CKT 33

1.2K 52 2
                                    

Tika itu, aku berada di dalam bilik. Firas keluar dengan kawan katanya. Sedang diri sibuk melayani perasaan, tiba-tiba pintu bilik aku diketuk

"Masuk la. Pintu tak kunci pun" Seusai aku memberikan keizinan. Pintu bilik sudah dikuak

Aku menanti kehadiran seseorang di balik pintu itu. Umi muncul bersama senyuman yang paling manis

"Leeya okay?" Umi bertanya bila sudah duduk disebelah aku

"Leeya okay je. Kenapa umi?" Aku nampak wajah itu sedikit cemas. Risaukan aku mungkin

"Muka Leeya nampak pucat je. Leeya pun dah jarang makan" Aku tersenyum. Itu rupanya punca yang membuatkan ibu mertua aku ini gelisah

"Tak ada apa la Umi. Leeya tak ada selera nak makan. Muka pucat ni mungkin sebab selalu menangis kan" Aku tersenyum

"Umi masak tak sedap ke?"

"Bukan. Umi masak semuanya sedap. Cuma Leeya yang tak berselera. Umi jangan ambil hati pula ya"

Aku risau kalau umi ada terasa hati dengan sikap aku itu. Tapi memang betul, semenjak beberapa hari ni, aku langsung tidak boleh telan makanan. Tekak asyik rasa loya. Tengok makanan kesukaan aku pun dah tak ada mood

Badan aku pun rasa lesu semacam. Kadang walaupun aku terlalu penat sangat pun, tiada pula macam ni

***

"Oii, jauhnya termenung" Sedikit sahaja lagi muka aku hendak bercium dengan meja. Aku berdecit

"Kau pahal tetiba termenung" Aku sedikit mengeluh. Aku keluar bersama kawan-kawan aku. Duduk di rumah kadang bosan juga

"Tak makan?" Nasha menyoal. Masing-masing sibuk merenung muka aku. Aku keluarkan telefon dari dalam beg dan aplikasi kamera aku tekan. Kot la ada benda dekat muka aku ni

"Asal pandang macam tu?" Aku yang tidak selesa dipandang begitu segera menyoal

"Muka pucat je. Kenapa? Fir ada buat apa-apa ke dekat kau?" Mereka adalah orang keberapa yang berkata begitu. Sudah ramai yang cakap muka aku pucat. Tapi aku rasa biasa je

"Entahlah. Nak kata tak sihat, okay je. Cuma ada la setiap kali nak makan je aku asyik muntah" Sudah berapa hari aku begitu. Aku cuma boleh telan hanya benda-benda manis

"Buatlah pregnancy test" Iris bersuara

Pregnancy test? Tu kan alat untuk test mengandung? Kenapa aku nak kena test pula

"Aku mana ada mengandung"

"Cuba la dulu"

"Kalau tak mengandung macam mana?"

"Kau datang bulan tak?" Hah! Baru aku teringatkan perkara itu. Bulan ni aku masih lagi tak datang bulan. Takkanla.....

***

Sehari selepas itu aku cuba membuat test. Aku berada di dalam tandas. Test kit yang berada di tangan aku tenung lama. Aku menarik nafas panjang

Aku biarkan seketika test kit di dalam tandas sebelum menunggu keputusan. Aku berjalan kehulu-hilir di ruang bilik tersebut

Beberapa minit berlalu, aku masuk ke tanda semula. Test kita yang berada di sinki itu aku capai

Aku tersenyum riang. Air mata sudah mula bertakung di tubir mata

"Sayang" Aku dengar suara Firas memanggil aku. Aku teruja untuk menunjukkan test kit ini pada dia. Aku melangkah keluar dari tandas

"Abang" Aku panggil dengan penuh teruja. Firas berpaling. Tika itu dia baru pulang dari masjid. Lengkap berpakaian melayu

"Kenapa sayang? Cutie pie abang tak sihat ke? Herm?" Wajah gelisah jelas terpamer di muka

"I'm pregnant" Aku tunjuk test kit yang disorok di belakang itu

"Sayang, serious? Sayang tak tipu kan?"

