CKT 43

955 41 0
                                    

Aku tersedar dari lena apabila cahaya matahari terpancar ke wajah. Jam di dinding aku kerling sekilas. Sudah pun pukul 4 petang. Macam mana lah aku boleh terlelap tidur. Aku bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Inilah sebabnya aku malas hendak tidur petang. Kalau mengantuk sekalipun aku akan cuba buat macam-macam kerja supaya tidak terlelap

Tapi mungkin sebab pembawakan budak agaknya. Aik, tapi ada ke pembawakan budak sampai mengantuk

"Sayang dah bangun" Firas yang baru pulang entah dari mana itu duduk di sisi aku

"Abang nampak Leeya duduk tercongak ni kan. Mesti lah dah bangun. Apa punya soalan la abang ni"

Mata aku masih sedikit layu. Dah banyak hari aku ni mengantuk bagai nak rak. Letak je kepala terus lelap sampai ke petang. Makin lama makin penat rasanya nak bawa tubuh

"Tak yah marah. Orang tanya je"

Eleh, perangainya pun. Ada karang kalau aku lesing kan. Firas sudah masuk ke bilik air menyucikan tubuh dahulu. Aku pula turun ke dapur. Rumah ni besar sangat. Aku pun tak tahu nak ke ruang mana

Peti ais aku buka dan aku gapai aiskrim kitkat yang berada di dalam peti. Siapa punya aku dah tidak peduli. Yang penting aku dapat makan

Baru saja hendak masukkan aiskrim ke mulut, Firas sudah merampas terlebih dahulu aiskrim dari tangan aku. Mulut aku sudah muncung sedepa. Ni ada la ni pantang larang dia ni. Itu tak boleh, ini tak boleh

"Leeya nak" Aku merengek bagai anak kecil

"Ni abang punya. Werk!" Aiskrim sudah selamat masuk ke dalam mulut Firas. Eiii! sikit pun tak bagi dekat aku. Sampai betul hati dia

"Dah lah" Aku keluar duduk di gazebo. Kesana kesini. Semua benda tak kena. Aku biarkan saja Firas menikmati aiskrim dia. Beli dekat dia sorang je. Bini dengan anak yang dekat dalam perut ni pun nak makan juga

***

"Mashaallah, Ris comelnya anak kau" Iris sudah pun selamat melahirkan anak perempuan. Semua berada di hospital pada saat itu

"Dah ada nama ke ni Iris?" Nasha duduk di hujung katil sambil memangku anak Iris

"Jannatul Iris"

"Asal macam nama kau?"

"Apa punya soalan kau ni Eva? Dah mak dia kan. Takkan la nama kau" Soalan dia ni pun kadang memeningkan kepala otak juga sebenarnya. Pertanyaan luar kotak fikiran

"Soalan apa la kau" Nasha pun akan berbadan dua tak lama lagi. Cuma tunggu turn si Eva Damia sahaja sekarang

"Kau bila lagi Eva? Aku ni mengidam nak makan nasi minyak dari kau. Jangan lama sangat tau" Wajah Eva sudah sedikit berubah di situ. Cuak atau takut?

"Tak sempat nak makan nasi minyak aku, kau dah beranak dulu dah"

"Lah? Dah ada ke? Tak bagitau pun?" Semua mata kini tertuju pada Eva

"Nanti la aku cerita"

Firas, Ridhauddin dan Taufiq sedang berbual di sofa. Projek bapak dan bakal-bakal bapak agaknya. Semua get ready nak berjaga tiap malam. Muka bakal-bakal tak cukup tidur nanti la ni

***

Remote tv aku tekan berkali-kali. Bosan pula duduk sorang ni. Firas pula sudah keluar. Katanya ada kerja urgent

Aku berjalan ke dapur. Mungkin ada makanan yang yang boleh dimakan. Sedap juga makan manis-manis malam ni

Kabinet dapur aku buka satu-satu. Plastik marshmallow aku capai. Sedap juga ni makan malam-malam sambil tengok movie. Uii cun

Aku kembali ke sofa semula. Bosan memang tak payah cakap la. Macam dah nak meletup kepala aku duduk rumah ni

Yang si Firas ni pula, asal malam je hilang batang hidung. Entah apa la yang urgent sangat tu. Dah macam tak ada hari esok nak dibuatnya

"Bosannya lahaii" Aku merungut sendiri

Aku usap perut yang sudah memboyot. Tinggal menghitung hari saja lagi. Lepastu dah keluar mini me

Bibir mengukir senyum. Alangkah indahnya kalau nanti mama dan adik pun ada bersama. Akan aku ceritakan pada anak aku nanti bahawa nenek dia seorang wanita yang sangat kuat

Dia adalah nenek yang mampu hadapi semua dugaan tanpa pernah mengeluh. Seberat mana pun ujian dia, mama tetap akan tersenyum

Aku juga boleh kuat macam mama.

Kreekkkk....

Sedang ralit aku mengelamun. Telinga menangkap satu bunyi. Aku berpaling ke belakang. Tak nampak macam pintu terbuka pun. Mungkin salah dengar kot

Dummm....

Aku tersentak seketika. Bunyi tu datang dari arah dapur. Takkan la Firas masuk guna pintu belakang

Dada aku sudah berdebar kuat. Kalau ada orang lain pun memang dah boleh dengar dada aku berdebar

Aku atur langkah untuk ke dapur. Aku cuba juga mengintai di sebalik dinding tersebut

Terbeliak biji mata aku bila ternampak satu kelibat. 'Dia' lengkap berwarna hitam dari atas sampai bawah

Ya allah! Bantulah aku

Aku cuba berlari ke tingkat atas bila dia perasan aku sedang mengintip. Tapi macam mana aku nak lari laju dengan perut yang besar ni

"Nak pergi mana sayang? Hmmm?" Mendengar suara dia makin menambah kan lagi debar di dada aku. Apa perlu aku buat Ya allah!

Perlahan-lahan aku pusing ke belakang. Dan makin menambah kan lagi terkejut aku bila itu adalah orang yang sangat aku kenal

Aku mahu menjerit tapi suara seakan disekat untuk terus keluar. Firas pula selalunya masa-masa begini dia sudah pulang. Tapi sekarang mana dia? Kenapa waktu aku macam ni dia tidak ada

"Tolong jangan apa-apakan saya. Saya merayu"

Dia tersenyum sinis. Langsung tidak peduli dengan rayuan aku. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah aku dan setapak juga aku undur ke belakang

"Dah lama sangat saya tunggu saat ni. Saat dimana saya akan takluk semula cinta awak sayang"

Pisau yang berada di tangan dia, mampu membuat nafas aku tersekat

"Tolonglah jangan. Saya masih mengandung. Tolonglah kesiankan anak dalam kandungan ni. Saya merayu sangat"

Bantu hamba mu ini Ya allah! Tunjukkanlah kekuasaan mu! Aku perlukan pertolongan mu Ya allah!

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now