawa dia lari sewaktu umur dia setahun. Mama tahu benda ni. Ayah bawa lari Aleesya dan berikan pada keluarga kami untuk jaga dia. Lepastu ayah balik rumah dan buat macam tiada apa pun berlaku. Puas mama pujuk supaya pulangkan Aleesya tapi ayah tak peduli. Dan lepas beberapa tahun lahirlah Leeya dan Tiara. Ayah biarkan mama jaga kamu berdua" Aku menghela nafas panjang
Complicated nya perihal keluarga aku ni. Kenapa aku tak tahu
"Habistu? Kenapa Leesya nak kena buat semua ni? Apa salah Leeya?" Air mata sudah bertakung. Ya allah! Satu demi satu ujian yang kau turunkan pada aku
"Dia tahu yang kamu adik dia. Dia cemburu bila mama asyik tumpukan perhatian pada kamu berdua. Langsung tak fikirkan dia dan nak cari dia"
Plot twist apa kah ini? Kenapa nak kena lalui semua ni. Bertahun lamanya baru sekarang nak bagitahu aku yang Aleesya tu kakak aku?
"Kenapa perlu cemburu? Dia ada masalah ke?"
Theo menarik nafas
"Dia sebenarnya kurang tumpuan dari ayah dan keluarga kami. Hidup dia terlalu bebas. Dia selalu rasa apa yang dia buat tu betul walaupun dah bercanggah dengan agama. Banyak kali kami nasihatkan, tapi dia langsung tak ambil peduli"
Lepas satu-satu rahsia terbuka. Apakah ini? Aleesya kakak aku? Maknanya gambar kanak-kanak tu dia ke? Tapi kenapa kena macam ni? Aku dan dia tak ubah seperti musuh, rupanya dia kakak kandung aku?
YOU ARE READING
CINTA KEKASIH TERAGUNG
Roman d'amour[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , sel...