Aku menggeleng. Firas tersenyum dengan air mata yang sudah berlinangan di pipi. Dia bawa aku ke dalam pelukan. Aku juga turut menangis di situ

Dia memegang perut aku yang masih kempis itu. Kepala aku pula dia cium

Terima kasih ya allah, kau hadirkan malaikat kecil pada kami...

***
Aku turun ke dapur untuk membantu Umi membuat perkara yang patut. Umi membongkok untuk mengambil kotak besar itu

"Umi, boleh tak? Kalau tak boleh biar Leeya je la angkat" Kesian pula aku lihat Umi susah payah nak angkat kotak itu. Nampak macam berat semacam je

"Tak apa ke?"

"Tak apa. Bukan Leeya tak pernah angkat benda berat ceni" Baru sahaja hendak tunduk mengangkat kotak tersebut, Firas muncul dari arah belakang

"Eh, ya allah sayang! Kenapa nak angkat benda-benda berat macamni" Firas memegang bahu aku. Umi yang melihat perkara tersebut sedikit hairan

"Leeya nak tolong Umi je. Kan Umi kan. Takkan la abang nak tengok Umi angkat kotak berat macam ni" Aku memandang Umi di sebelah

"Nak tolong tak salah. Tapi cukup sekadar benda-benda yang tak memudaratkan Leeya dengan baby tu" Aku memuncung kan bibir. Umi sudah tersenyum tatkala mendengar perkataan 'baby' itu

"Leeya mengandung?!" Umi memegang kedua belah pipi aku. Aku memandang Firas dan akhirnya aku menangguk

Umi memeluk tubuh aku erat

"Ya allah! Fir, Umi minta maaf sangat. Umi tak tahu Leeya mengandung. Kalau Umi tahu, Umi memang dah tak bagi dia angkat semua ni"

"Bukan salah Umi pun. Leeya ni memang degil. Nasib la tekak ni rasa haus terus masuk dapur. Kalau tak memang dia dah angkat dah box ni tadi" Umi dan Firas merenung aku dengan tajam

Aku menggerakkan mulut untuk berkata sorry. Untuk masa sekarang, memang tak berani dah aku nak bercakap

"Dah kalau macamtu Leeya pergi je duduk depan. Biar Umi yang buat semua ni"

"Takkan la Umi nak buat sorang" Tidak selesa rasanya bila Umi sibuk memasak di dapur, aku pula duduk di depan. Setakat tolong nak masak tu boleh je

"Kak Da ada" Ringkas sahaja jawapan Umi. Firas mengangkat kening sambil tersenyum sinis. Dia pusingkan badan aku dan meletakkan tangannya di afas bahu aku supaya duduk ke ruang tamu

"Dah jom. Cut cut....cut cut" Firas membuat gaya ala-ala menaiki kereta api. Aku hanya menayangkan riak wajah tidak berpuas hati

***

Aku makan dengan begitu berselera. Dah lama tak makan macam ni. Dua kali aku tambah nasi

"Dah lama dah ayah tak tengok menantu ayah ni makan banyak macam ni" Aku hanya mampu tersenyum dan memandang ke arah Firas. Wajah yang langsung tiada riak

"Memang la bang. Menantu kita ni tengah bawa baby" Membulat sedikit mata ayah memandang ke arah aku

"Alhamdulillah. Dah lama rumah ni tak dengar suara baby" Aku tersenyum. Aku mencubit paha Firas

"Fir, nanti jaga anak bini tu elok-elok" Terus Firas angkat kepala dan tersenyum. Pertama kali dalam hidupnya ayah dia bercakap baik begitu

"Baik yah" Aku memandang wajah itu silih berganti. Kalau dapat lihat wajah aku, mungkin jelas menunjukkan yang aku tersenyum hingga ke telinga

'Moga ada sinar di dalam keluarga ini nanti'

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now